Perjuangan anak kecil menentang jangkitan yang meragut
nyawa 600,000 kanak-kanak setiap tahun
Oleh Dr Zulkifli Ismail, Pakar Perunding Pediatrik
| |||
“Kami cuba apa sahaja untuk menurunkan suhu badannya,” kata Hashim. “Kami menjaram badannya, malah cuba bagi dia aiskrim! Semuanya tidak berkesan, dan kami membawanya ke hospital dengan segera.” Manakala tidak jauh dari situ, Farihan dan suaminya Anizam berasa bimbang kerana ada yang tidak kena dengan Amzar, anak lelaki mereka yang berumur setahun. Semenjak Farihan membawanya pulang dari pusat asuhan Jumaat yang lalu, anaknya mula bersikap pelik. Keesokannya pula, dia muntahmuntah. Pada Ahad itu, Farihan membawa Amzar ke klinik dan didiagnos dengan kembung perut lalu diberi ubat untuk angin dan mengelakkan muntah-muntah. Hari Isnin berlalu dan disebabkan keadaan Amzar yang semakin pulih, dia dihantar semula ke pusat asuhan sambil Farihan meneruskan kerja sepenuh masanya sebagai pensyarah universiti. Namun, apabila menjemput anak sulungnya Fawza yang berumur 6 tahun dari tadika, Farihan mendapati Fawza mengalami simptom yang sama seperti Amzar: sakit perut diikuti muntah-muntah teruk apabila waktu malam. “Saya pernah baca mengenai Rotavirus tetapi saya tidak mengaitkannya pada masa itu,” kata Farihan. “Keesokan hari, Amzar mula demam dan kembali muntahmuntah! Kami tahu mereka mesti dibawa ke hospital.” DIAGNOSIS PENYAKIT Rotavirus adalah sejenis virus yang sangat mudah menjangkiti usus. Ia biasanya terdapat dalam najis kanak-kanak yang dijangkiti dan disebarkan menerusi sentuhan dengan najis yang dijangkiti. Rotavirus boleh disebarkan dengan mudah dalam banyak cara: apabila kanakkanak tidak membasuh tangan mereka selepas menggunakan tandas atau sebelum makan, atau daripada orang dewasa yang mendapat jangkitan atau mengendalikan bayi yang dijangkiti. Oleh kerana Rotavirus boleh hidup selama berjam-jam pada tangan manusia dan berhari-hari pada permukaan keras dan kering, ia juga boleh disebarkan menerusi air dan makanan tercemar atau apabila kanak-kanak menyentuh objek dan permukaan tercemar, dan kemudian menyentuh mulut mereka. | |||
| |||
SEMASA DI HOSPITAL Bagi Amzar yang berumur setahun, risiko penyahidratan adalah ketara. “Fawza yang lebih tua sembuh lebih cepat dari jangkitan Rotavirus. Dengan Amzar, saya dapati kulitnya semakin berkedut. Dia juga terlalu lemah. Namun, dengan cecair intravena, keadaannya semakin baik. Lima hari kemudian, dia boleh makan bubur semula!” kata Farihan dengan senyuman. | |||
No comments:
Post a Comment