nuffnang

29 Feb 2012

Arwah Ibu Lawat Jenazah Anak (Kisah Benar)

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.


Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah.. -via Islam Iman Ihsan

P/s: Ambillah pengajaran dari cerita diatas ini. Semoga kita semua tidak menjadi seperti cerita ini. Amin. InsyaAllah. :) Hit LIKE & SHARE.

‘Pinjam’ Bapa Hanya Untuk Bahagikan Harta


‘Pinjam’ Bapa Hanya Untuk Bahagikan Harta

Seorang warga emas yang berusia 75 tahun hanya ‘dipinjam’ oleh lima orang anaknya dari sebuah rumah penjagaan dan kebajikan orang-orang tua di Johor kerana ingin menyelesaikan urusan pembahagian harta pusaka yang dimiliki oleh warga emas itu.

Lelaki tua yang biasa dipanggil dengan nama Wak telah lama ditinggalkan oleh anak-anaknya di Pusat Penjagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas, dan berada di bawah penjagaan Pengurus pusat kebajikan, Norijah Bidin.

Pun begitu, ketika pertengahan bulan lalu, anak-anak kepada Wak datang ke pusat penjagaan itu dan berjumpa dengan Norijah meluahkan hasrat untuk mengambil bapa mereka semula.

Malah, kelima-lima anak Wak itu menyatakan mereka sudah insaf dan ingin menjaga dan merawat Wak sendiri.

Selain itu, mereka berjanji kepada Norijah untuk menjaga Wak dengan baik dan teratur.

Tetapi, ‘kebahagian’ dan janji yang ditaburkan itu sebenarnya adalah plasu semata-mata apabila Wak ‘dipulangkan’ semula ke pusat penjagaan itu beberapa jam selepas mereka mengambil warga emas itu.

“Saya terkejut apabila kerana selepas beberapa jam, mereka datang dan menyerahkan semula Wak kepada kami untuk dijaga.

“Apabila ditanya, kelima-lima mereka memberi alasan konon kehadiran bapa mereka mencetuskan pelbagai masalah dalam keluarga,” kata Norijah.

Tatkala membaca kisah diri Wak, tak dapat penulis gambarkan kesedihan dan kekecewaan terhadap anak-anak warga emas ini yang lebih mementingkan harta dari diri bapa mereka sendiri hingga sanggup ‘membuang’ jauh seorang insan yang mempunyai pertalian darah dengan mereka.

Terlalu kejam bukan?

Islam meletakkan ibu bapa pada tempat yang tinggi dari segi kedudukannya dan seseorang itu wajib mentaati kedua ibu dan bapanya selagi ketaatan tersebut tidak bertentangan dengan Syariat Allah SWT.

Kita diperintahkan oleh Allah SWT untuk berbuat baik kepada keduanya, bercakap dengan lemah-lembut dan sopan-santun, juga dilarang mengucapkan perkataan yang dapat mengguris hati mereka walaupun sekadar mengucapkan “ah“.

Di samping itu, hendaklah kita sentiasa mendoakan kebaikan sama ada ketika kedua-duanya masih hidup atau telah meninggal dunia.

Perintah berbuat baik kepada kedua ibu bapa ini adalah kerana Allah SWT mahu kita menghargai pengorbanan mereka untuk memelihara dan membesarkan kita dengan penuh kasih-sayang.

Bahkan, Allah SWT meletakkan keterikatan keredaannya bersama keredaan ibu bapa. Seseorang itu tidak akan memperolehi keredaan Allah SWT, tanpa terlebih dahulu meraih keredaan kedua ibu bapanya.

“Keredaan Allah bergantung pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan kedua-dua ibu bapa” – Riwayat Al-Hakim

Kalau dahulu Wak boleh berhempas pulas dan membanting tulang menjaga kelima-lima anaknya, kenapa tidak seorang dari anaknya sanggup menjaga dirinya?

Renungkanlah.

TENGOK DAN SEBARKAN!

Cara Mengenal Bulu Khinzir Yang Di Jadikan Berus...

Kebanyakkan berus yang murah dari China diperbuat dari bulu khinzir…hal ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan membersihkan rumah.

Ciri-ciri bulu khinzir:

1-Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang)
2-Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras.
3-Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak.
4-Senang didapati berbanding bulu haiwan lain.

Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil “Bristle” kerana bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.

Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.

Maha suci Allah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan haiwan yang lain.Mungkin ada hikmah disebaliknya - agar umat Islam dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya. Jadi,berhati-hatilah..Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi..

sumber : Jiwa Kacau

Kisah Benar,Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.


“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

KANDUNGAN MINYAK MASAK ADA TUALA WANITA

Tuala Wanita Dalam Minyak

GAMBAR | KANDUNGAN MINYAK MASAK ADA TUALA WANITA

JELEBU: “Apabila diamati, saya percaya ia tuala wanita,” kata pekedai, Mohd Ifzal Dzulkiffli, 31, yang terkejut apabila menemui tuala wanita di dalam peket minyak masak yang diterimanya di Kampung Titi, Kuala Klawang, di sini.

Mohd Ifzal berkata, minyak masak seberat satu kilogram (kg) itu diterima daripada pemborong dua bulan lalu, namun berikutan tidak sahih ia adalah tuala wanita dia tidak membuat laporan.

“Bagaimanapun, selepas berfikir kejadian ini mungkin terjadi kepada orang lain, saya bertindak melaporkan kepada pihak berwajib.“Saya mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak berkenaan berikutan ini membabitkan soal kesihatan dan kebersihan,” katanya.Menceritakan penemuan mengejutkan itu, Mohd Ifzal berkata, perkara itu terjadi apabila seorang pelanggan mahu membeli minyak masak datang ke kedainya. -Hmetro-

Anak Hamilkan Ibu Kandungnya sendiri

gambar hiasan
Khabar yang mengejutkankan terdengar dari sebuah desa di Polewali Mandar, Sulawesi Barat. Seorang ibu dengan lapan anak kini tengah hamil tujuh bulan. Dikhabarkan, ayah dari bayi di dalam kandungannya itu adalah anak sulungnya sendiri.

Suami kepada isteri ini yang merantau ke Malaysia sudah lima tahun tak memberi nafkah zahir dan batin bagi isteri dan lapan anaknya. Diduga, keadaan itu yang menjadi penyebab timbulnya perilaku seks menyimpang dari adat dan agama ini.

Rani (40) membantah kecurigaan para jirannya. Namun, perut Rani yang terus bertambah buncit membuatnya tak boleh menyembunyikan aib keluarga. Rani semula beralasan dirinya diperkosa seorang pemuda desa. Kerana telah membuat aib terhadap diri dan keluarganya, Rani mengaku membunuh lelaki itu dan menanamnya di tengah sawah. Namun, alasan Rani tak meredakan kecurigaan warga dan para jiranya

Takut diseret ke balai polis kerana alasan membunuh seseorang, ibu lapan anak ini kembali membuat alasan baru. Rani mengaku dirinya telah dihamili seorang lelaki yang berasal Kabupaten Endrekang, Sulawesi Selatan. Saat itu Rani pun mengaku diperkosa saat bekerja sebagai buruh di Enrekang.

Warga dan pihak berkuasa pemerintah desa setempat pun mendesak Rani menunjukkan lelaki yang telah menghamili dirinya bertanggung jawab atas janin dalam kandugannya. Beberapa minggu kemudian Rani datang bersama seorang lelaki yang dikatakan sebagai ayah dari anak di dalam kandungannya. Ini ditunjukkan dengan surat nikah dari KUA Enrekang lengkap dengan foto keduanya. Kecurigaan warga pun redah ketika itu.

Setelah reda lebih dari lima bulan, warga dan jirannya Rani kembali menaruh curiga. Ini bermula dari pengakuan salah seorang anaknya yang masih berumur empat tahun. Anaknya bercerita kepada jiran tetangga jika ibunya dan Emang, abang sulungnya, sudah lama tidur sebilik.

Cerita ini kembali menjadi gossip para tetangga dan warga sekampungnya. Sejumlah warga pun mendesak ketua dusun dan desa setempat untuk mengetahui cerita sebenar khabar tak sedap itu.

Setelah lama didesak, Rani akhinrya mengakui j janin berumur tujuh bulan dalam kandungannya adalah perbuatan Emang, anak sulungnya.

Pengakuan itu tak hanya membuat gegar para tetangga. Ketua desa setempat pun seolah disambar petir mendengar pengakuan Rani.

Cerita ini dikatakan oleh ketua desa dusun setempat, Sulaeman, Rabu (28/4/2011), yang mengaku sempat panik lantaran membayangkan risiko perbuatan ibu dan anak ini kelak setelah cerita pengakuan ini tersebar luas.

“Saya dan ketua desa lainnya pun bingung mencari penyelesainya. Ini bukan persoalan anak muda menghamili kekasihya, tapi ini anak menghamili sang ibu,” ujar Sulaeman.

Pengakuan mengejutkan juga diakui Emang, anak sulung yang selama ini bekerja sebagai buruh bangunan yang menampung kehidupan keluarganya.

Saat ketua desa sedang bermusyawarah mencari penyelesaian untuk pasangan tak rasmi ini, tiba-tiba Rani dan Emang menghilang dari rumah dan kampung halamannya. Rani menghilang Jumaat petang lalu, sedangkan Emang meninggalkan rumah dan adik-adiknya sejak Sabtu pagi.

Tujuh anak Rani yang rata-rata masih kecil kini tinggal di sejumlah sanak keluarganya yang bersedia menampungnya.

Kepala desa menduga Rani dan Emang panik dan cemas lantaran takut jadi sasaran amuk warga dan jiran tetangga yang merasa kelakuan keduanya telah mencemari kampung halaman mereka.

Meski demikian, pengakuan Rani ini belum tentu benar. Sekalipun anak sulungnya telah mengaku, bukan tidak mungkin penyangkalan itu dilakukan Rani sama seperti dua kes sebelumnya.

28 Feb 2012

Beruntunglah Anda Seorang Wanita

1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi ‘kilang ‘manusia.Tiap-tiap bulan

dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati

tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki

tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung

Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

4) Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid..

Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

5.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami

seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

6.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan

Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

7.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak

derhaka denganNYA……..

Bicara Lelaki Bergelar Suami...

Kata pujangga

perempuan bagaikan angin

lembutnya melenakan

ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu

menyaji kasih, menghidang sayang

adakalanya mereka seperti anak

ingin dibelai, minta dimanjakan

adakalanya mereka seperti nenek

berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,

merekalah insan yang terhampir

teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.

bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i )

Psst....

Tiba-tiba isteri merajuk

pandai-pandailah memujuk

buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya

teliti dengan hati yang terseni

rasional atau emosi ?

andainya emosi, belailah emosi itu

jangan cuba dihadapkan secara rasional

kerana si dia tak akan terdaya

mengunyah hujah

berilah walau seribu sebab

lengkap dengan perangkaan statistik

atau dokumen saintifik

berserta dengan beberapa affidavit

dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini

fikiran telah ditawan perasaan

sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa

jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?

cuba gunakan sentuhan

semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?

Tunggu saja rajuknya reda

emosi isteri

bagai riak-riak air dalam cawan

jangan digoncang...... buat selamba

lambat laun, gelombang akan tenang

air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....

kalau ternyata, rajuknya berfakta

masamnya berdata, geramnya berilmiah

marahnya ada prima facie

rajuk taraf tinggi namanya

perlu ditangani berhati-hati

kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima

mengaku lalu berjanji serta berikrar

" Sayang abang tak ulang lagi "

bisikkan " Darling.. I lupa.."

hulurkan tangan, pinta kemaafan

pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda

perisanya masam

tetapi...

kalau kena cicahnya

enaknya akan terasa.

ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )

Arghh...

tiba-tiba isteri merungut

malah kadangkala agak mengugut

minta aksesori serta perabut

minta Villa yang tersergam indah

atau mahligai di lereng bukit

sedangkan kita bukan Shah Jehan

yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya

tetapi isteri pula, persis Nur Jehan

yang meminta petanda keagungan cintanya

Katanya " Seabadi permata....

segermelapan intan " ...

sedangkan ditangan kita

cuma cincin tembaga.

Aduh...

peritnya mengukur cinta

dalam ukuran mayam atau menimbang setia

menerusi Bursa Saham papan utama

kasih isteri, turun naik

mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri

diakan dulu pilihan kita ?

semasa mekarnya

dia dihargai, dipuja-puji

dia kini sudah menjadi ibu

pada anak-anak kita

sudah takdir...

permata yang dipilih

perlu digilap semula.

Namun

putus asa jangan sekali

terimalah dia, dengan redha.

justeru isteri

pada hakikatnya

adalah bayang-bayang suami

wanita adalah tulang rusuk yang bengkok

luruskan dengan berhati-hati

bertegas tapi jangan berkeras

lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya

lalu pada saat yang kudus

setelah bersolat bersama

bisikkanlah " Duhai isteriku...

marilah kita bina perkahwinan ini

dengan cinta yang sejati

marilah kita kutip rezeki

dengan keringat tersuci

kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya

padamu isteri,istanamu, di hati ini

padamu sayang

kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii )

Puuuh...

Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata

usia meningkat kecantikan tergugat

dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus

betis, tidak lagi bunting padi

pipi, bukan lagi pauh dilayang

apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?

jika berkurang, nyatalah cinta kita

selama ini cinta di mata bertapak di body

tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah

ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.

itulah cinta sejati.

Namun tidak salah

di samping menyanjung budi,

kita merampingkan 'body'

kalau ada kesempatan

ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat

tapi ingat niat kerana Tuhan

bukan kerana ingin kuruskan badan

tapi Tuhan Maha Penyayang

Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami

tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan

sama-samalah merampingkan badan

yang terlebih dikurangkan

jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh

apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara

tapi kini saat menghitung dosa

lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti

moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia

di dunia ini dan di akhirat nanti

itulah yang dikatakan

hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( iv )

Uhhh....

Kekadang isteri mengamuk

dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?

Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?

kekadang disergahnya kita

ketika keringat masih membasah

baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri

mungkin kita berdosa dengan Tuhan

atau bersalah dengan insan

mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan

yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan

secara 'indirect' dari Tuhan

hadapkanlah diri ke cermin hati

kaji diri satu persatu

kalau liar, berhentilah

kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu

nasihatkanlah baik-baik

bukan senang nak senang

ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua

suami yang bersabar dengan isteri yang jahat

akan mendapat pahala Nabi Ayub

atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab

ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita.

Dia yang menyelamatkan kita

daripada amukan nafsu.

Dia yang membantu menjaga makan minum kita.

Dia yang mencuci kain baju kita

Dia yang membantu membersihkan rumah kita...

lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ?"

( v )

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.

Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.

Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini

walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.

Marilah kita pertahankan bersama si dia.

si diaku, si diamu

cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,

biar setia kita makin waja.

Biarlah skrin-skrin internet atau intranet memaparkan

yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan

yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri

atau kad ulang tahun perkahwinan

atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu

pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami yang menerima setulus hati seorang isteri.

Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu.

Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.

Bersamalah kita harungi derita yang datang.

Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.

Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.

Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.

Isteri...

tidak kutagih setia, sesetia Hawa.

Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.

Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu.....

seorang isteri.

Mangsa rogol: Kanak-kanak 10 tahun lahirkan anak

Seorang kanak-kanak Mexico berusia 10 tahun telah melahirkan seorang bayi lelaki selepas hamil selama 31 minggu

Bayi pra-matang, yang berat 3.3 pound dilahirkan oleh seksyen raja di Hospital Wanita di bandar Puebla dan berada di Unit Rawatan Rapi pulih akibat radang paru-paru.

Ibu muda, yang dari berdekatan San Francisco Totimehuacan komuniti, telah kembali ke tanah air selepas prosedur tetapi melawat bayi setiap hari untuk menyusukan, kata pegawai.

Pejabat Peguam Negara Puebla negeri kini menyiasat sama ada gadis itu telah dirogol dan siapa bapa, pengarah hospital Rogelio Gonzalez berkata, mengikutUpFrontNewswire.

Undang-undang negeri Mexico berkata, ibu-ibu muda tidak mempunyai pengguguran kecuali perempuan boleh membuktikan dia adalah mangsa serangan seksual.

Umur minimum menyatakan persetujuan ialah 12 dan wanita yang menjalani pengguguran di Puebla menghadapi hukuman denda atau penjara jika mereka tidak dapat membuktikan mereka telah didera secara seksual.

Undang-undang yang sedang dikaji semula.

Perempuan, yang tidak dinamakan, tiba di kemudahan perubatan pada 22 Okt, mengalami komplikasi yang mengancam nyawa, termasuk sawan.

Pegawai hospital berkata bayi yang baru lahir adalah dalam keadaan yang baik mengingati kelahiran pra-matang dan ibu pulih dengan baik.

Ini bukan merupakan kes pertama seorang gadis yang teramat muda yang melahirkan anak di Mexico.

Sumber : warkahdaily.blogspot.com

AJAIBNYA TANGAN IBU...

Tika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,
memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,

Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai..
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan
dengan penuh kasih sayang,

Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...
tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar,
ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang
ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan
untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi..
Hargailah dan sayangilah mereka selagi masih berkesempatan...

Fakta tentang ibu anda !

Ramai orang cakap masakan ibu sendiri adalah yang paling sedap , pendek kata memang tak boleh lawan la dengan ibu orang lain . sedangkan mungkin bagi orang lain masakan itu biasa-biasa sahaja :D

Tapi tahu tak kenapa anda sentiasa rasa masakan ibu anda yg paling sedap? sebab.. apabila seorang wanita itu memasak , dia memasak dengan sepenuh hati.. umpama kasih sayangnya diadun bersama rempah masakan tersebut...

"Kenapa sedap sangat ni mak masak?" Sebab ada kasih sayang seorang ibu dalam masakan tersebut ...orang lain rasa tak sedap , sebab mereka tak dapat rasa kasih sayang tu ♥

♥ Like dan SHARE sebagai tanda kita SAYANG kat IBU kita ♥

27 Feb 2012

Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan

Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru

tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

KENAPA KUBUR WANITA DIGALI SEDALAM 7 KAKI BERBANDING KUBUR LELAKI 5 KAKI ?

Isteri : Abang, boleh sayang tanya?
Suami : Ye sayang. Nak tanya apa?

Isteri : Sayang pelik la abang. Kenapa syarat dalam Islam, bila lelaki meninggal
dunia, kubur nya digali sedalam 5 kaki tapi kubur wanita berlainan digali
sedalam 7 kaki?
Suami : Ooo...InsyaAllah senang ja jawapannya tu.. (sambil tersenyum).

"Kalau nak tau Islam ni agama yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir, jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita, sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun. Islam masih melindungi aurat kaum wanita."

Isteri : SubhanaAllah. Besarnya kuasa Allah ya abang.
Suami : (hanya tersenyum)

Wahai kaum wanita. Tutuplah aurat mu dengan sempurna, ketika masih bernyawa. Kerana insyaAllah Allah juga akan membantu melindungi aurat mu walaupun nyawa sudah tiada suatu hari kelak.

SubhanaAllah ! Allahuakhbar ! cantikkan aturan Allah S.W.T

25 Feb 2012

Bayi Dijadikan Hidangan Makanan Di Taiwan






Jangan terkejut melihat gambar-gambar ini kerana di Taiwan, ini ialah makanan yang paling digemari ramai. Mayat boleh diperolehi dengan sangat mudah dari rumah mayat dengan harga sekitar $50 – $70.

P/S : Korang sanggup ke makan daging manusia?

Gunung Berjalan Bukti Kebenaran Al-Quran


Pergerakan Gunung


Dalam satu ayat al-Quran al-Karim, kita diberitahu bahawa gunung-gunung tidaklah tetap sebagaimana yang dilihat, akan tetapi terus-menerus bergerak. Sepertimana Firman Allah Ta’ala:

وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ ۚ صُنْعَ اللَّهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ ۚ إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ

Maksudnya:

“Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal dia berjalan seperti jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surat An-Naml 27:88)

Gerakan gunung-gunung ini disebabkan oleh gerakan kerak bumi tempat gunung-gunung berada. Kerak bumi ini seperti mengapung di atas lapisan magma yang lebih rapat.

Pada awal abad ke-20, untuk pertama kalinya dalam sejarah, seorang ilmuwan Jerman bernama Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua pada permukaan bumi menyatu pada masa-masa awal bumi, namun kemudian bergeser ke arah yang berbeza-beza sehingga terpisah ketika bergerak saling menjauhi.

Para ahli geologi memahami kebenaran pernyataan Wegener baru hanya pada tahun 1980, iaitu 50 tahun setelah kematiannya. Sebagaimana pernah dikemukakan oleh Wegener dalam sebuah tulisan yang terbit tahun 1915, sekitar 500 juta tahun lalu seluruh tanah daratan yang ada di permukaan bumi awalnya adalah satu kesatuan yang dinamakan Pangaea. Daratan ini terletak di kutub selatan.

Sekitar 180 juta tahun lalu, Pangaea terbelah menjadi dua bahagian yang masing-masingnya bergerak ke arah yang berbeza. Salah satu daratan atau benua raksasa ini adalah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India.

Benua raksasa kedua adalah Laurasia, yang terdiri dari Eropah, Amerika Utara dan Asia, kecuali India. Selama 150 tahun setelah pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia terbahagi menjadi daratan-daratan yang lebih kecil.

Benua-benua yang terbentuk menyusul terbelahnya Pangaea telah bergerak pada permukaan Bumi secara terus-menerus sejauh beberapa sentimeter per tahun. Peristiwa ini juga menyebabkan perubahan perbandingan luas antara wilayah daratan dan lautan di Bumi.

Pergerakan kerak Bumi ini ditemui setelah penyelidikan geologi yang dilakukan di awal abad ke-20. Para ilmuwan menjelaskan peristiwa ini sebagaimana berikut :

Kerak dan bahagian terluar dari magma, dengan ketebalan sekitar 100 km, terbahagi atas lapisan-lapisan yang disebut plat. Terdapat enam plat utama, dan beberapa plat kecil.

Menurut teori yang disebut plat tektonik, plat-plat ini bergerak pada permukaan bumi, membawa benua dan dasar lautan bersamanya.Pergerakan benua telah diukur dan berkecepatan 1 hingga 5 cm per tahun. plat-plat tersebut terus-menerus bergerak, dan menghasilkan perubahan pada geografi bumi secara perlahan.

Setiap tahun, misalnya, Samudera Atlantic menjadi sedikit lebih lebar. (Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 30)

Ada perkara sangat penting yang perlu dikemukakan di sini: dalam ayat tersebut Allah telah menyebut tentang gerakan gunung sebagaimana mengapungnya perjalanan awan. (Kini, Ilmuwan modern juga menggunakan istilah “continental drift” atau “gerakan mengapung dari benua” untuk gerakan ini. (National Geographic Society, Powers of Nature, Washington D.C., 1978, s.12-13)

Tidak dipersoalkan lagi, adalah salah satu keajaiban Al Qur’an bahawa fakta ilmiah ini, yang baru sahaja ditemui oleh para ilmuwan, telah dinyatakan dalam Al Qur’an.

Keajaiban Alquran – Harun Yahya

Wallahu’alam…

-Dunia Islam Ibnu Ahmad

20 Cara Mengoda Pasangan Anda


Bila kita dah lama kahwin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Di bawah ini ada sedikit tips untuk korang. Harap-harap korang akan berjaya.

1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa korang gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah nanya namanya.

2. Kenyit-kenyit
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan korang terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga pun menggembirakan hati korang.

3. Ops, maaf terpegang
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil tangannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini korang lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada korang. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah korang dan ketika itu anak korang sedang tidur. Jika tidak, susah untuk korang melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat korang seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam korang tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’.

5. Tersentuh tangan
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti korang tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut-mengurut
Sekali sekala, apa kata kalau korang urut-urut manja badan pasangan korang. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.

7. Usik melalui telefon
Sekali sekala, apa kata jika korang mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada korang perkenalkan lah diri korang. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan korang itu boleh diterima. Silap gaya, korang pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan
Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemudian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara korang berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji korang bahagia. Alah, apa salahnya kalau terpegang. Dah sah pun. Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu korang berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops… tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa korang ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat korang. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada korang

13. Jeling-jeling
Kalau tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakitkan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata korang jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhatiannya tentulah beralih pula pada korang.

14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya.

15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes nanya jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan korang lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan korang terasa dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah korang sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati korang pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.

side income(Rahsia buat RM500 sehari dari rumah)


Tahu tak sebenarnya nak menjalankan perniagaan internet amatlah susah.
Kenapa...Kerana anda Harus mahir didalam kesemua aspek dibawah :
* Membina laman web
* Melanggan autoresponder
* Menyediakan produk
* Menguruskan bayaran
* Menyiapkan Email Follow Up
* Membayar hosting dan domain
* Melakukan research melihat pesaing
* Mencari market yang betul
* Dan anda tak perlu pening kepala memikirkan HTML atau code yang sukar difahami..
Anda ada masa untuk memahami kesemua ini ke. Pastinya tidak kan?

Sebab tu saya berani katakan kerja anda terlalu mudah untuk menjana sekurang-kurangnya
RM200 Seminggu. Anda hanya perlu promosi, promosi dan promosikan link website anda.
Terlalu mudah kerana anda tidak perlu mengalami kegagalan saya yang dulu.
Kalau nak berjaya cepat, belajarlah daripada kesilapan orang lain. Bagi yang berminat, sila join kat sini-http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=eeja







kat bawah ni sedikit penerangan mengenai kelab jutawan ni..

Apelah bisnes kelab jutawan ni ye?
ok,sini saya tambah lagi penjelasan..apa
yang saya duk cakap ni BUKAN Skim Cepat Kaya,MLM atau pun log in facebook dapat RM100 tu..bisnes ni diberi nama Kelab Jutawan. Ia merupakan suatu bisnes internet ataupon affiliate marketing.

Dalam Kelab Jutawan ni,Saudara Sujairi Saidali (pemilik kelab jutawan-
No. Pendaftaran: 002046530-W (Sujairi KJ Enterprise) akan berkongsi dengan anda segala pengalaman beliau dalam internet marketing atau bisnes online ni yang membolehkan beliau menjana RM37,000 hanya dalam 3 bulan.

Malah,dia akan berkongsi segala tips-tips dan cara-cara untuk membuat duit melalui internet ni dan diterbitkan dlm bentuk ebook.Seperti mana yang kita ketahui, kalau nak berbisnes, mestilah perlukan modal kan,jadi tak salah kalau saudara Sujairi Saidali kenekan sedikit bayaran.Kalau kira,bayaran ini memang sangat murah jika dibandingkan dengan pulangan yang bakal kita dapat.

Malahan,sebagai ahli kelab,saudara Sujairi akan selalu juga menghantar emel follow-up bagi memberi tunjuk ajar kepada ahli kelab.
Setelah join kelab ni 2 bulan lebih,memang saya berasa sangat puas hati,dahla duit masuk tiap2 minggu. Nak kata sampai tahap jutawan tu takdelah kan. Tapi, at least bolehla wat belanja harian,jalan2,shopping ke..


Lagi best,setiap hari jumaat,pembayaran pendapatan kita dibuat. Jadi,tak perlu nak tunggu sampai sebulan seperti seseteng
ah perniagaan internet yang hanya bayar sebulan sekali.

Personally, saya memang rasa rugi, nak tahu sebab ape??? Sebabnya, saya lambat tahu pasal kelab ni,kalaulah saya tahu awal2 lagi,memang best..huhu..



















di sana,anda akan lihat testimoni ataupon komen ahli yang memang berpuas hati. Daftarla dulu kat situ. Kalau memang teringin nak cari duit ekstra,lagi2 student macam saya ni, joinla..kalau kita selalu berusaha, Allah akan tolong kita..insyaAllah.amin...

Ini pendapatan yang akan anda perolehi :

1. Komisen sebanyak RM50.00 (Milik anda apabila terdapat ahli baru join melalui anda)

2. Bonus Level Kedua sebanyak RM20.00 (Setiap kali ahli di bawah anda mendapatkan seorang ahli baru, anda akan mendapat bonus RM20,00)

Contoh:

1. Setiap kali ada ahli baru yang masuk anda mendapat RM50.00

2. Dan sekiranya ahli anda tadi juga mendapat ahli baru, anda juga berjaya mendapatkan RM20.00

Apa akan terjadi sekiranya anda mempunyai ahli seramai 50 orang dan masing – masing mendapatkan ahli baru seramai minimum 1 orang seminggu.

50 orang ahli anda = Berjaya mendapatkan 1 orang ahli baru (50 x 1 orang ahli = 50 ahli baru)

50 Ahli x RM20.00 (Bonus anda) = RM1000.00 untuk anda TANPA PERLU BERBUAT APA-APA!!!

3. 10% Bonus Bulanan (Jumlah Terkumpul Pendapatan Bulanan Anda)

website-http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=eeja






p/s: ini adalah pengalaman saya sendiri. kalau sesiapa ada sebarang persoalan,bolehla komen kat bwh ni ye..



24 Feb 2012

“LISA BUAT SAYA KEMBALI PERCAYAKAN CINTA” YUSRY

GAMBAR | “LISA BUAT SAYA KEMBALI PECAYAKAN CINTA” YUSRY

PUTRAJAYA: Anggota kumpulan KRU iaitu, Yusry Abdul Halim mendedahkan dia sebenarnya tidak lagi percaya kepada cinta selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya dengan pelakon Erra Fazira enam tahun lalu.

Yusry, 39, bagaimanapun berkata, perasaan itu berubah selepas bertemu dengan pelakon Lisa Surihani yang telah berjaya membuka semula hatinya untuk menerima kehadiran seorang wanita dalam hidupnya.

“Jujur saya katakan bahawa saya tidak lagi percaya kepada cinta lagi selepas kegagalan pekahwinan saya dulu. Tetapi Lisa telah mengubah pendirian saya itu sehingga membawa kami kepada ikatan perkahwinan.

“Dia adalah insan yang telah berjaya membuka pintu hati saya dan saya amat bersyukur dengan anugerah itu,” ujarnya selepas selesai upacara akad nikah di Hotel Marriot di sini pada malam Khamis.

Dengan sekali lafaz, pasangan itu sah menjadi suami isteri selepas diijabkabulkan oleh abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed.

Lisa menerima seutas rantai plantinum sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.


Hampir 250 tetamu dikalangan ahli keluarga terdekat kedua mempelai dan wakil media hadir pada majlis itu.

Tambah Yusry, dia jatuh cinta dengan Lisa kerana kebolehan wanita berusia 26 tahun itu bergaul dengan orang tua, pandai melayan karenah kanak-kanak dan kesempurnaan Lisa pada pandangan matanya.

Dalam pada itu, Lisa ketika ditemui memberitahu Yusry telah melengkapkan kehidupan beliau sebagai seorang wanita dan selesa bersamanya.

Ujarnya, Yusry telah mengajarnya untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan sempurna selain tertawan dengan sifat rendah diri lelaki tersebut.

“Daripada awal hubungan kami bukan main-main dan pada ketika itu juga saya tahu dia adalah lelaki yang tepat untuk saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, pasangan pengantin baru ini bakal menjelajah ke benua Eropah untuk berbulan madu.

Yusry berkata, mereka akan berangkat ke sejurus selepas selesai majlis resepsi perkahwinan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad ini.

“Kami berdua akan berlepas ke Switzerland terlebih dahulu sebelum menjelajah ke tempat lain dengan menaiki kereta,” ujarnya.

Tambahnya, mereka memilih negara Eropah kerana sukakan cuaca sejuk dan akan berbulan madu selama dua minggu.

Ditanya mengenai soal anak, kedua-dua mereka berharap akan dikurniakan anak secepat mungkin.

“Jika boleh saya mahu empat orang cahaya mata,” ujar Lisa.

Lisa juga memberitahu selepas kembali daripada bercuti, kedua-dua mereka akan kembali sibuk dengan tugas masing-masing.

SUMBER:,MSTAR ONLINE

Umur 13 tapi wajah kelihatan 40 tahun



Kalau dilihat pada raut wajahnya tidak siapa menjangka bahawa dia baru berusia 13 tahun dan bila orang melihatnya pasti mereka meneka uamur sudah lebih 40 tahun.


Zara Hartshorn mengidap penyakit lipodistrofi yang membuatkan dia kelihatan sangat tua berbanding usianya yang sebenar.






Tiada pakar yang mampu merawat penyakit yang dihidapi oleh Zara kerana penyakit ini adalah penyakit keturunan dan hanya 2000 orang menghidapi jenis penyakit sepertinya.


.Ibunya juga mengidap penyakit yang sama dan pernah melakukan pembedahan untuk kelihatan seperti orang normal ketika remaja.dan tidak berjaya. Kakaknya mempunyai penyakit yang sama tetapi tidak memberi kesan teruk seperti yang dialami oleh Zara.(LINK)

Usaha Tangga Kejayaan






























NAK KELUAR DARI KESEMPITAN HIDUP??
ATAU INGIN MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN??
Di sini ada program jana income tanpa perlu anda berjumpa orang, jual produk atau kerja dari pagi sampai malam!!
Anda hanya perlu luangkan sedikit masa 2 – 3 jam depan komputer sambil anda download movie, chatting, facebook atau twitter dll….sekaligus dapat manfaatkan internet anda! Mudah bukan?
Jika anda seorang yang ber...minat menambah pendapatan sampingan melalui internet di waktu masa lapang,marilah sertai group Kelabjutawan.
Bersama kami anda pasti tersenyum riang apabila hari-hari mendatang lebih mudah dan anda mampu membayar hutang piutang malahan berbelanja sakan setiap hujung minggu.
Jangan lepaskan peluang ini ”Kami di kelab jutawan mengalu-alukan kedatangan anda dan bersama-sama kita menjana pendapatan melalui internet sebagai agen affiliate kami”
Bagaimana jika saya dedahkan kepada anda rahsia seorang pelajar lepasan STPM menjana RM500 sehari dengan hanya berbekalkan streamyx dan laptop beliau?
Jika anda positif dan mahu mengubah kehidupan, ketahuinya melalui website di bawah
KLIK SINI: http://iluvurl.com/eeja
Jangan ragu2 dgn bisnes KELAB JUTAWAN ini,ayuh apa tunggu lagi sertai kami di KELAB JUTAWAN
INGAT Kelab Jutawan bukan hanya anda join
dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Bersama kelab jutawan anda akan dibimbing sehingga BOLEH berjaya
seperti mereka yang lain.
Jangan lepaskan peluang ini “Kami di kelab jutawan mengalu-alukan kedatangan anda dan bersama-sama kita menjana pendapatan melalui internet..
Daftar Sekarang masukkan nama dan email anda untuk menerima info yang lebih jelas tentang program ini,klik link dibawah
KLIK SINI: http://iluvurl.com/eeja
Saya galakkan anda luangkan sedikit masa untuk membaca maklumat di laman web ini kerana ianya
dapat menjawab sedikit persoalan anda.

Lakaran Ayat Suci Al-Quran Pada Tubuh Anak Kecil



Kemunculan petikan ayat suci al-Quran berwarna merah jambu pada badan Ali Yakubov, bersilih ganti setiap dua kali seminggu iaitu Isnin dan malam Jumaat, yang berlaku seawal kelahirannya tetapi menjadi semakin kerap sejak beberapa minggu lalu.
Ia timbul pada beberapa bahagian badan Ali seperti di belakang, kaki, perut dan tangannya sebelum pudar, lenyap dan muncul di bahagian lain.

Antara maksud lakaran itu termasuk ‘Allah Maha Besar’ dan ‘Allah yang menciptakan semua ini.’

Kejadian pelik yang turut disiarkan di internet itu bukan hanya mencetuskan tanda tanya ramai sehinggakan ada yang sanggup bertandang ke rumahnya setiap hari, tetapi juga misteri kepada pakar perubatan Russia yang sehingga kini belum dapat merungkai fenomena berkenaan.


Ali bersama ibunya Madina dan bapa, Shamil.

Keluarga dan orang ramai menganggapnya satu keajaiban membuktikan kebesaran Allah SWT, apalagi di wilayah yang sudah lama bergelut dengan konflik berdarah antara pihak berkuasa Russia dan pemisah Islamnya, termasuk kejadian serangan bunuh diri yang mengorbankan ramai.

Pakar perubatan juga menafikan lakaran itu mampu menjelma sendiri atau ditulis seseorang, ketika pihak lain yang meraguinya menganggapnya satu masalah alahan kulit. Tidak kurang pula yang menuduh ia angkara ibu bapa Ali, Shamil dan Madina yang menggunakan cecair campuran lada dan garam bagi menjadikan Ali ‘bayi ajaib.’

Apa yang pasti, setakat ini, sekurang-kurangnya 2,000 orang sehari, berpusu-pusu mengunjungi rumah Ali setiap sejak berita kejadian pelik itu tersebar, termasuklah pakar perubatan dan wartawan pertubuhan media asing yang menyaksikan sendiri lakaran ayat suci pada kulit bayi comel berkenaan.

Berikutan itu, pihak berkuasa terpaksa mengawal rumah Ali bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Ali menjadi tumpuan ramai

Bagi ibunya, Madina, beliau mempunyai kisah tersendiri di sebalik fenomena yang dialami anak keduanya itu.

“Ali lahir tidak cukup bulan dan disahkan pula menghidap penyakit jantung serta kulitnya yang terlalu nipis sehingga menampakkan bahagian ususnya. Doktor ketika itu meramalkan dia hanya mampu hidup dua atau tiga hari selepas dilahirkan.

“Di celah kesedihan dan kebimbangan itu, kami perasan lakaran Allah pada dagunya tetapi menganggapnya satu tanda lahir. Tidak disangka pula, berkat doa kami kepada Allah SWT dan dengan kemunculan ayat suci itu, kami dikejutkan berita Ali pulih daripada semua penyakit itu.

“Malah, doktor yang merawatnya juga kehairanan bagaimana penyakit yang boleh meragut nyawanya itu, mampu lenyap begitu saja. Buktinya, Ali mampu hidup sehingga ke hari ini,” kata Madina yang dipetik media tempatan dan antarabangsa.

Menurut Madina, Ali lazimnya mengalami demam panas sebelum dan ketika kemunculan petikan ayat suci berkenaan. Anak kecil itu juga sering menangis selain lebam pada bahagian tertentu badan yang disusuli dengan kemunculan petikan ayat suci.

Anehnya, biarpun diberi ubat, demam dialami Ali itu tidak kebah dan lazimnya hilang sendiri selepas kemunculan ayat suci berkenaan.

“Kami menganggapnya satu keajaiban serta peringatan daripada Allah,” kata Madina.

Pemimpin Kizlyar, Sagid Murtazaliyev, pula menyifatkan kejadian itu satu pesanan Allah SWT kepada penduduk supaya kembali mengamalkan tuntutan agama dan mengingati konflik berdarah di kawasan itu.

Labah-Labah Berwajah Manusia





Info Ringkas:

Seekor labah-labah pelik yang memiliki tanda seperti wajah manusia pada belakang badannya telah ditemui di sebuah hutan simpan di United Kingdom baru-baru ini.

Ia ditemui oleh Mark Singleton, seorang pekerja Persatuan Diraja Untuk Perlindungan Burung.

Spesis araknida berbulu ini adalah dari jenis labah-labah ketam lumut dan sangat jarang ditemui di mana hanya 41 daripada mereka telah berjaya dikesan di UK sejak 1890.

Labah-labah ini mendapatkan namanya kerana biasanya dijumpai pada batang pokok yang tertutup lumut dan tubuh adalah disamarkan menyerupai warna persekitarannya.
Nama latin bagi spesis ini adalah margaritatus Philodromus.

sumber: http://www.dailymail.co.uk, http://www.fadedtribune.com

Pakaian Tidur Anti Rogol




p/s: huiiii, macam menyusahkan je...kalau korang tak nak kena rogol, cube lah..haha..tapi selesa ke tido dalam tu...takut nanti tak sempat perogol nak datang, dah mati kelemasan..heh,

Hukum Menjilat Kemaluan Isteri

Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya' dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks' tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks', adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan :

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex' atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks' tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.


Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang cecair dikeluarkan semasa aktiviti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

"Oral seks" juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-undang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta'zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.


Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,

"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama'). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex' dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-

"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan"

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men‘generalize' semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks'?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.


KESIMPULAN

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.

2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)

4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah' kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penjara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, "Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua"

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak. Fikirkan...

Wallahu'alam...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)