nuffnang

24 Feb 2012

“LISA BUAT SAYA KEMBALI PERCAYAKAN CINTA” YUSRY

GAMBAR | “LISA BUAT SAYA KEMBALI PECAYAKAN CINTA” YUSRY

PUTRAJAYA: Anggota kumpulan KRU iaitu, Yusry Abdul Halim mendedahkan dia sebenarnya tidak lagi percaya kepada cinta selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya dengan pelakon Erra Fazira enam tahun lalu.

Yusry, 39, bagaimanapun berkata, perasaan itu berubah selepas bertemu dengan pelakon Lisa Surihani yang telah berjaya membuka semula hatinya untuk menerima kehadiran seorang wanita dalam hidupnya.

“Jujur saya katakan bahawa saya tidak lagi percaya kepada cinta lagi selepas kegagalan pekahwinan saya dulu. Tetapi Lisa telah mengubah pendirian saya itu sehingga membawa kami kepada ikatan perkahwinan.

“Dia adalah insan yang telah berjaya membuka pintu hati saya dan saya amat bersyukur dengan anugerah itu,” ujarnya selepas selesai upacara akad nikah di Hotel Marriot di sini pada malam Khamis.

Dengan sekali lafaz, pasangan itu sah menjadi suami isteri selepas diijabkabulkan oleh abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed.

Lisa menerima seutas rantai plantinum sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.


Hampir 250 tetamu dikalangan ahli keluarga terdekat kedua mempelai dan wakil media hadir pada majlis itu.

Tambah Yusry, dia jatuh cinta dengan Lisa kerana kebolehan wanita berusia 26 tahun itu bergaul dengan orang tua, pandai melayan karenah kanak-kanak dan kesempurnaan Lisa pada pandangan matanya.

Dalam pada itu, Lisa ketika ditemui memberitahu Yusry telah melengkapkan kehidupan beliau sebagai seorang wanita dan selesa bersamanya.

Ujarnya, Yusry telah mengajarnya untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan sempurna selain tertawan dengan sifat rendah diri lelaki tersebut.

“Daripada awal hubungan kami bukan main-main dan pada ketika itu juga saya tahu dia adalah lelaki yang tepat untuk saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, pasangan pengantin baru ini bakal menjelajah ke benua Eropah untuk berbulan madu.

Yusry berkata, mereka akan berangkat ke sejurus selepas selesai majlis resepsi perkahwinan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad ini.

“Kami berdua akan berlepas ke Switzerland terlebih dahulu sebelum menjelajah ke tempat lain dengan menaiki kereta,” ujarnya.

Tambahnya, mereka memilih negara Eropah kerana sukakan cuaca sejuk dan akan berbulan madu selama dua minggu.

Ditanya mengenai soal anak, kedua-dua mereka berharap akan dikurniakan anak secepat mungkin.

“Jika boleh saya mahu empat orang cahaya mata,” ujar Lisa.

Lisa juga memberitahu selepas kembali daripada bercuti, kedua-dua mereka akan kembali sibuk dengan tugas masing-masing.

SUMBER:,MSTAR ONLINE

1 comment:

  1. My Name is Helen Morgan, Daripada United Kingdom. Saya ingin berkongsi testimoni saya dengan orang ramai tentang apa yang doktor ini dipanggil Dr okojie rohani baru sahaja lakukan untuk saya, orang ini baru sahaja dikembalikan suami Ex saya kalah kepada saya dengan ejaan yang besar, saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang dipanggil Morgan kami telah bersama-sama untuk masa yang panjang dan kita sayangi diri kita sendiri tetapi apabila saya tidak dapat memberi kanak-kanak selama 2 tahun dia meninggalkan saya dan memberitahu saya bahawa dia tidak boleh terus lagi maka saya kini mencari cara untuk mendapatkan kembali sehingga saya melihat seorang testimoni tentang perkara ini doktor yang sama di internet mengenai bagaimana dia telah sembuh penyakit begitu banyak dan membantu orang lain dengan masalah yang sama, maka anda tidak akan percaya ini apabila saya dihubungi lelaki ini ke atas masalah saya dia bersedia musim ini dan dua hari selepas dia diberitahu saya bahawa beliau melalui dengan ejaan yang bekerja suami saya hilang kembali dengan lebih cinta di matanya, dan selepas sebulan saya terlepas bulan saya dan pergi untuk ujian dan keputusan yang dinyatakan sedang hamil am gembira hari ini adalah seorang ibu kepada seorang bayi Boy , dia berkata, saya juga akan hamil lagi jika saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi doktor yang hebat untuk apa yang anda telah lakukan untuk saya, jika anda berada di luar sana mencari mana-mana jampi atau penyembuhan:

    (1) Eja untuk perlindungan dari bahaya

    (2) untuk Eja sihir

    (3) Eja cinta seks yang sama

    (4) Eja untuk penyembuhan penyakit

    (5) Eja untuk halimunan

    (6) Eja untuk kekayaan dan kemasyhuran

    (7) Spell untuk mendapatkan pekerjaan yang baik

    (8) Eja cinta yang kuat dan hubungan

    (9) Eja untuk membawa kembali bekas anda

    (10) Eja untuk hamil

    Anda boleh menghubungi doktor yang hebat ini pada drokojiehealinghome@gmail.com e-mel dan mendapatkan semua masalah anda diselesaikan .....

    ReplyDelete

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)