Muntah boleh dikaitkan dengan pelbagai gangguan, baik remeh mahupun serius. Anda perlu tahu mengapa si manja muntah supaya tahu bila untuk membawanya berjumpa doktor.
Oleh Profesor Dr Christopher Boey Chiong Meng, Profesor Pediatrik dan Pakar Perunding Gastroenterologi Pediatrik.
|
• Jangkitan
Pelbagai virus (seperti rotavirus), bakteria (seperti Escherichia coli dan Salmonella) dan parasit menyebabkan cirit-birit. Kebanyakan kuman ini dijangkiti menerusi sentuhan dengan permukaan yang tercemar, pengambilan air yang tidak dirawat atau tercemar dan susu yang tidak dipasteur, serta pengambilan makanan yang tercemar atau tidak dimasak dengan betul. Ciritbirit juga disebabkan oleh kolera yang disebabkan oleh bakteria Vibro cholerae.
• Intolerans makanan
Ini berlaku apabila si manja menunjukkan tindak balas terhadap ramuan makanan tertentu. Cirit-birit biasanya adalah simptom intolerans makanan (gejala pada gastrousus akibat tidak tahan kepada makanan tertentu) yang paling lazim dialami oleh kanak-kanak, sungguhpun ia boleh disertakan dengan gejala lain seperti muntah, ruam kulit dan berdehit. Susu lembu, putih telur dan gandum adalah antara contoh makanan yang boleh menyebabkan intolerans makanan.
• Sindrom Usus Terganggu
Sindrom usus terganggu atau irritable bowel syndrome (IBS) adalah gangguan usus yang dikaitkan dengan cirit-birit, sakit perut, sembelit atau kombinasi gejala ini. Jika si manja mengalami IBS, ususnya mungkin terlalu sensitif kepada makanan dan tekanan.
Elakkan Nyahhidrat!
Kanak-kanak yang ciri-birit lebih mudah mengalami nyahhidrat atau kekurangan air dalam badan. Jika dibiarkan, keadaan ini boleh mengancam nyawa. Paling penting, pastikan si manja diberi minum air sebanyak mungkin. Disebabkan kekerapan membuang air besar cair, si manja kehilangan banyak air dan garam. Keadaan ini boleh mengancam nyawa, terutama sekali di kalangan kanak-kanak kecil.
Si manja anda mungkin mengalami nyahhidrat jika menunjukkan mana-mana gejala berikut:
- Matanya cengkung.
- Jika bayi, ubun-ubunnya lekuk.
- Kulit kering, berkedut.
- Sedikit atau tiada air mata
- bila menangis.
- Kurang air kencing.
- Lesu dan meragam.
- Letih dan pening.
Untuk mengelakkan nyahhidrat, cuba ambil langkah berikut:
- Beri si manja minum banyak air, sedikit demi sedikit tetapi lebih kerap.
- Beri si manja Oral Rehydration Salts (ORS) untuk menggantikan bendalir dengan segera.
- Beri diet biasa jika si manja tidak muntah.
- Elakkan pemberian makanan yang berminyak, digoreng atau berempah, selama beberapa hari.
Jika si manja masih terlalu kecil dan menjadi nyahhidrat, bawa dia berjumpa doktor.
Petua Mencegah Cirit-birit:
- Jaga kebersihan. Pastikan anda dan juga si manja membasuh tangan dengan betul dan kerap, lebih-lebih lagi selepas menggunakan tandas dan sebelum menyediakan makanan, dan sebelum makan.
- Pastikan anda memberi si manja makanan yang dimasak dengan betul dan dihidangkan terus selepas dimasak atau dipanaskan semula. Basuh buah-buahan dan sayuran mentah yang hendak diberikan kepada si manja.
- Lebih berhati-hati apabila membeli makanan daripada penjaja.
- Didik anak anda supaya tidak minum air terus daripada paip.
INGATAN: Apabila anak-anak kecil cirit-birit, anda tidak disyorkan memberi ubat-ubatan untuk cirit-birit atau muntah. Bawa si manja berjumpa doktor.
JANGAN Tunggu Lebih Lama! |
Bawa si manja anda berjumpa doktor dengan secepat mungkin jika dia mengalami gejala berikut:
|
kesian bila tengok anak asyik muntah ini, badan lemah dan tidak bermaya
ReplyDelete