nuffnang

5 Jan 2012

Sinaran Gigi Putih Bak Mutiara!

Apa yang anda perlu tahu bagi memastikan gigi anak anda boleh bertahan seumur hidupnya.

Penjagaan gigi perlu bermula sebelum gigi pertama si manja mula tumbuh. Walaupun gigi bayi belum kelihatan semasa beberapa bulan pertama selepas kelahirannya, ia sebenarnya sudah terbentuk, hanya belum tumbuh keluar daripada gusinya sahaja.

Kebersihan gigi yang tidak betul menyebabkan kerosakan gigi. Jika dibiarkan, kerosakan ini akan menusuk struktur tulang gigi dan menjejaskan perkembangan gigi kekalnya. Erti kata, gigi si manja mungkin akan tumbuh secara tidak teratur apabila membesar kelak.

Gula Tidak Manis seperti Disangkakan?

Pengambilan gula pada peringkat awal kehidupan (seperti menghisap puting dicelup madu), digandingkan pula dengan kebersihan oral yang tidak betul merupakan faktor dominan yang mengakibatkan kerosakan gigi.

Bilakah Penjagaan Mula Diamalkan?

Penjagaan gigi si manja lebih baik dimulakan dari awal kerana ia akan memanfaatkannya di kemudian hari.


Usia 0-1 tahun
Usia 2-6 tahun
Apa Yang Boleh Saya Lakukan untuk Memastikan Kebersihan Gigi Si Manja? • Selepas menyusu, lap gusi bayi dengan kain lembap yang lembut bagi mencegah pengumpulan bakteria. • Bila gigi susu si manja mula tumbuh, berus giginya dengan ubat gigi bersaiz kacang pea dengan berus gigi kanak-kanak yang lembut.
• Selepas makan snek, ingatkan si manja supaya memberus gigi atau berkumur dengan air untuk membersihkan mulut.
• Berus gigi perlu diganti setiap tiga bulan kerana berus yang haus tidak akan berkesan untuk mengeluarkan plak.
• Ajarnya untuk flos gigi. Ia membantu membuang makanan yang tersekat di celahan giginya.


Petua Mudah untuk Mencegah Kerosakan Gigi

• Elakkan si manja tidur dengan menghisap botol yang mengandungi minuman manis (seperti susu atau jus epal) kerana ia menyebabkan giginya diselaputi cecair manis semasa tidur.

• Amalkan tabiat minum air kosong kerana ia lebih baik untuk kesihatan. Apabila ingin memberi snek, berilah buah-buahan dan sayuran berbanding gula-gula dan aiskrim. Ungkapan ‘sebiji epal sehari memastikan kesihatan baik’ memang ada kebenarannya.


Bangun Pagi, Gosok Gigi.....

Memberus gigi membantu mencegah kerosakan gigi tetapi anda perlu pastikan si manja tahu cara yang betul. Berikut adalah petua memberus gigi untuk memastikan kebersihan mulutnya:

• Memberus sekurang-kurangnya dua kali sehari, selepas bangun dari tidur dan sebelum tidur. Pengumpulan plak berlaku lebih cepat semasa waktu tidur akibat penghasilan air liur yang berkurangan.

• Ajar teknik memberus gigi yang betul. Beritahu si manja yang memberus gigi hadapan sahaja tidak akan menjamin kebersihan keseluruhan mulutnya. Memberus permukaan tepi dan belakang gigi adalah penting dalam mengekalkan kebersihan mulutnya.

• Jangan tergesa-gesa apabila memberus gigi. Luangkan sekurang-kurangnya 3 minit setiap kali memberus gigi.


Tak Nak Pergi!

Pakar pergigian mengesyorkan pemeriksaan tetap sekurang-kurangnya dua kali setahun. Walaupun kebanyakan kanak-kanak (dan juga orang dewasa) tidak suka berjumpa doktor gigi, namun penjagaan oral awal dan tetap memastikan kekerapan kunjungan yang kurang (dan juga kurang menyakitkan) di masa hadapan!

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)