nuffnang

5 Jan 2012

Awasi Alahan

Gangguan alahan adalah yang pertama dalam senarai penyakit kronik kanak-kanak dan biasanya berlaku semasa si manja masih bayi atau kecil.

Oleh Profesor Madya Dr Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Imunologi Pediatrik.


Alahan (atau alergi) disebabkan tindak balas keterlaluan sistem imun apabila mula menentang bahan seperti hama, debunga, kulat atau ubat tertentu. Alahan kerap berlaku bersama-sama dengan penyakit lain, seperti asma, jangkitan telinga, sinusitis, dan apnea tidur (berhenti bernafas semasa tidur).

Kanak-kanak boleh mewarisi potensi alahan daripada ibu bapa mereka, tetapi hanya sesetengah daripada mereka akan mendapat penyakit alahan aktif. Alahan boleh menjadi masalah kronik atau akut, dan kedua-duanya boleh membawa maut.

Cara paling berkesan untuk menangani masalah alahan ialah dengan mengelakkan bahan yang boleh mencetuskan alahan. Ia juga membantu untuk mengetahui jenis alahan yang biasa dan mengenal pasti gejalanya. Jika anda mengenali gejala tersebut, dapatkan bantuan doktor secepat mungkin.


No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)