Kacang yang “Unggul” dan “Menakjubkan” – Lebih Daripada Makanan yang Baik Oleh Profesor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan Adakah anda tahu bahawa populasi Asia yang memakan soya sebagai makanan ruji mempunyai insiden penyakit kardiovaskular yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang mengamalkan diet Barat. Sesungguhnya, soya dalam bentuk dadih (taufu, tau-kua, fu-chuk), tempeh, susu soya dan kicap merupakan sebahagian daripada diet ruji Asian lebih daripada 1000 tahun. Kini, produk soya bukan sahaja diiktiraf sebagai makanan tradisional bahkan juga merupakan makanan penggalak kesihatan yang baru – makanan berfungsi. Di negara China, perkataan untuk kacang soya ialah “ta-tou”, bermaksud “kacang yang lebih baik”, sementara di Amerika Syarikat, ia digelar “kacang yang menakjubkan”. Soya merupakan sumber protein berkos rendah yang mengandungi fitoestrogen iaitu isoflavon, dan juga saponin, fitat, serat, mineral dan vitamin. Kesan baik kacang soya terhadap kesihatan telah diberi fokus sejak 15 tahun yang lalu. Di samping peranannya dalam menurunkan aras kolesterol darah, pengambilan soya berupaya mengurangkan risiko kanser payudara. Selain itu, terdapat juga kelegaan simptom menopaus (seperti pengurangan “hot flushes” pada waktu malam) pada wanita yang kerap memakan soya. Soya juga boleh memberikan kesan baik pada kesihatan tulang di mana konstituen soya – isoflavon mungkin melindungi wanita yang putus haid daripada penipisan struktur tulang. Setelah mengetahui manfaat soya, tanyalah diri anda sama ada ANDA merangkumkan SOYA sebagai sebahagian daripada diet anda. Sekiranya anda menjawab tidak, mulakan pengambilan soya hari ini juga – Untuk Kesihatan Anda, Hidup Anda! | ||
|
|
Arahan
|
No comments:
Post a Comment