nuffnang

24 Dec 2011

Kebaikan Khasiat Telur!

Kaya dengan nutrien dan serba guna di dapur
Oleh Profesor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan

Kebanyakan orang mengaitkan telur dengan kolesterol. Memang telur mengandungi kolesterol, tetapi jika dijadikan sebahagian daripada diet rendah lemak yang sihat, kemungkinan besar ia tidak menaikkan tahap kolesterol. Hakikat yang lebih penting ialah telur mempunyai nilai pemakanan yang tinggi, lebih-lebih lagi untuk kanak-kanak. Khasiat kebaikannya kepada kesihatan jauh melebihi kemudaratan.

Telur membentuk sebahagian daripada Piramid Panduan Makanan untuk Kanak-Kanak. Ia dikategorikan sebagai makanan protein tinggi yang sebaris dengan ikan, daging, ayam dan kacang. Selain membekalkan protein, telur juga kaya dengan nutrien yang diperlukan oleh kanak-kanak.

Mengapa Telur?

  • Rendah kalori dan lemak
  • Mengandungi Vitamin A, yang penting untuk penglihatan, pertumbuhan sel amnya dan untuk kesihatan kulit
  • Mengandungi zat besi, vitamin B, vitamin D, mineral dan asid amino yang penting
  • Sumber kolina, nutrien penting yang membantu mengawal otak, sistem saraf dan sistem kardiovaskular

Terdapat banyak cara anda boleh menyediakan sajian telur yang lazat seperti telur rebus, sandwic telur, telur dadar atau ditambah dalam nasi goreng. Anda juga boleh mencuba resipi berikut:

Telur Dadar Kentang

Masa penyediaan: 20 minit
Hidangan: Untuk 2 orang

Ramuan
2 biji telur, dipukul
2 sudu kecil minyak sayuran
1 kentang kecil, dicincang halus
2-3 sudu besar sayuran campur sejukbeku, dinyahbeku
½ cawan dada ayam, dicincang
2 sudu besar susu tepung
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Menyediakan

  1. Panaskan minyak dalam kuali tidak melekat di atas api sederhana.
  2. Masukkan kentang, sayuran campur sejukbeku dan daging ayam cincang. Masak dan kacau selalu selama 5-10 minit atau hingga kentang empuk.
  3. Tuang telur dan susu ke dalam mangkuk dan pukul hingga sebati. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
  4. Tuang campuran telur dan susu ke atas campuran kentang dalam kuali, kecilkan api dan masak tanpa kacau selama 3-4 minit atau sehingga telur dadar pejal.
  5. Hidangkan semasa panas.
Kandungan nutrien setiap hidangan

Kalori : 105 kcal
Protein : 10 g
Lemak : 7 g
Kolesterol : 129 mg
Kalsium : 50 mg

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)