nuffnang

24 Dec 2011

Protein Membina Tubuh Yang Sihat

Jika anda mahukan otot dan bahagian tubuh anak anda yang lain berada dalam keadaan baik, berilah anak anda makanan yang mengandungi protein, yang merupakan asas pembinaan tubuh. Nutrien ini juga membaiki, mengganti dan membina tisu serta memastikan tumbesaran yang optimum.

Dan khasiat protein bukan hanya setakat ini sahaja. Protein terdiri daripada asid amino. Tubuh anda memerlukan 22 jenis asid amino. Daripada jumlah ini, 14 boleh dihasilkan di dalam tubuh anda tetapi baki yang 8 perlu dibekalkan oleh makanan (ini dipanggil asid amino perlu).

Cara terbaik untuk memenuhi keperluan protein anak anda adalah daripada kedua-dua sumber haiwan (seperti ikan, ayam, daging dan telur) dan tumbuh-tumbuhan, terutama sekali (kacang, kacang pea dan lentil). Untuk sajian ‘vegetarian’, anda boleh dapatkan protein dengan memasak kari dal yang lazat atau menggoreng ringkas kacang pea.

Anda juga boleh memberinya snek atau pencuci mulut yang berprotein tinggi seperti tau fu fah, bubur kacang merah atau minuman soya yang sedap. Jika anda sedang mencari hidangan makanan utama yang kaya dengan protein, cubalah resepi berikut!


Telur Hancur

Hidangan: Untuk 2 orang

Ramuan

4 telur besar
1 sudu kecil majerin
1 sudu kecil minyak bijan atau minyak sayuran
5-8 daun kari, dipotong kasar
1 sudu kecil halia kisar
¼ cawan bawang merah, dihiris halus
2 daun bawang, dipotong halus
2 sudu besar lada benggala merah, dipotong dadu
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan

  1. Pecahkan telur dan masukkan secubit garam. Pukul hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali leper di atas api sederhana besar. Masukkan marjerin dan minyak, diikuti pula dengan daun kari, halia, dan lada benggala. Goreng kacau buat seketika.
  3. Tambahkan bawang merah dan dan daun bawang. Kecilkan api kepada sederhana besar. Goreng kacau sehingga lembut.
  4. Pukulkan telur sekali lagi dan tuangkan ke dalam kuali yang panas. Perlahankan api kepada sederhana kecil dan gunakan spatula kayu untuk mengacau telur.
  5. Masak lagi sehingga telur betul-betul masak tetapi masih lembut.
  6. Hidangkan panas bersama nasi (untuk makan tengah hari dan malam) atau dengan chapati (untuk sarapan).

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)