nuffnang

24 Dec 2011

Protein Membina Tubuh Yang Sihat

Jika anda mahukan otot dan bahagian tubuh anak anda yang lain berada dalam keadaan baik, berilah anak anda makanan yang mengandungi protein, yang merupakan asas pembinaan tubuh. Nutrien ini juga membaiki, mengganti dan membina tisu serta memastikan tumbesaran yang optimum.

Dan khasiat protein bukan hanya setakat ini sahaja. Protein terdiri daripada asid amino. Tubuh anda memerlukan 22 jenis asid amino. Daripada jumlah ini, 14 boleh dihasilkan di dalam tubuh anda tetapi baki yang 8 perlu dibekalkan oleh makanan (ini dipanggil asid amino perlu).

Cara terbaik untuk memenuhi keperluan protein anak anda adalah daripada kedua-dua sumber haiwan (seperti ikan, ayam, daging dan telur) dan tumbuh-tumbuhan, terutama sekali (kacang, kacang pea dan lentil). Untuk sajian ‘vegetarian’, anda boleh dapatkan protein dengan memasak kari dal yang lazat atau menggoreng ringkas kacang pea.

Anda juga boleh memberinya snek atau pencuci mulut yang berprotein tinggi seperti tau fu fah, bubur kacang merah atau minuman soya yang sedap. Jika anda sedang mencari hidangan makanan utama yang kaya dengan protein, cubalah resepi berikut!


Bebola Daging Asia

Hidangan: Untuk 5 orang

Ramuan

2 sudu besar madu
3 sudu besar sos ikan
450 g daging kisar; daging lembu atau ayam
1 sudu kecil tepung jagung
Minyak masak untuk menggoreng Garam dan lada hitam secukup rasa
4 daun bawang
1 ulas bawang putih
2 sudu kecil daun serai,
1 sudu besar pudina segar
2 sudu besar daun ketumbar

Sos Cecahan:

1 sudu kecil daun ketumbar,dipotong
3 daun bawang, dihiris halus
2 sudu besar jus limau
2 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan

Cara Menyediakan

  1. Panaskan madu dalam kuali leper tidak melekat, tambahkan sos ikan. Gaulkan dan biarkan sejuk.
  2. Campurkan daging, sirap madu, daun bawang, bawang putih, serai, tepung jagung, pudina dan daun ketumbar. Gaul dan tambahkan garam secukup rasa dan lada hitam yang banyak kepada campuran daging.
  3. Bentukkan kepada 20 biji bebola daging dan aturkan di atas dulang pembakar yang beralaskan kertas kalis minyak. Dinginkan selama 30 minit.
  4. Sapukan minyak masak ke atas bebola daging dan goreng selama 3-4 minit.
  5. Untuk membuat sos, campurkan semua bahan untuk sos dan hidangkan bersama bebola daging.




No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)