Panduan Piramid Makanan Kanak-kanak mencadangkan agar anak anda mengambil lebih daripada 2 hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan buah-buahan setiap hari. Adalah penting bagi anak anda untuk mendapat keperluan pengambilan buah-buahan dan sayuran yang mencukupi kerana kedua-duanya mengandungi vitamin, mineral, serat dan bahan-bahan sihat yang dikenali sebagai fitokimia. Kebanyakan fitokimia merupakan antioksida yang dipercayai boleh melawan sesetengah penyakit. Bahanbahan inilah yang memberi buah-buahan dan sayuran warna yang berbeza. Anda perlu mula memperkenalkan sayur-sayuran kepada anak anda pada usia awal kerana ia akan menjadi satu cabaran untuk memberi mereka sayur-sayuran pada kemudian hari. Terdapat beberapa cara untuk memperkenalkan sayur-sayuran dalam dietnya, termasuklah memasukkan sayur-sayuran yang dipotong ke dalam mee gorengnya secara senyap atau mengisar sayur-sayuran dan mencampurkan ke dalam sup dan bubur anak anda. Kanak-kanak memang secara semulajadinya akan lebih mudah menerima buah-buahan kerana rasanya yang manis. Terdapat banyak cara untuk memperkenal atau memberi anak anda makan buah-buahan. Anda boleh mengisar, melumat, memerah jus, mendingin, menghancur atau menambah buah-buahan kepada bijirin sarapan anak anda! Atau gunalah idea yang lazat ini untuk mamastikan anak anda dapat menikmati pelangi warna buah-buahan yang baik untuk kesihatannya! |
|
No comments:
Post a Comment