nuffnang

26 Dec 2011

Omelet Oriental

ulang Kuat, Gigi Kuat

Maksimumkan kekuatan tulang dari usia muda melalui pilihan
makanan kaya kalsium dalam diet harian anak anda.

Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan

Adakah anda tahu bahawa sebanyak 45% pertumbuhan tulang berlaku dan 37% daripada keseluruhan jisim tulang dicapai apabila anak anda mencecah usia remaja? Dan itulah sebabnya kenapa penting anak anda memaksimumkan kekuatan tulang mulai dari usia muda lagi. Sekiranya pembinaan tulang yang baik berlaku, ini akan dapat mengelakkan tulang rapuh (osteoporosis) daripada berlaku di kemudian hari - perkara ini penting terutamanya untuk perempuan. Sumber kalsium yang baik adalah susu, keju dan yogurt atau dadih. Sumber lain termasuk ikan dengan tulang yang boleh dimakan seperti ikan bilis dan sardin, produk kekacang dan sayuran hijau.

Omelet Oriental (Hidangan untuk 4 orang)

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur ayam, dipukul
  • 2 keping tauhu, dipotong kiub kecil-kecil
  • 1 sudu makan sos soya
  • 1/4 sudu teh madu
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • 1 biji bawang besar, dicincang
  • 6 biji cendawan butang, dihiris nipis
  • 1 sudu makan minyak bijan

Arahan:

  1. Lima bahan pertama dicampurkan di dalam mangkuk besar dan digaul rata.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali leper. Tambahkan bawang dan cendawan, kemudian digoreng selama 2-3 minit sehingga masak.
  3. Tuangkan campuran telur tersebut dan dimasak dengan api yang perlahan. Ratakan telur sehingga masak.
  4. Apabila omelet masak sepenuhnya, ia dilipat dan dihidangkan.
KANDUNGAN NUTRIEN SETIAP SATU HIDANGAN

Tenaga : 170 kcal
Lemak : 11 gram
Protein : 13 gram
Kalsium : 108 mg

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)