nuffnang

26 Dec 2011

Mufin Oat



Tambahkan Zat Besi!
Anemia merupakan masalah pemakanan yang sering melanda kanakkanak. Ia boleh dicegah dengan diet yang kaya dengan zat besi.

Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan

Cepat letih, pucat, tidak dapat memberi perhatian … kesemua ini tanda-tanda kanak-kanak yang mengalami anemia. Keadaan ini boleh dielakkan dengan memberikan anak anda makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging merah, hati, ayam, ikan, kuning telur, sayur-sayuran berdaun hijau, kacang, kekacang, bijirin dan roti yang diperkaya dengan zat besi pada setiap hari. Suplemen zat besi hanya diberi kepada anak anda apabila disyorkan oleh doktor anda.

Bahan-bahan:
Kandungan Nutrien Setiap Hidangan


1 cawan tepung serbaguna
1/4 cawan gula
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam

Campuran susu (a) - dicampur
3 sudu besar marjerin, dicairkan
1 biji telur, dipukul
1 cawan susu
1 cawan oat

1/3 cawan kismis tanpa biji


Kalori (kcal)
=
298

Lemak (g)
=
9

Protein (g)
=
7

Zat Besi (mg)
=
2




Arahan:

1.

Ayak campuran tepung, gula, serbuk penaik dan garam.

2. Campurkan oat dan kismis. Kemudian, masukkan campuran susu (a).

3. Kacau dengan cepat, sekadar cukup untuk melembabkan bahanbahan yang kering – jangan terlebih kacau kerana ia akan menyebabkan mufin menjadi keras.

4. Masukkan campuran ke dalam cawan mufin yang telah digris sehingga 2/3 penuh.

5. Bakar pada suhu 200°C untuk 20 hingga 25 minit.

6. Adunan akan menghasilkan 12 ketul mufin.

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)