nuffnang

26 Dec 2011

Jejari Sardin dan Tomato



Vitamin A Yang Sedap
Vitamin A bukan sahaja memperbaiki penglihatan tetapi ia juga membantu menjaga kesihatan kulit dan mengawal daripada jangkitan.


Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan

Sumber makanan vitamin A termasuk hati, ikan, kuning telur dan susu, serta sayuran hijau dan buah-buahan yang berwarna kuning atau oren. Jadikan makanan ini sebahagian daripada diet anak anda. Walaupun vitamin A memang penting untuk kesihatan, cuba jangan berikan supplemen kepada anak anda kerana pengambilan vitamin A yang terlalu banyak akan menyebabkan kesan toksik. Sekiranya anak anda makan diet yang seimbang, ini sepatutnya memadai untuk memenuhi keperluan tubuh badannya.

Bahan-bahan :
Kandungan Nutrien Setiap Hidangan


1 tin sardin di dalam sos tomato
2 sudu besar minyak
1 biji bawang saiz sederhana, dicincang kasar
1 biji cili merah, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
1/4 sudu teh lada sulah
1 buku roti sandwij
2 biji tomato saiz sederhana, dihiris nipis
Marjerin
Keju cheddar, diparut


Kalori (kcal)
=
234

Vitamin A
(µg RE)
=
179

Protein (g)
=
12

Lemak (g)
=
10




Arahan:

1.

Sardin dihancurkan menggunakan garpu, kemudian diasingkan.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih yang dicincang tadi dan masak sehingga kuning keemasan. Kemudian masukkan bawang dan cili, dan masak sehingga lembut.

3. Tambahkan sardin yang telah dihancurkan tadi bersama dengan lada sulah. Kacau hingga rata dan dibiarkan masak. Setelah masak, keluarkan dari kuali dan letakkan ke tepi.

4. Potong kerak roti di bahagian tepi dan sapu roti dengan marjerin. Susun hirisan tomato di atas roti tersebut, kemudian sapukan sardin, dan di bahagian atas sekali taburkan keju yang telah diparut.

5. Setelah siap, kepingan tersebut dipotong kepada 3 bahagian yang sama besar (jejari). Sediaan tadi dibakar sehingga keju berwarna keperangan.

Variasi:

• Gunakan minyak sawit merah untuk lebihkan karotenoid (prekursor vitamin A).

• Gunakan hirisan timun menggantikan tomato.

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)