nuffnang

26 Dec 2011

Jus Tropika



Vitamin A Yang Sedap
Vitamin A bukan sahaja memperbaiki penglihatan tetapi ia juga membantu menjaga kesihatan kulit dan mengawal daripada jangkitan.


Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan

Sumber makanan vitamin A termasuk hati, ikan, kuning telur dan susu, serta sayuran hijau dan buah-buahan yang berwarna kuning atau oren. Jadikan makanan ini sebahagian daripada diet anak anda. Walaupun vitamin A memang penting untuk kesihatan, cuba jangan berikan supplemen kepada anak anda kerana pengambilan vitamin A yang terlalu banyak akan menyebabkan kesan toksik. Sekiranya anak anda makan diet yang seimbang, ini sepatutnya memadai untuk memenuhi keperluan tubuh badannya.

Bahan-bahan :
Kandungan Nutrien Setiap Hidangan


2 biji buah oren
2 biji buah mangga
1 biji lobak merah
1 biji buah betik saiz kecil


Kalori (kcal)
=
115

Vitamin A
(µg RE)
=
303

Protein (g)
=
4

Lemak (g)
=
1

Arahan:

1.

Cuci lobak merah dan potong kepada kepingan nipis.

2. Buang kulit dan biji mangga, oren dan betik, kemudian potong kepada kepingan kecil.

3. Masukkan kesemua buah-buahan tadi ke dalam pemerah buah.

4.

Minuman/jus ini menghasilkan rasa campuran masam dan manis yang lazat.


Variasi:

  • Anda boleh menggunakan apa saja buah-buahan dan sayursayuran pilihan anda. Buah-buahan berwarna seperti oren dan merah membekalkan beta-karoten (prekursor vitamin A).
  • Untuk lebih kandungan serat, gunakan pengisar dan bukan pemerah jus.

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)