nuffnang

26 Dec 2011

Berhadapan Dengan Diabetes

Peningkatan kejadian diabetes jenis 2 di kalangan kanak-kanak.

Oleh Professor Madya Dr Rahmah Rasat, Pakar Pediatrik & Endokrinologi

Diabetes jenis 2 (T2D) pada suatu ketika dahulu dikategorikan sebagai satu penyakit yang biasanya menyerang mereka yang tergolong dalam kumpulan umur yang lebih tua. Namun, semakin ramai kanak-kanak hari ini menghidap T2D, bahkan sebahagian daripada mereka semuda 7 tahun!

Berhadapan Dengan Diabetes

Apakah itu diabetes jenis 2 (T2D)?

Diabetes ialah suatu penyakit kronik di mana badan tidak dapat menghasilkan atau menggunakan dengan berkesan insulin, sejenis hormon yang menukarkan gula dan kanji dalam makanan kepada glukosa, yang merupakan sumber tenaga utama badan. Terdapat dua jenis diabetes: diabetes jenis 1 and jenis 2.

Diabetes jenis 1 juga dikenali sebagai diabetes bersandarkan insulin, dan berlaku apabila pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi, atau tiada penghasilan langsung. Ini berlaku akibat sistem pertahanan badan menyerang sel -sel beta dalam pankreas yang menghasilkan insulin.

Sehingga kini, diabetes jenis 1 adalah satu-satunya jenis diabetes yang ditemui di kalangan kanak-kanak.

Diabetes jenis 2 adalah jenis penyakit yang lebih lazim, dan biasanya berlaku di kalangan orang dewasa berusia 30 tahun ke atas. Namun, T2D telah menjadi meluas di kalangan kanak-kanak, terutamanya di negara maju dan negara sedang membangun. Jenis diabetes ini berlaku apabila pankreas tidak menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengatasi rintangan badan terhadap insulin.

Sesetengah kanak-kanak atau remaja mungkin mempunyai kulit yang tebal dan gelap di sekeliling leher, ketiak, pangkal paha, antara jari tangan dan kaki, atau pada bahagian siku dan lutut. Ini adalah satu keadaan kulit yang dikenali sebagai acanthosis nigricans.

T2D semakin meningkat

Kedua-dua faktor keturunan dan persekitaran telah didapati memainkan peranan penting dalam menyebabkan diabetes dalam seseorang individu. Kajian telah menunjukkan bahawa 75% daripada kanak-kanak yang menghidapi T2D mempunyai ibu bapa atau adik-beradik yang turut menghidapinya. Meskipun demikian, terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak dan orang dewasa berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit kronik ini.

Kajian terbaru telah menunjukkan bahawa semakin ramai kanak-kanak mempunyai berat badan yang berlebihan dan obes. Kanak-kanak kini menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen dan bermain permainan komputer dan bukannya menikmati permainan bola sepak di taman-taman.

Tambahan pula, kanak-kanak juga lebih gemari makanan yang tidak sihat seperti burger, nuget, kentang goreng dan minuman berkabonat. Aktiviti fizikal yang tidak mencukupi dan amalan pemakanan yang tidak sihat merupakan faktor risiko untuk menghidapi diabetes.

Malah, kegemukan dan obesiti merupakan salah satu faktor risiko utama untuk T2D, terutamanya apabila kebanyakan lemak tubuh terkumpul di sekitar bahagian abdomen!

Statistik yang membimbangkan

Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan pada tahun 2007, Malaysia mempunyai jumlah penghidap diabetes yang keempat tertinggi di Asia, dengan angka sebanyak 800 000!

Terdapat banyak masalah kesihatan yang boleh berlaku pada peringkat awal penghidapan diabetes. Kanak-kanak yang menghidapi diabetes dari kecil berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit, termasuk penyakit mata dan masalah penglihatan; penyakit buah pinggang; penyakit jantung dan masalah peredaran darah; kerosakan saraf; dan juga masalah penyembuhan luka.Kajian baru juga telah menunjukkan fakta yang mengejutkan; dalam jangka masa panjang, diabetes boleh mengakibatkan saluran darah otak tersumbat, yang mengehadkan keupayaan kognitif. Tambahan pula, 30% daripada kanak-kanak yang menghidapi diabetes didapati mempunyai jisim tulang yang lebih rendah dan mengakibatkan tulang yang lemah, berbanding dengan mereka yang tidak menghidapi diabetes.

Pencegahan adalah kuncinya

Pengurusan diabetes adalah sangat penting untuk mengelakkan masalah kesihatan pada masa depan, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Tetapi, pencegahan diabetes jenis 2 adalah lebih baik. Pemakanan dan gaya hidup yang baik adalah penting dan kanak-kanak yang menghidapi atau lebih cenderung untuk menghidapi T2D mungkin perlu:

  • Makan makanan yang seimbang untuk mencapai berat badan yang normal, sementara memperolehi nutrien-nutrien penting yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan. Sesetengah kanak-kanak mungkin perlu mengamalkan diet yang kurang garam atau lemak, terutamanya jika mereka menghidapi tekanan darah tinggi atau mempunyai lemak badan yang tinggi.
  • Menjalani aktiviti fizikal secara berjadual; senaman membantu badan untuk meningkatkan tindak balas terhadap insulin dan membakar kalori yang berlebihan.

Hidup dengan diabetes merupakan satu cabaran, terutamanya bagi kanak-kanak yang lebih muda. Namun, mengesani faktor risiko bermula dari awalnya boleh membantu mengelakkan anak anda daripada menghidapi diabetes jenis 2.

Dapatkan anak anda mengubah gaya hidup dan amalan pemakanan, pastikan dia selalu makan secara sihat dan kekal berat badan yang sihat sesuai dengan umurnya. Dengan ini, anda boleh membantu mengurangkan peluang anak anda untuk menghidapi penyakit ini.

Tanda-tanda dan gejala-gejala diabetes

Walaupun bukan setiap orang yang menghidap T2D boleh menunjukkan tanda-tanda dan gejala-gejala ini, sesetengah daripada mereka berkemungkinan:

  • kerap kali kencing;
  • rasa haus yang amat sangat (meminum air dengan banyak);
  • selalu rasa letih;
  • berat badan menurun secara tiba-tiba.

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)