nuffnang

24 Dec 2011

Kehebatan Susu!

Kehebatan Susu

Semua orang tahu bahawa kalsium boleh membina tulang dan gigi yang kuat. Tetapi tahukah anda bahawa ia juga memaksimumkan peningkatan tulang (puncak jisim tulang) daripada usia yang muda supaya mencegah daripada mendapat osteoporosis kelak pada zaman dewasa? Dan apakah sumber kalsium diet yang terbaik untuk anak anda? Jawapannya adalah susu!

Susu bukanlah sahaja untuk bayi, malah ia juga baik untuk semua golongan usia. Ia mengandungi protein yang sangat tinggi dan pelbagai jenis vitamin dan mineral yang menyumbang kepada semua aspek tumbesaran dan perkembangan. Anak anda boleh mendapat kebaikan khasiat susu daripada susu lembu, keju dan yogurt. Terdapat juga susu berkultur yang dihasilkan dengan menambah bakteria ‘baik’ yang hidup ke dalam susu. Apabila diambil setiap hari, susu berkultur akan membantu mengekalkan keseimbangan mikroflora yang baik di dalam usus besar dengan membantu mengurangkan populasi bakteria ‘jahat’.

Anda sentiasa boleh memberikan anak anda kebaikan susu penuh berkrim dengan meminum begitu sahaja atau anda boleh menjadi kreatif dengan mencuba resipi yang berikut. Ia akan memastikan anak anda mahu mengambil susu dan produk tenusu sepanjang hayatnya!

Susu Kocak Coklat & Pisang

Susu Kocak Coklat & Pisang

Hidangan: Untuk 2 orang

Ramuan

• 2 pisang besar, dipotong
• 1 cawan susu coklat
• Serbuk kayu manis secukup rasa

Cara Menyediakan

1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati dan tidak berketul.
2. Tuang ke dalam gelas tinggi dan sejukkan selama ½ jam sebelum dihidang.

Kandungan nutrien setiap hidangan
Kalori : 151 kcal
Karbohidrat : 26.4 g
Protein : 5.1 g
Lemak : 2.8 g

Penkek Oat dan Madu

Penkek Oat dan Madu

Hidangan: Untuk 2 orang

Ramuan

• Campuran ini elok disediakan pada malam sebelumnya dan disimpan dalam peti sejuk hingga ingin digunakan.
• 1 ½ cawan susu mentega
• 2 sudu besar madu
• 1 biji telur
• 1 kuning telur
• 3 sudu besar minyak masak
• ½ cawan tepung naik sendiri
• Secubit garam
• 1 X 1 inci kulit kayu manis dikisar atau direndam dalam susu yang dipanaskan

Cara Menyediakan

Untuk menyediakan bater:

1. Tuangkan susu mentega ke atas oat dan tinggalkan selama 10 minit.
2. Kemudian, masukkan madu, telur dan minyak masak.
3. Ayakkan tepung naik sendiri ke dalam sebuah mangkuk.
4. Tambahkan secubit garam dan kayu manis.
5. Tuangkan campuran basah ke dalam mangkuk berisi tepung dan gaul hingga sebati.

Untuk menyediakan penkek:

1. Melt a small piece of margarine in a pan. Pour a ladle of the batter into pan and cook till golden brown on one side and then flip over and repeat.
2. Allow pancake to cool and serve with fresh fruits.

Kandungan nutrien setiap hidangan
Kalori : 268 kcal
Karbohidrat : 34.3 g
Protein : 7.3 g
Lemak : 11.3 g

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)