Kanak-kanak memerlukan serat dalam diet mereka. Serat tidak membekalkan nutrien atau tenaga tetapi boleh mencegah sembelit. Serat juga membuatkan anak anda cepat kenyang dan ini dapat membantu mencegahnya daripada makan berlebihan!
Karbohidrat yang tidak dapat dicerna ini terdapat dalam pelbagai jenis makanan tumbuhan. Selain daripada buah-buahan dan sayuran, anda juga boleh memperoleh serat daripada legum (kacang, lentil dan kacang pea), bijirin (beras perang), ubi-ubian (ubi kentang dan ubi keledek) dan mil penuh atau makanan kaya karbohidrat yang tidak diproses seperti bijirin sarapan pelbagai bijian berbagai dan roti mil penuh/bijirin penuh.
Anda boleh membekalkan anak anda serat yang mencukupi setiap hari dengan memberinya makanan yang dinyatakan di atas. Atau anda juga boleh menjadi kreatif dengan menggunakan resipi ‘serat lazat’ berikut yang cepat dan mudah!
Snek Bar Tenaga
Hidangan: Untuk 8 orang
Ramuan
• 2 cawan bijirin pelbagai• ½ cawan kismis
• ½ cawan kacang gajus, dicincang
• ½ cawan biji kuaci tanpa garam
• 2/3 cawan tepung gandum penuh
• ½ cawan serbuk koko
• ¼ cawan germa gandum
• 1 sudu kecil serbuk kayu manis
• 1 sudu kecil soda bikarbonat
• Secubit garam
• ½ cawan minyak masak
• 3/4 cawan gula perang
• 1 telur besar
• ½ cawan sos epal tanpa gula
• 2 sudu kecil esen vanila
Cara Menyediakan
- Panaskan ketuhar ke suhu 350°C.
- Lenserkan sebuah dulang pembakar bersaiz 9cm x13cm.
- Campurkan bijirin, kismis, gajus, biji kuaci, tepung gandum penuh, koko, germa gandum, kayu manis, bikarbonat soda dan garam dalam sebuah mangkuk besar. Gaul hingga sebati.
- Di dalam sebuah mangkuk besar lain, campurkan minyak sayuran, gula perang dan telur. Adun sehingga sebati dan kembang.
- Campurkan sos epal dan esen vanila dan masukkan bahan-bahan kering. Gaul hingga sebati.
- Tuang dan ratakan adunan ke atas dulang pembakar dan bakar hingga perang keemasan, kira-kira 30-45 minit.
- Biarkan di atas rak wayar sehingga sederhana panas sebelum dipotong mengikut saiz kepingan yang anda ingini.
Kandungan nutrien setiap hidangan | |
Kalori Karbohidrat Protein Lemak | : 360 kcal : 38.0 g : 7.1 g : 20.8 g |
Tuna Bakar & Keju
Hidangan: Untuk 6 orang
Ramuan
• 2 x 185 g ketulan tuna dalam tin, ditapis• 2 sudu besar bawang merah, dipotong halus
• 2 sudu besar mayones rendah lemak
• ½ sudu kecil jus lemon
• 1 sudu besar daun parsli yang dicincang
• Secubit garam
• Sedikit mustard
• Lada hitam secukup rasa
• 2 keping roti putih dan 2 keping roti mil penuh/roti pelbagai bijirin, dibakar
• 2 tomato, dihiris
• Timun dihiris nipis
• ½ cawan parutan keju Cheddar
Cara Menyediakan
- Panaskan ketuhar ke suhu 180°C.
- Campur hingga sebati: tuna, bawang merah, mayones, jus lemon, parsli, garam, mustard dan lada hitam di dalam sebuah mangkuk.
- Sapukan ¼ cawan daripada campuran tuna ke atas setiap roti bakar; letakkan hirisan tomato dan timun dan 2 sudu besar parutan keju.
- Letakkan sandwic-sandwic di atas sekeping kerajang aluminium dan gril hingga keju berwarna perang keemasan, lebih kurang 3-5 minit.
- Hidangkan segera.
Kandungan nutrien setiap hidangan | |
Kalori Karbohidrat Protein Lemak | : 135 kcal : 8.4 g : 14.3 g : 4.9 g |
No comments:
Post a Comment