Sediakan diri untuk hari kelahiran bayi anda!
Oleh Prof Madya Dr Zaleha Abdullah Mahdy, Pakar Obstetrik & Ginekologi
|
Yang mana jalan keluar? Ramai wanita menganggap melahirkan anak secara ‘semulajadi’ (melalui faraj) sebagai pilihan mereka. Para doktor bersetuju bahawa ini masih merupakan cara yang paling selamat, melainkan ibu atau bayi mengalami masalah yang boleh membahayakan kelahiran secara semulajadi. Kadang-kala, doktor mungkin akan mengesyorkan kelahiran melalui pembedahan Caesarean (pembedahan untuk melahirkan anak melalui potongan yang dibuat pada abdomen dan rahim) yang dirancang kerana sebab-sebab tertentu, termasuk: |
|
Bagaimana untuk mengetahui bila masanya?
Anda tidak perlu menunggu kesemua gejala-gejala di atas berlaku sebelum ke hospital atau pusat bersalin. Sebaik sahaja anda dapat merasa sudah hendak bersalin, terus sahaja ke sana. Mungkin terasa memalukan jika didapati anda bukan benar-benar hendak bersalin, tetapi sekurangkurangnya doktor dapat memeriksa dan memastikan segalanya baik sebelum membenarkan anda pulang untuk menunggu sedikit masa lagi. |
Kadang-kala, dalam peringkat kedua proses bersalin, kelahiran bayi memerlukan bantuan doktor dengan menggunakan alat forseps atau vakum kerana sebab-sebab tertentu seperti penurunan kadar degupan jantung bayi yang berpanjangan atau berulang kali, atau apabila peringkat kedua mengambil masa yang terlalu lama, justeru meletihkan ibu dan bayi.
|
Kelegaan kesakitan |
|
|
Episiotomi Apabila kepala bayi telah kelihatan, ada risiko perineum (kawasan antara vulva dan rektum) akan koyak. Jika doktor merasa risiko berlakunya koyakan agak tinggi, episiotomi mungkin diperlukan. Ini merupakan potongan yang dibuat pada perineum, setelah diberi bius setempat, untuk mengelakkan kerosakan teruk akibat koyakan yang tidak terkawal. Doktor akan membaiki kawasan tersebut dengan beberapa jahitan selepas kelahiran bayi anda, tanpa mengira sama ada ia terjadi akibat terkoyak ataupun episiotomi. Lazimnya, dengan kelahiran kedua dan seterusnya, episiotomi sudah tidak diperlukan lagi. |
|
Pembedahan Caesarean
|
Tahukah anda? |
Pembedahan Caesarean telah wujud sejak zaman empayar Rom. Undangundang yang dipanggil ‘lex caesar’ menyatakan bahawa jika seseorang wanita yang sedang melahirkan anak dijangka akan meninggal dunia, satu pembedahan akan dijalankan untuk menyelamatkan bayinya. Ia dianggap sebagai langkah keperwiraan apabila satu nyawa diselamatkan, daripada membenarkan dua kematian. Masa kini, dengan adanya kaedah pembedahan yang selamat, pakar bedah yang berkemahiran dan peralatan perubatan moden, pembedahan Caesarean dilihat sebagai satu cara untuk menyelamatkan kedua-dua nyawa ibu dan bayi. |
No comments:
Post a Comment