nuffnang

21 Dec 2011

Infeksi Terhadap Bayi Dalam Kandungan

Virus, bakteria dan parasit. Bakal ibu sepatutnya berwaspada
dengan organisma tersebut sewaktu menjangka kelahiran bayi.

Oleh Profesor Madya Dr Tan Ay Eeng, Pakar Obstetrik dan Ginekologi

Waktu kehamilan penuh dengan harapan. Tempoh ini juga merupakan masa genting untuk pencegahan dan penjagaan rapi kerana bayi dalam kandungan rentan terhadap jangkitan penyakit yang serius. Jangkitan yang paling lazim berlaku adalah seperti:

  • Cacar air yang disebabkan oleh virus varicella zoster. Jangkitan cacar air pada minggu ke-13 hingga ke-20 kehamilan akan mengakibatkan 1% hingga 2% risiko untuk bayi mengalami masalah mata, kelumpuhan atau kecacatan anggota badan, atau kerosakan otak. Tiada risiko selepas 20 minggu. Namun, jangkitan cacar air dalam lingkungan tujuh hari sebelum lahir boleh menyebabkan bayi baru lahir menghidapi cacar air yang teruk.
  • Rubella boleh mengakibatkan keguguran, bayi lahir mati, atau kecacatan kelahiran seperti kepekakan, kerosakan otak, keabnormalan jantung dan katarak. Jika ibu menghidapi jangkitan pada 12 minggu pertama kehamilan, lebih daripada 70% bayi terlibat dengan tahap tidak normal yang berbeza.

  • Sitomegalovirus merupakan penyakit “senyap” yang tersebar melalui air liur atau urin kanak kanak bawah enam tahun melalui perkongsian makanan, minuman dan peralatan makan, atau mencium mulut dan pipi mereka. Simptom bayi yang dijangkiti sitomegalovirus termasuk masalah hati, peparu dan limpa, jaundis, masalah penglihatan, kepala yang kecil dan kerencatan mental, kekurangan koordinasi, sawan dan maut.

  • Hepatitis bermaksud keradangan hati. Bayi dalam kandungan yang dijangkiti Hepatitis B (HBV) berkemungkinan mendapat infeksi HBV kronik, sirosis hati atau barah hati.

  • Herpes merupakan penyakit jangkitan melalui sex. Herpes genital yang aktif boleh merebak kepada bayi semasa bersalin dan boleh membawa maut. Kelahiran melalui pembedahan caesarean dicadangkan.

  • Toxoplasmosis adalah jangkitan yang disebabkan oleh Toxoplasma gondii, sejenis parasit yang terdapat dalam najis kucing. Bayi yang dijangkiti menunjukkan simptom chorioretinitis (kerosakan mata), pembesaran hati dan limpa, jaundis, sawan, kepala kecil atau besar yang dipenuhi bendalir dan/atau kerosakan otak.

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)