Sakit bersalin boleh menjadi satu yang menyakitkan wanita tetapi kini terdapat beberapa kaedah melegakan kesakitan yang boleh anda gunakan.
Oleh Dr Mohamed Namazie Ibrahim, Pakar Perunding Anestesiologi
Kesakitan bersalin yang anda rasai sebenarnya mempunyai maksud di sebaliknya: setiap kontraksi akan membawa anda lebih dekat dengan kelahiran bayi anda. Sama ada anda memilih kaedah pelega kesakitan atau tidak, ia semua bergantung kepada keupayaan anda berhadapan dengan kesakitan.
|
|
Tip Berguna:
|
|
Tip Berguna: Sedut entonoks sedalamnya setiap kali anda terasa kontraksi akan bermula kerana ia mengambil masa setengah minit untuk mula bertindak menghilangkan kesakitan anda. |
‘Pethidine’ Ini merupakan kaedah di mana ubat narkotik akan disuntik di punggung atau peha. ‘Pethidine’ ialah pelega kesakitan dan juga sedatif. Oleh kerana ia boleh menyebabkan anda berasa loya dan muntah-muntah, sejenis ubat lain perlu digunakan untuk mengurangkan kesan sampingan ini. Ia mengambil masa 20 minit untuk ‘Pethidine’ mula bertindak dan kesannya berbeza bagi setiap wanita – sesetengah akan berasa mengantuk, yang lainnya pula akan berasa lebih cergas. Jika digunakan hampir waktu bersalin, ia boleh menyebabkan bayi berasa mengantuk. Tip Berguna: Gunakan teknik pernafasan sebelum ubat tersebut mula bertindak. Bincang segala kebaikan dan kelemahan setiap pelega kesakitan dengan doktor sebelum memilih yang terbaik untuk anda. |
No comments:
Post a Comment