nuffnang

26 Dec 2011

Bubur ikan dengan kapis kering



Bahan-bahan:

1/2 cawan beras
4 cawan air
4 cawan stok ayam
1/2 sudu teh garam
300 gram isi ikan (fillet), dipotong kecil

Bahan-bahan A
20 gram kapis kering, direndam
40 gram tiram kering
1 inci halia tua, dihiris
10 biji kurma merah kering, dibuang biji
2 sudu makan kei chee

Bahan-bahan B
1 sudu makan halia muda, dihiris halus
1 sudu makan bawang, dicincang
1 sudu makan daun ketumbar
1 sudu teh minyak bijan
Sedikit lada sulah

NUTRITIONAL CONTENT PER SERVING

Tenaga (kcal) = 230 | Lemak (g) = 5 | Protein (g) = 17 | Zink (mg) = 10

Arahan:

  1. Basuh beras dan toskan. Dalam periuk yang agak besar, masukkan air dan stok ayam dan masak sehingga mendidih. Masukkan beras dan didih selama 5 minit.

  2. Masukkan bahan A dan masak dengan api sederhana selama 20 minit. Kacau sekali sekala.

  3. Masukkan ikan dan garam. Biarkan masak selama 10 minit lagi. Kacau sekali sekala.

  4. Kecilkan api dan biar ia mereneh perlahan-lahan. Periuk tidak perlu ditutup ketat bagi mengelakkan limpahan bubur.

  5. Kacau sekali sekala supaya bubur tidak hangit. Apabila selesai, tutup api dan dibiarkan.

  6. Untuk menghidang, cedok bubur ke dalam mangkuk dan taburkan bahan B pada bubur tersebut. Hidang semasa panas.

Variasi:
Ikan boleh digantikan dengan daging merah atau ayam.

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)