nuffnang

26 Dec 2011

Biskut wonton goreng

Tahukah anda apakah yang paling kekurangan dalam diet kita?
Jawapannya bukanlah vitamin atau mineral – tetapi serat!

Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan

Penting untuk melegakan sembelit, serat juga dapat membantu menurunkan paras kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia juga dapat mengenyangkan anda pada kandungan kalori yang rendah lalu membantu mengekalkan berat badan yang sihat.

Tambahkan lebih banyak serat dengan memakan sayursayuran, buah-buahan bersama kulit, kekacang dan roti mil penuh. Perkenalkan serat secara perlahan-lahan dan galakkan anak anda minum banyak air.

Biskut wonton goreng
Hidangan untuk 15

Bahan-bahan:
A 1 ½ cawan prun, dicincang
1 cawan apricot kering, dicincang
1 cawan kelapa parut
1 cawan gula perang
1 cawan badam, dicincang
30 kulit wonton
Minyak sawit


Arahan:
1. Campurkan A di dalam satu mangkuk.
2. Letakkan 2 sudu kecil campuran A di tengah-tengah kulit wonton.
Lembapkan penjuru kulit dengan air dan lipat kepada dua untuk membentuk segitiga.
3. Tekan penjuru kulit supaya melekat. Tutup dengan kain lembap untuk mengelakkannya kering.
4. Panaskan 1 atau 2 inci minyak. Goreng wonton sehingga bewarna kuning keemasan. Toskan.
5. Biarkan sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Idea hidangan:
Anda boleh hidangkan dengan aiskrim atau sorbet. Ia juga boleh dimakan begitu sahaja sebagai snek.

Kandungan nutrien setiap hidangan

Tenaga : 283 kcal
Protein : 4.6 gram
Lemak : 13.0 gram
Serat diet : 3.5 gram

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)