nuffnang

2 Nov 2012

GEMUK!!Benarkah petanda sihat?

Merupakan satu kenikmatan saat menyantap hidangan kesukaan kita. Besar mungkinnya, kita akan makan hidangan tersebut lebih dari sekali atau berkali-kali, hingga kita lupa kalau2 perut telah penuh. Kejadian seperti ini dapat terjadi pada sesiapapun. Yang beruntung adalah orang2 yg menyedari bahawa makan secara berlebihan tidak sesuai dengan bimbingan syariat, dan termasuk kebiasaan buruk, yg dpt merugikan kesihatan.
Salah satu akibat dari pola makan yang berlebihan adalah yang kita kenal dengan istilah overweight atau obesiti. Overweight atau berat badan lebih, didefinisikan sebagai keadaan ketika berat badan seseorang lebih tinggi 10% – 20% dari berat normal. Sedangkan obesiti terjadi sebagai timbunan lemak tubuh yang berlebihan. Wanita dengan proporsi lemak tubuh lebih dari 30% dari berat total tubuhnya & lelaki dengan lemak tubuh melebihi 25% dari berat total tubuhnya telah dianggap mengalami obesiti.

Mengapa berat badan yang IDEAL itu penting?
Menjaga agar berat badan selalu dalam lingkungan ideal sangatlah penting. Berat badan yang ideal inshaallah dapat mencegah timbulnya berbagai penyakit. Jika seseorang mengalami obesiti, maka dia berisiko mengalami masalh kesihatan yang serius, di antaranya adalah penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, batu hempedu, gangguan pernafasan atau bahkan stroke dan kanser.
Obesiti merupakan kelainan metabolisme yg aling sering dialami oleh manusia. Pada umumnya, masyarakat seringnya tidak menganggap obesiti sebagai satu masalah kesihatan, bahkan kerana ketidaktahuan atau secara pura-pura tidak tahu, obesiti malah dianggap sebagai petanda kemakmuran seseorang.
Dari sahabat Rasulullah saw, Miqdaam bin Ma’di Karib berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda,
“Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam sedikit suapan (makanan) sekadar untuk membuat tubuhnya tetap tegak. Dan jika diperlukan, maka 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 lagi untuk nafasnya.” (HR. Ibnu Majah)
Seorang ulama’ iaitu Ibnu Qayyim al-Jauziyah rahimatullah mengatakan dalam kitab Zaad al-Ma’aad 4/16, bahawasanya penyakit jasmani adalah penyakit yang timbul kerana penimbuhan material yang melebihi apa yang mampu dicerna oleh tubuh, sehingga fungsi-fungsi alami organ tubuh menjadi terganggu. Ini adalah sebahagian besar penyakit yang seringkali terjadi.

Penyakit tersebut disebabkan kerana :
  1. Makan sebelum makanan yang diambil sebelumnya dicerna dengan baik.
  2. Makan makanan yang melebihi kapasiti yang mampu dicerna oleh tubuh (makan secara berlebihan).
  3. Memakan makanan yang mengandungi nutrisi yang rendah (sukar dicerna).
  4. Memakan berbagai makanan dgn komposisi yang kompleks secara bersamaan, yang akan menimbulkan gangguan pada organ2 tubuh & akan berakhir dgn timbulnya suatu penyakit.
Apabila manusia mengisi perutnya dgn cara seperti di atas dan kemudian menjadikannya sebagai kebiasaan atau rutin harian, cepat atau lambat hal ini akan dapat menimbulkan berbagai penyakit.

Penyebab Obesiti
Penyebab utama dari obesiti dan overweight adalah ketidakseimbangan tenaga antara kalori yang diambil dan kalori yang dikeluarkan. Dalam hal ini, jumlah kalori yang masuk lebih banyak dari yang diperlukan oleh tubuh. Secara umum, obesiti dan overweight disebabkan oleh:
  1. Pola hidup, iaitu yang terdiri dari pola makan yg mengandungi makanan berlemak tinggi, banyak mengandungi gula dengan rendah vitamin, mineral, mikronutrien lain, dan kurang melakukan aktiviti2 fizikal. Hal-hal tersebut dapat mempengaruhi peningkatan berat badan yang berlebihan. Selain itu, mengambil jenis ubat-ubatan golongan steroid & ubat anti-depressant juga mempengaruhi terjadinya obesiti.
  2. Faktor genetik dikenalpasti berpengaruh terhadap obesiti seseorang. Berbagai penelitian telah membuktikan bahwa seseorang yang mengalami obesiti biasanya berasal dari keluarga yang juga menderita kegemukan.
  3. Faktor kesihatan, beberapa penyakit tertentu dapat menyebabkan obesiti seperti seperti hipotiroidisme & sindrom Cushing.
  4. Faktor kejiwaan berupa depresi (stress dalam berbagai bentuk) yang mendorong seseorang menjadi banyak makan.
Menganalisa Obesiti
Ada beberapa cara pengukuran obesiti yang dapat dilakukan untuk menggambarkan timbunan lemak dalam tubuh, antaranya ialah:
  1. Menggunakan grafik berat badan & tinggi badan sederhana. Anda dapat menentukan berat badan ideal anda dengan mengacu pada grafik tersebut.
  2. Pengiraan Body Mass Index (BMI). Cara yang paling umum digunakan untuk mengukur tingkat obesiti saat ini adalah berdasarkan indeks massa tubuh. BMI merupakan ratio antara berat badan dalam kg dgn tinggi badan kuadrat dalam meter square. Rentang ideal BMI seseorang adalah antara 18.5 – 24.9. Seseorang dgn BMI antara 25 – 29.9 telah dianggap sebagai penderita overweight, sedangkan BMI dengan nilai 30 atau lebih telah menunjukkan obesiti. Namun, cara ini tidak dapat digunakan pada anak2, wanita hamil, dan orang yang sangat berotot seperti atlet.
  3. Calipers, iaitu sebuah alat yang dapat digunakan untuk mengukur peratusan lemak tubuh berdasarkan ketebalan lipatan kulit. Bahagian tubuh yang paling sering digunakan untuk dilakukan pengukuran ini adalah dibahagian pinggul & paha. Pengukuran dengan kaliper ini tidak mengukur peratus lemak tubuh secara langsung, melainkan dengan menggunakan rumus tertentu untuk menjangkakan density/kepadatan lemak tubuh & peratus lemak tubuh.
  4. Cara Bioelectrical Impedance Analysis (BIA). Teknik ini menggunakan mesin yang mengirim signal electrik kecil melalui tubuh seseorang dengan menghitung jumlah otot dan jaringan lemak lainnya serta jumlah lemak dan air dalam tubuh. Seseorang dengan obesiti memiliki rintangan signal elektrik yang lebih besar.
Kesan buruk Obesiti
Gangguan obesiti dapat menimbulkan berbagai masalah, antara lain:
Masalah Jangka Pendek
  1. Gangguan pernafasan. Seseorang yang kegemukan biasanya mengalami gangguan pernafasan yang dpt terjadi pada saat tidur & menyebabkan terhentinya pernafasan untuk sementara waktu (sleep apneu), sehingga pada siang hari sering merasa mengantuk kerana kualiti tidur yg kurang baik.
  2. Seseorang yg mengalami obesiti memiliki permukaan tubuh yg lebih sempit dibandingkan berat badannya, sehingga panas tubuh tidak dapat dikeluarkan dgn effisien dan mengeluarkan peluh dalam jumlah yg lebih byk.
  3. Obesiti juga dapat menyebabkan timbulnya berbagai masalah pada tulang termasuk nyeri punggung bawah & penyakit sendi.
Masalah Jangka Panjang
Obesiti dapat menyebabkan perubahan yang sering tidak disedari seseorang, padahal obesiti berpotensi menjadi masalah serius yg dpt membahayakan kesihatan seseorang. Contohnya adalah peningkatan risiko darah tinggi (hypertension), naiknya kadar trigliserida (salah satu jenis lemak darah darah), kolestrol darah, penurunan kadar kolestrol ‘baik’ iaitu HDL (High Density Lipoprotein), peningkatan risiko timbulnya penyakit diabetes (kencing manis), penyakit batu ginjal, batu hempedu, perlemakan hati, nyeri sendi, dan peningkatan asam urat.

Di samping itu, obesiti juga berpotensi menjadi faktor penyulit pada penyakit saluran nafas seperti emfisima (penyempitan saluran nafas kerana kantung udara di paru-paru menjadi menggelembung secara berlebihan, sehingga mengalami kerosakan yg luas), bronkitis kronik, asthma, meningkatkan risiko pembedahan, serta mempersulit kehamilan.
Masalah psikologi dan sosial
Orang yg mengalami obesiti cenderung mengalami kesulitan dalam melakukan aktiviti fizikal, sehingga kegiatannya sehari-hari terganggu. Selain itu, seringkali penderita obesiti merasa kesulitan dalam berinteraksi di lingkungan sosialnya kerana merasa malu & rendah diri.

Mengatasi kelebihan berat badan & kegemukan
Kelebihan berat badan & obesiti dapat dicegah dengan menjalankan pola hidup yg sihat, iaitu di antaranya meliputi:
  1. Membudayakan pola makan sehari-hari yg sihat & seimbang serta tidak berlebihan. Hal ini dapat dilakukan dengan meningkatkan pengambilan makanan berserat tinggi dan berkalori rendah untuk mengurangi penyerapan kalori dan lemak dalam usus halus. Contoh makanan berserat tinggi dan berkalori rendah adalah sayuran hijau, buah-buahan, kentang, keladi, ubi jalar, dan gandum sereal. Cara lain adalah dengan membatasi konsumsi makanan berlemak tinggi dan karbohidrat serta membatasi makanan yg digoreng, dan kemudian menggantinya dengan memperbanyak makanan yg direbus atau dikukus. Cara lain adalah mengurangi makanan cepat saji (fast food), minuman ringan (soft drink), makanan manis dan coklat.
  2. Meningkatkan aktiviti fizikal dgn cara byk berolahraga. Olahraga berpengaruh positif pada berat badan & mengurangi faktor risiko penyakit kardiovaskular pada org yg mengalami obesiti, terutama bila digabungkan dgn diet yg seimbang.
  3. Meminum air putih paling putihpaling sedikit 2 liter/hari agar hasil pembakaran lemak dapat dibuang dengan lancar.

***********************************************************
Anda boleh cuba Alpha Lipid Slim Diet 2 hari ini untuk menurunkan berat badan secara sihat, pantas & berkesan. Telah ramai yang mencapai berat badan ideal dengan SD2, call kami hari ini untuk mengetahui caranya dengan lebih lanjut.  
nak order?

Sila pm/sms/call eeja untuk keterangan lanjut.
017-5484626

ADD FACEBOOK : http://www.facebook.com/eeja.abuhassan
SILA LIKE FANPAGE : http://www.facebook.com/slimdietjelita
:) ♥

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)