1.
Saya Boleh! Tanamkan azam itu dalam diri anda. Yakin anda boleh
melakukannya. Apa saja godaan yang datang, sentiasa ingat azam anda itu.
Sentiasa terapkan dalam fikiran anda bahawa anda boleh menurunkan berat
badan. Jadikan mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan sebagai
motivasi anda untuk berjaya seperti mereka juga. Sentiasala berfikiran
positif.
2. Sarapan Adalah Wajib Jangan sesekali meninggalkan
sarapan pagi. Sebelum keluar rumah, jamahlah sedikit makanan kerana
sarapanlah yang akan memberikan anda tenaga untuk meneruskan aktiviti
harian. Tidak perlu makan sarapan yang berat.
3. Baca Dan Semak
Kandungan Nutrisi Jangan terburu-buru sebaliknya ambil masa untuk anda
membaca atau memerhatikan kandungan nutrisi pada makanan yang anda pilih
sebelum anda mengambilnya. Perkara ini amat penting kerana jumlah
kalori dan zat inilah yang berperanan untuk menambah berat badan anda
jika diambil secara berlebihan. Belajarlah untuk menyesuaikan keperluan
tenaga atau kalori anda dalam seharian. Anda juga boleh membuat catatan
yang boleh mengingatkan anda terhadap keperluan nutrisi anda agar
pengambilannya sentiasa terkawal.
4. Elak Diet Sementara
Kebanyakan orang mahu berdiet kerana mahukan keputusan dalam waktu yang
singkat. Mungkin diet yang sangat ketat boleh menurunkan berat badan
dalam jangka masa yang cepat namun selalunya ia akan bertambah semula
dalam masa yang singkat. Berlapar semata-mata tidak akan membuat berat
anda turun malah cara berlapar ini akan menurunkan metabolisme badan
untuk membakar lemak. Paling penting adalah memilih makanan yang
seimbang nilai gizinya mengikut keperluan tubuh anda agar kalori yang
masuk akan dimanfaatkan tanpa disimpan menjadi lemak terkumpul dalam
tubuh.
5. Makan Dengan Teratur Amalkan makan secara teratur dan
jadikan ia sebagai rutin. Kadar metabolisme anda akan menurun apabila
sedang lapar dan keadaan ini tidak begitu elok jika anda sedang berusaha
untuk menurunkan berat badan. Bagi menghindari keadaan tersebut,
sediakan pola/menu pemakanan yang anda boleh ikuti dan jadikan rutin
setiap hari.
6. Banyakkan Pengambilan Serat. Serat amat penting
untuk membantu menurunkan paras kolesterol selain melancarkan proses
pada saluran pencernaan. Malah, serat juga membantu mempercepatkan rasa
kenyang dan ini akan membantu anda untuk mengurangkan kuantiti makanan
yang diambil. Sebahagian besar serat mempunyai kandungan air yang tinggi
dan kalori yang rendah yang amat sesuai dalam menu pemakanan anda untuk
membantu menurunkan berat badan.
7. Pilih Makanan Yang
Menyihatkan Pemilihan makanan penting dalam usaha untuk menurunkan berat
badan seperti yang anda mahukan. Pilih makanan yang mengandungi omega 3
(lemak baik) seperti ikan salmon dan tuna. Elakkan makanan mengandungi
banyak lemak tepu. Pilih minyak sayuran sebagai sumber lemak kerana
jumlah kalorinya yang sedikit. Banyakkan pengambilan sayur-sayuran.
8. Lakukan Senaman Dan Bersukan Salah satu senaman yang paling mudah,
menjimatkan dan boleh dilakukan bila-bila masa adalah berjalan kaki.
Sentiasalah berjalan kaki setiap hari sekurang-kurangnya untuk tempoh 15
minit. Anda juga boleh pilih senaman bersukan yang sesuai dengan
keadaan tubuh anda. Bersukan bukan sekadar membantu menurunkan berat
badan tetapi juga menjadikan tubuh lebih sihat dan fit.
9.
Buang Kebiasaan Mengunyah Pada Waktu Malam Inilah tabiat yang mudah
mendorong kepada kenaikan berat badan. Hentikan tabiat ini kerana ia
hanya akan mnghancurkan impian anda untuk kembali langsing. Kalori yang
anda ambil pada waktu malam akan bertimbun dan tersimpan sebagai lemak
di dalam tubuh.
10. Banyakkan Pengambilan Protein Makanlah
makanan yang mengandungi protein yang tinggi seperti ikan,daging,ayam
tanpa kulit, kerana ia akan membuat perut anda berasa kenyang hingga
beberapa jam dan ini akan membantu mengurangkan keinginan anda untuk
makan sebelum sampai waktunya.
14. Minum Air Yang Cukup
Pendapat pakar kesihatan mengesahkan apabila anda minum air kosong/putih
yang mencukupi, ia membantu anda menghindarkan diri daripada makan
secara berlebihan. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air
putih sehari.
15. Turunkan Berat Badan Untuk Kesihatan. Anda
inginkan tubuh sihat dan terhindar dari penyakit? Oleh itu, jangan
berputus asa dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan. Ia bukan
sekadar untuk kelihatan langsing dan cantik tetapi juga untuk menjaga
tahap kesihatan anda. Selalulah memotivasikan diri anda agar matlamat
anda berjaya dicapai.
No comments:
Post a Comment