nuffnang

19 Apr 2012

Minggu Berfikir Positif

Ada juga yang kata bahawa mereka telah berfikir positif dari dulu hingga kini tetapi, masih tidak jumpa kejayaan. Selama 5 hari yang lepas pun berfikir positif, tetapi tidak rasa apa- apa perubahan. Ada juga yang kata, berfikir positif ini tak menjadi.

Malangnya ramai yang tersilap apabila isu berfikir positif. Selalunya kita berfikir positif sebegini:

“Saya pasti akan dapat menyiapkan kerja itu”

“Saya akan menjadi jutawan sebelum umur 35 tahun”

“Cara promosi perniagaan saya ini pasti tidak gagal”

Namun, berfikiran positif sebegini tidak mencukupi. Berfikir sebegini sememangnya positif, namun, ia hanya sebahagian dari berfikir positif. Ia tidak lengkap. Ia digelar external situation. Ia tidak menekankan kepada proses mencapai keinginan positif itu yang merupakan cara yang sebenar berfikir positif, seperti:

Saya pasti akan fokus selama 4 jam setiap hari selama satu minggu dan menyiapkan kerja itu”

Saya akan berusaha sekuat mungkin, mendalami ilmu perniagaan dan mencari pengalaman untuk menjadi jutawan sebelum berumur 35 tahun”

Cara promosi yang terbukti berkesan ini dan telah digunakan oleh perniagaan-perniagaan kecil yang lain yang hampir sama dengan perniagaan saya ini, pasti tidak akan gagal”

Kini anda tahu cara sebenar berfikir positif. Selama 5 hari lepas adakah anda lakukannya dengan cara yang betul? Jika tidak, maka, teruskan 7 hari lagi dan hari-hari yang akan datang dengan berfikir positif dengan cara yang berkesan- iaitu menekankan kepada proses untuk mencapai pemikiran positif itu dan bukan sekadar destinasi sahaja.

Berfikir positif bermula dengan mengubahkan fikiran dalaman sendiri kearah positif untuk mencapai apa yang dihajati. Cara ini adalah cara berfikir positif yang lebih efektif dan akan memberi perubahan kepada diri anda.



No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)