Masa makan sememangnya masa yang baik untuk mengeratkan hubungan antara keluarga, lebih-lebih lagi menyediakan makanan bersama-sama. Pembantu kecil anda boleh membantu dalam penyediaan mudah seperti menggaul dan mengupas, tetapi pastikan mereka tidak membahayakan diri. Resipi di bawah menyediakan makanan semua-dalam-satu yang mudah lagi berkhasiat, serta snek waktu petang agar anak anda sentiasa bertenaga!
Biskut Mil Oat Enak
Hidangan: 45 biskut
Ramuan
• ¾ cawan marjerin• 1 ¼ cawan gula perang
• 1 telur, dipukul sedikit
• 1/3 cawan susu
• 1 ½ sudu teh vanila
• 3 cawan oat gulung
• 1 cawan tepung serbaguna
• ½ sudu kecil soda bikarbonat
• ¼ sudu kecil serbuk kayu manis
• 1 cawan kismis
• 1 cawan kacang walnut, dicincang
Cara Menyediakan
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Griskan sedikit kertas pembakar di atas dulang pembakar.
- Pukul marjerin dengan gula perang dan vanila hingga ringan. Tambahkan telur sedikit demi sedikit; pukul sebati.
- Masukkan susu dan pukul semula hingga sebati.
- Ayakkan tepung bersama serbuk kayu manis dan soda bikarbonat. Masukkan oat, walnut dan kismis.
- Tambahkan adunan ke dalam campuran marjerin dan kacaukan hingga bercampur.
- Ambil beberapa sudu besar adunan tadi dan gulung menjadi bebola dan aturkan di atas kertas pembakar biskut. Jarakkan sekurangkurangnya sejauh 2 inci supaya boleh kembang semasa dibakar.
- Bakar pada suhu 180°C selama 10-13 minit, atau hingga keperangan sedikit.
- Sejukkan selama 2 minit di atas rak sebelum diangkat daripada dulang.
Kandungan nutrien setiap hidangan | |
Kalori Karbohidrat Protein Lemak | : 110 kcal : 15.4 g : 1.8 g : 4.7 g |
Nasi Goreng Udang & Telur dengan Kubis
Hidangan: Untuk 5 hidangan
Ramuan
• 300g udang saiz sederhana• 4 cawan nasi
• 3 biji telur besar, dipukul sedikit
• ½ kepala kubis kecil, dihiris nipis
• ½ cawan kacang pea
• 2 bawang merah, dihiris nipis
• 2 ulas bawang putih, dicincang
• Halia (kecil), diparut
• 3 sudu besar kicap
• 4 sudu besar minyak untuk memasak garam secukup rasa
• ¼ ikat daun bawang, dihiris & kacang tanah untuk hiasan (jika mahu)
Cara Menyediakan
- Panaskan 1 sudu makan minyak di dalam kuali leper. Masukkan bawang merah, halia dan kacau goreng hingga wangi.
- Tambahkan kubis dan kacau goreng hingga kubis lembut. Rasakan dengan garam. Alihkan sayur-sayuran ke atas pinggan. Bersihkan kuali leper.
- Tambahkan 2 sudu besar minyak ke atas kuali leper. Goreng bawang putih hingga wangi.
- Tambahkan udang dan masak sehingga berwarna merah jambu. Letakkan di atas pinggan yang sama dengan sayur-sayuran tadi.
- Tambahkan minyak yang selebihnya ke dalam kuali dan apabila panas, pecahkan telur dan hancurkan sedikit, kemudian biarkan ia masak.
- Masukkan nasi dan kacau bersama telur hingga sebati sambil memecahkan ketulan nasi.
- Masukkan semula sayur-sayuran dan udang tadi ke dalam kuali leper bersama kacang pea dan rasakan dengan garam dan kicap. Kacau hingga sebati.
- Hidangkan nasi goreng panas dan hiaskan dengan daun bawang serta kacang tanah.
Kandungan nutrien setiap hidangan | |
Kalori Karbohidra Protein Lemak | : 365 kcal : 36.6 g : 19.6 g : 14.5 g |
No comments:
Post a Comment