Jikalau anda tertanya-tanya tentang makanan yang mana penting untuk dimakan dan yang makanan yang mana patut dielakkan semasa menyusu, tidak perlu tertanya-tanya lagi. Jawapannya mudah! Tidak ada diet yang khas atau makanan yang anda mesti memakan ketika menyusukan bayi anda. Bagaimanapun, anda harus makan diet yang seimbang untuk memastikan bahawa anda mendapat protein, kalori, vitamin dan mineral yang mencukupi untuk memenuhi keperluan-keperluan anda dan untuk tumbesaran bayi anda. Prihatinlah untuk mengelak memakan makanan yang terlalu berminyak, terlalu masin atau makanan dengan terlalu banyak gula. Ingat bahawa anak kecil anda akan turut mendapat makanan yang anda makan. Diet yang sihat bukan sahaja membuat ibu yang sihat, tetapi bayi juga akan sihat.
Bayam Dengan Dal
(Hidangan untuk 5 orang)
Ramuan
• 100g kacang dal, dibersih dan rendam 1-2 jam. Toskan air.• 400ml air
• 300g sayur bayam, dicuci dan potong kecil bersama batang
• 2 biji tomato sederhana, dipotong kecil
• 3 cili hijau, dipotong kecil
• 5 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
• 8 biji bawang merah, dipotong kecil
• 1 sudu besar halia, dihiris nipis
• 1-2 sudu kecil biji ketumbar atau serbuk kari
• 2 sudu kecil jintan putih
• ½ sudu kecil serbuk kunyit
• 1 sudu besar air asam jawa
• 1 sudu besar minyak sayuran
• 3 batang daun ketumbar, dipotong halus
• Garam secukup rasa
Cara Menyediakan
- Rebus dal bersama air, cili hijau, bawang merah, bawang putih dan halia. Tambahkan 1 sudu kecil minyak sayuran.
- Masak dal sehingga hampir empuk.
- Campurkan sayur bayam. Biarkan masak lagi selama 15 minit.
- Campurkan tomato, rempah dan akhirnya air asam jawa.
- Campurkan garam. Kacau dan lecek sayur dan dal dengan senduk sehingga menjadi seperti bubur pekat.
- Padamkan api dan tambahkan daun ketumbar.
Kandungan nutrien setiap hidangan | |
Kalori Karbohidrat Protein Lemak | : 173 kcal : 24.9 g : 7.8 g : 4.8 g |
Daging Masak Kicap
(Hidangan untuk 5 orang)
Ramuan
• 600 g daging, tanpa lemak• 600100 g (10 ulas) bawang merah
• 60020 g (5 ulas) bawang putih
• 60010 g (2 sm) halia
• 60040 g (2 batang) serai
• 60025 g (2 sudu makan) kicap pekat
• 6003 g (½ sudu teh) garam
• 60015 g (2 sudu makan) minyak sayuran
• 60030 g (2 biji) cili hijau
• 60060 g (1 biji) bawang
Hiasan
• 200 g (2 biji) tomato, dihiris bulat• 230 g (1 tin kecil) kacang pis hijau, dibuang airnya
• 5 helai daun salad
Cara Menyediakan
- Basuh dan toskan daging lalu dipotong kecil setebal 4 sm.
- Perap daging dengan bahan dikisar selama 30 minit.
- Panaskan minyak, masukkan daging yang diperap dan masak sehingga naik baunya.
- Masukkan kicap pekat, garam, bawang besar, cili hijau dan kacau.
- Kecilkan api, masak hingga daging empuk dan kuahnya pekat.
- Angkat dan hiaskan bersama tomato, kacang pis dan daun salad.
- Hidangkan semasa panas.
Kandungan nutrien setiap hidangan | |
Kalori Karbohidrat Protein Lemak | : 235 kcal : 15.2 g : 30.5 g : 5.9 g |
No comments:
Post a Comment