nuffnang

13 Mar 2012

Kisah Hidup Aku 2
















(Sambungan dari kisah hidup 1)
Orang yang aku sayang dan cintai telah dimasukkan ke hospital seberang jaya akibat renjatan elekrtik yang kuasanya tinggi sangat....dengan keadaan aku yang mengandung aku kuat jugak diri ku melangkah kaki ini kehospital bersama mak dan adik aku.....sampai kehospital aku tidak dibenarkan berjumpa dengan suami aku kerana keadaan diri dia yang masa tu belum diketahui..
kawan2 sekerjanya ramai menunggu dan ingin mengetahui keadaannya begitu jugak dengan diri ku...aku hanya mampu berdoa agar tiada apa2 yang berlaku pada suami aku....dalam pukul 4.30pm doktor telah menemui pakcik aku dan menyatakan wad icu telah penuh dan suami ku harus di hantar kehospital lain secepat mungkin kerana keadaan dia....pakcik tidak memberitahu keadaan suami ku kerana keadaan aku masa tu.....pakcik memberitahu adik aku yang suami aku terpaksa dihantar kehospital lain....mereka berbincang dengan pihak syarikat suami aku bekerja sama ada sanggup membiayai kos rawatan suami aku kerana pakcik aku ingin menghantar suami aku di hospital pantai di sungai petani....pihak syarikat bersetuju dan suami aku dihantar ke sana ....masa tu aku belum dapat lihat keadaan suami aku....dan bila pakcik cakap yang suami aku harus di hantar ke tempat lain baru la aku tahu yang keadaan suami memang teruk....hati ini hanya Allah saja yang tahu.....Ya Allah ujian apa yang kau berikan padaku.......itu la yang bermain difikiran ku....
pukul 5 lebih kami sampai di hospital pantai sungai petani....dari jauh aku ternampak kakitangan hospital seberang jaya mengangkat suami aku untuk dimasuk kan ke wad kecemasan...aku nampak dari jauh wajah suami aku hitam sangat...hangit macam arang....Ya Allah kuatkan la hati aku ini walau apa pun terjadi pada suami aku....berikan la aku kekuatan untuk hadapi semua ini kerana aku perlu kuat dan tabah untuk suami dan anak yang aku kandung ini.....
setelah sampai di hospital secepat pantas suami aku dimasukkan ke icu dan doktor yang bertugas menjalankan tugasnya...kami tidak dibenarkan masuk kerana suamiku agak kritikal dan dimasukkan ke wad icu yang sememangnya tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran doktor...aku terpaksa menunggu suami aku di luar bersama mak,ayah,bapa mertua,pakcik,adik2 dan kaum keluarga yang lain....beberapa jam kemudian doktor yang merawat suamiku keluar dan berjumpa dengan aku...dia memberitahu bahawa suami aku agak kritikal dan keadaan dia mmg teruk....suami aku koma ketika itu.......muka,seluruh depan badan,tangan serta kaki terbakar habis akibat renjatan elekrtik yang tinggi....doktor menyatakan peratus kebakaran dan keadaan suami aku tahap ke-2 dan ke-3...doktor menasihatkan aku supaya bersabar dan banyak berdoa agar suami aku selamat....berderai air mata ku tidak tertahan bila ku ingat keadaan suami aku....tapi aku kuatkan jugak kerana keadaan diriku....aku terpaksa sebab aku tak nak kesihatan aku dan anak terjejas ,aku perlu kuat kerana suami aku perlukan aku masa ini....aku berjanji pada diri aku yang aku tak kan menangis depan orang dan terutama depan suami aku kerana dia memerlukan aku waktu itu.....
malam tu aku balik ke rumah kerana aku tidak dibenarkan menjaga suami aku kerana dia dijaga jururawat dia sana dan lagipun suami ku berada di icu dan sapa2 pun xblh masuk kerana keadaan dia masih kritikal...aku cekalkan ati dan pulang dengan hati yang berat....aku tidak dapat melelapkan mata malam itu dan aku takut kalau2 pihak hospital telefon untuk memberitahu keadaan suami aku yang berada dalam wad icu....sungguh hati ini terlalu sedih dengan apa yang menimpa pada diri suami aku.....balik malam itu aku menangis keseorangan dalam bilik tidur ku...aku terasa betapa sunyinya bilik itu tanpa suami aku......keesokan paginya selepas selesai solat subuh,aku sekeluarga terus kehospital untuk mengetahui keadaan suami aku.....hati ku sangat berdebar dan aku ingin melihat wajahnya....setiba disana aku terpaksa menunggu di luar sementara menuggu doktor bertugas untuk memeriksa suami aku...Dr Harjinder Sing A/L Bagher Sing adalah doktor yang bertugas dan merawat suami ku...dia adalah pakar consultan general surgeon(m.surgery).....Dr Harjinder telah menemui aku dan memberitahu yang aku boleh masuk melihat suami aku tapi boleh masuk hanya seorang sahaja sebab keadaan suami aku yang terbakar,bukan apa takut infection pada suami aku....Dr Harjinder ada memberitahu aku yang suami aku koma tapi aku boleh bercakap dengan dia sebab dia dengar apa yang kita cakap cuma dia tak sedar.....aku minta adik aku meneman aku kerana aku xkuat lagi untuk melihat dia....aku beranikan diri dan aku dekatkan diri untuk melihat suami aku....Ya Allah masa tu mcm nak pengsan aku melihat keadaan suami aku...aku tak dapat nak bercakap sepatah perkataan apabila melihat keadaannya yang melecur teruk...mukanya yang hitam seperti arang....rambutnya yang terpacak keras...keadaan seluruh badannya yang teruk melecur.....suami aku terpaksa mengguna oksigen untuk bernafas..seluruh tubuh dia penuh dengan wayar-wayar...sana sini wayar...untuk makan pun guna wayar melalui hidung....bayangkan lah keadaan dia masa tu....sakit memang terlalu sakit yang terpaksa dia tanggung....lubang hidung suami aku penuh dengan air....mukanya yang kembang,telinga yang besar....aku rasa mcm bukan suami aku...tak tertanggung rasanya....
Ya Allah jika ini ujian dari-Mu,kuatkan lah hati hambamu ini....aku terus keluar dan hati ini terlalu sedih dan tak tahu nak hadapi mcm mana...dalam hati ini adakah suami aku akan pergi meninggalkan aku dan anak yang belum lahir lagi...adakah aku akan menjadi ibu tunggal..kesiannya pada anak aku...lahir di dunia tanpa ayah,itulah dalam fikiran aku......setiap ahli keluarga yang masuk melihat suami aku pasti menangis bila keluar dari icu...tapi aku?aku kena kuatkan diri ku,depan ahli keluarga aku tak penah menangis,aku terpaksa menahan air mata....aku tak nak suami aku tahu yang aku sedang bersedih....hari kedua suami aku berada di wad icu,ayah dan bapa mertua ku telah berbincang untuk mengadakan solat tahajud dan bacaan yasin diadakan di surau dan masjid apabila melihat keadaan suami aku...aku tak pernah putus mendoakan agar suami aku cepat sembuh dan pulih....Tiap2 hari aku membaca surah yasin.....
rutin harian aku adalah menjaga suami aku....tiap2 pagi aku akan menemani suami dn aku akan pulang bila malam....mak lah yang menemani aku yang sarat mengandung ni untuk menemani suami aku....terima kasih mak sebab berkorban untuk eeja....suami ku koma selama 10 hari..alhamdulillah dia sedar dan melepasi tahap kritikal...tapi keadaan dirinya belum lagi sembuh dan terpaksa di pantau setiap masa....luka terlalu teruk...setiap hari jururawat mencuci luka2 yang melecur....Dr Harjinder memberitahu aku bahawa suami aku dapat melawan keadaan dirinya dan kuat,mungkin dia ingin melihat anak yang belum dilahirkan... aku bersyukur masa tu melihat keadaan suami ku...walau belum sembuh sepenuhnya tapi aku dapat lihat keadaannya yang beransur sembuh......setiap hari aku ke hospital untuk menemani suami dan bila malam ibu tiri suami aku akan menjaganya dan bila siang aku akan mengantinya...begitu la rutin harian aku yang memaksa aku berhenti kerja untuk menjaga suami aku....selepas 10 hari suami aku dihantar ke wad...dia dimasuk kan ke wad yang dimana hanya dia seorang sahaja tanpa pesakit lain kerana ditakuti infection pada kulit yang melecur....
setiap hari jururawat akan mencuci luka yang melecur disetiap badan,kaki,tangan dan muka....betapa peritnya aku melihat setelah selesai luka dicuci,sakit tidak terkata...menangis suami aku menahan kesakitan walau pun telah di beri injection....begitu la setiap hari......(bersambung)

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)