nuffnang

9 Mar 2012

Kisah Hidup Aku 1



















Assalamualaikum......semoga ceria dan sihat selalu...aaa..ni la gambar my baby dan hubby tersayang aku....rupa-rupanya dah 5 tahun aku kahwin(04/03/2007-04/03/2012)
tapi xde celeberate apa2 pun tiap2 tahun.harapan aku satu saja semoga hidup aku bersama hubby dan ank tersayang bahagia hingga ke akhir hayat aku..anak aku pun dah 4 years old...hidup aku biasa2 saja...mungkin xmacam orang lain.hidup aku penuh dgn dugaan dan mcm2 terjadi...kdg2 mcm nak give up saja....aku cuma seorang wanita yang hatinya lembut walau pada luaran aku ni kasar....aku tpaksa lalui kepayahan yg kdg2 aku rasa yang aku xmampu nak laluinya.....untuk mengadu?aku xdak tempat nak mgadu....hanya Allah tempat aku mgadu..aku xramai kawan...dan kepada famili aku xnak menyusahkan mereka...sejak awal pertunangan mcm2 masalah aku alami.....entah lah...mungkin Allah mahu menguji sekuat mana keiman aku...
Aku kenal suami cuma 8bulan sahaja,selepas tu kami bertunang,Pertama kali menjadi tunangan orang pasti gembira kerana kita disunting orang yang kita cintai....sebelum bertunang aku pernah cakap pada my hubby walau apa pun yang terjadi aku tetap bersama dengannya walau apa keadaan pun...walau dalam keadaan susah dan senang....mulut aku ternyata masin...tup..tup.tup..lepas kami bertunang,suami ku tak dak kerja....projek tempat yang dia kerja dah selesai dan masih belum ada projek lain...hatiku gelisah dan takut sebab tempoh bertunang tidak lama....bayangkan la.masa tu mana nak cari duit.....
My hubby merata tempat mencari kerja tapi satu pun tidak diterima...aku sedih sangat masa tu...hanya Allah saja yang tau masa tu mcm mana perasaan kami....
2tahun aku bertunang sebab keadaan yang xmengizinkan.....masuk tahun ke-2 kami bertunang,mak ayah aku dah sibuk bertanya bila lagi nak melangsungkan.....mak aku berkeras bulan mac tahun 2007 apa pun terjadi aku kena kahwin...bayangkan la....bagaimana perasaan masa tu....
aku bagi tahu my hubby dan dia pun makin susah ati...dah berusaha untuk cari kerja tapi belum dapat sebarang pekerjaan.....seingat aku bulan ogos tahun 2006 la,suami aku baru dapat kerja,tu pun di johor....bos lama dia call dan panggil dia untuk kerja semula tapi projek yang dijalankan di johor....sebenarnya suami aku bekerja membuat pemasangan kabel elektrik bawah tanah.....
kabel elektrik,voltannya mmg tinggi...300,000 volt....kerja mmg membahayakan...tapi dia dah biasa dengan kerja hariannya.....siang malam dia kerja untuk kumpul duit...bayangkan la tinggal berapa bulan lagi......tiap kali dia dapat gaji terus masuk ke akaun aku,maggi je la makanan rutinnya...terpaksa ikat perut...alhamdulillah..berkat usaha dia....dapat la jugak kumpul duit untuk melangsungkan perkahwinan kami.....rasa gembira dan berbunga bila dapat melangsungkan perkahwinan tepat pada 04/03/2007....Mak dan ayah pun rasa lega la jugak sbb majlis dapat dijalankan....tahu je la orang kampung ni kalau tunang lama2 nie,orang dok bertanya la pasai apa yang lama2...itu lah adat hidup berkampung nieee.
Alhamdulillah akhirnya aku dah menjadi hak milik yang sah untuk my hubby....hidup aku rasa bahagia sangat.....happy dan aku harap kami akan bahagia dan sentiasa happy.....Lepas kahwin aku terpaksa berjauhan dengan suami kerana suami bekerja di Johor dan aku bekerja Penang....
Untuk mengikutnya tak mungkin sebab tahu je la hidup di Johor perlukan duit yang banyak...aku relakan jua my hubby pergi ke johor....dalam hati hanya Tuhan je yang tahu betapa sedihnya terpaksa berjauhan dengan my hubby......dengan adanya handphone dapat la jugak melepaskan rindu ku pada dia...tapi sampai bila aku pun tak tau.....nasib la aku tinggal dengan mak ayah aku...x la rasa sunyi sangat....semakin lama aku dah biasa berjauhan dengan husband aku.....jauh tapi hubungan kami makin erat dan bahagia......
Pada bulan mei 2007 aku disahkan hamil,my hubby happy sangat nak terima orang baru dalam hidup kami.....tapi kami terpaksa berjauhan lagi kerana kerja...ayah aku cuba mencari kerja untuk husband aku di kawasan penang......aku bersyukur sebab walau aku mengandung aku tidak mengalami alahan yg teruk,cuma rasa loya dan muntah saja....orang kata bila husband duduk jauh kita tak boleh nak manja2 sangat,nasib la aku nie tak mengidam apa2 sepanjang aku mengandung........my hubby masih kerja di johor....hidup kami mcm biasa.....tiap2 bulan aku pergi ke klinik desa untuk antenatal check-up dan pergi kerja....bila ada cuti my hubby akan balik penang.....dalam bulan november 2007,alhamdulillah suami aku telah mendapat kerja di permatang pauh,pulau pinang...kerja yang sama membuat pemasang kabel...tapi kali ini membuat pemasangan kabel telekom...aku bersyukur sebab dapat bersama suami aku di saat2 aku hamil dan akan melahirkan anak kami tidak lama lagi....rutin harian aku seperti biasa,sebelum ke tempat kerja aku menyediakan sarapan pagi untuk suami tercinta....aku terpaksa bangun awal sebab suami aku sarapannya adalah nasi...tapi aku tak penah kisah bangun awal sebab mmg itu tugas aku dan mmg aku dah biasa....
Hari ke-15 suami aku ke tempat kerja,pagi itu aku masih ingat lagi,selepas sediakan sarapan untuknya,aku menunggu untuk makan bersama..tapi pagi itu ada perubahan pada diri dia...dia bangun lambat dan xnak makan...dia ada memberitahu aku yang dia tak nak pergi kerja....aku cuba memujuknya dan berkata bahawa dia masih baru kerja dan perlu kerja....selepas dia makan dia terus ke tempat kerja walau lewat keluar...
Aku masih ingat lagi tarikh ini(27/11/2007-sabtu-12.30pm),aku tengah kerja di klinik....mendapat panggilan dari bapa mertua aku...yang mana mengubah kehidupan kami....
aku menerima perkara yang buruk yang pada mulanya aku rasa perkara itu tiada apa2 dan aku mengharapkan tiada apa2 yang berlaku pada suami aku....masa tu kandungan ku mencecah 31minggu...masa tu memang sarat mengandung la....aku dijangkakan melahirkan bayi pertama ku pada 23 januari 2008...aku menerima panggilan dari bapa mertua aku yg mengatakan suami aku telah di masukkan ke hospital seberang jaya kerana telah terkena wayar kabel elektrik bawah tanah...bapa mertua aku kata suami aku tak apa2..mungkin masa tu bapa mertua aku ingin memujuk hati aku kerana tak nak aku susah ati......masa tu aku berdoa agar suami aku ok dan tak da apa yang teruk berlaku pada dirinya....bayangkan la,dah la aku mengandung terpaksa nak hadapi semua nie.....(bersambunggggg)





1 comment:

  1. Ya Allah, berikan la aku kekuatan untuk menghadapi semua ni...berikan la aku petunjuk dan jalan yang harus aku lalui Ya Allah...berikan lah aku kebahagia bersama suami dan anak yang tercinta

    ReplyDelete

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)