nuffnang

5 Jan 2012

WAKTU MANDI

Bayi seharusnya dimandikan sekurang-kurangnya sekali sehari.

-
-Mencuci muka bayi
-
1 Alas meja tukar lampin, kaunter sinki atau lantai dengan tuala. Rendam enam keping kapas di dalam mangkuk kecil yang berisi air masak yang telah disejukkan. Baringkan bayi dan buka pakaiannya. Balut badannya dengan sehelai tuala mandi.

Dengan menggunakan sekeping kapas, sapu setiap mata mengikut arah dari hidung ke luar. Guna kapas baru untuk setiap mata.

2 Gunakan sekeping kapas yang lain untuk mengelap dahi dan pipi.

3 Gunakan sekeping kapas yang lain pula untuk mengelap telinga dan bahagian di belakangnya. Perlu diingat untuk menggunakan kapas yang lain untuk setiap telinga.

4 Bersihkan muka bayi daripada lelehan susu dan air liur dengan mengelap di sekitar mulut dan hidungnya.

-Mandian Menggunakan Besen

1 Sedia tuala kecil yang bersih, sabun bayi yang lembut, syampu bayi yang lembut dan juga tuala untuk mengeringkan bayi. Penuhkan besen bayi dengan air yang sejuk kemudian air yang panas untuk menghasilkan air yang suam. Guna siku anda untuk mengagak rasa suam itu.

2 Alas meja tukar lampin, kaunter sinki atau lantai dengan tuala. Baringkan bayi dan buka pakaiannya. Balut badannya dengan kemas menggunakan sehelai tuala mandi.

3 Pegang kepala bayi dengan satu tangan, belakangnya memanjang pada lengan anda dan kapit kakinya di bawah siku anda. Dengan perlahan, siram air kepada kepalanya dengan tangan anda yang satu lagi. Elakkan terpercik air ke mukanya. Jika sabun termasuk ke dalam mata, sapukan air ke matanya berulang kali sehingga bayi membuka matanya semula.

4 Pegang bayi dan dengan perlahan kering kepalanya dengan bahagian atas tuala mandi.

5 Buka tuala semasa bayi berada di atas riba anda dan kemudian angkatnya ke dalam besen. Lengan anda haruslah menyokong kepala dan lehernya manakala tangan yang satu lagi berada di bawah punggung dan pehanya.

6 Semasa masih menyokong leher dan bahunya dengan lengan anda, gunakan tangan yang satu lagi untuk menyiram air ke badannya.

7 Angkat bayi daripada air; pegang bayi dengan berhati-hati kerana badannya licin. Balut badannya dengan tuala kering dan lap sehingga kering.

PETUA KETIKA MANDI
  • Jangan mandi terlalu lama untuk mengelakkan bayi kesejukkan.

  • Apabila bayi mencapai umur tiga bulan atau lebih, alaslah besen dengan getah khas untuk mengelakkan licin.

  • Jangan sesekali tinggalkan bayi di dalam besen berseorangan. Jika ada perkara lain yang anda perlu lakukan, angkat bayi keluar, balut dan bawanya bersamasama.

  • Bagi bayi lelaki yang tidak dikhatankan, jangan cuba tarik kulit khatan untuk membersihkan bahagian kepala zakarnya. Ia mengambil masa bertahun sebelum kulit tersebut boleh ditarik dengan selamat.

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)