nuffnang

5 Jan 2012

Perpisahan Bebas Tekanan

Adakah anak anda menangis apabila anda meninggalkannya dengan
orang yang tidak dikenalinya? Setiap orang mempunyai kesukaran sewaktu berpisah.
Disini terdapat tip-tip yang dapat membantu.

Oleh Pn Norsheila Abdullah, Presiden, Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia

Anda sedang berjalan-jalan di pusat membeli-belah denga tenang sehingga anda menyedari bayi anda, yang masih tidur nyenyak di dalam kereta sorong sebentar tadi, telah hilang dari pandangan. Anda panik, anda mula mencari bayi anda seperti orang gila. Kemungkinan yang anda tidak akan melihat bayi anda lagi amat menakutkan anda.

Begitulah perasaan bayi anda setiap kali anda “hilang” dan meninggalkannya dengan orang lain. Bayi anda, terutamanya yang berumur 6 hingga 7 bulan ke atas, begitu rapat dengan anda sehinggakan apabila anda tidak bersamanya walaupun untuk seketika menyebabkannya resah.

Ia memang menyedihkan apabila mendengar tangisan bayi anda tetapi masa untuk anda berpisah dengan bayi anda akan tiba jua, sama ada anda perlu bekerja semula atau ingin meluangkan masa untuk diri sendiri. Di sini diterangkan bagaimana anda boleh menghadapi perpisahan yang bebas dari tekanan – untuk diri anda dan bayi:

Membuat persediaan

  • Kemaskan segala keperluan pada waktu malam, supaya anda tidak tergesa-gesa pada keesokan harinya.
  • Beritahu bayi anda apa yang akan berlaku, walaupun dia mungkin terlalu kecil untuk memahaminya.
  • Elakkan daripada meninggalkan bayi anda ketika dia penat, lapar atau sakit. Pada waktu inilah, bayi anda mungkin akan mula meragam. Pilihlah waktu ketika dia berasa sangat gembira dan terbuka.

Di rumah pengasuh

  • Jika pengasuh anda bukan dari kalangan ahli keluarga, perkenalkan bayi anda kepadanya dan beri ruang untuk mereka mengenali antara satu sama lain dengan lebih mesra.
  • Tinggal bersama bayi anda untuk beberapa hari yang pertama. Bayi anda akan menyedari bahawa pengasuh tersebut adalah seseorang anda percayai.
  • Pada hari yang sebenar, jangan keluar secara tergesa-gesa atau curi-curi keluar apabila bayi anda tidak melihat.
  • Yakinkan bayi anda bahawa anda akan kembali tetapi elakkan daripada detik-detik perpisahan yang berlanjutan dan penuh emosi.
  • Maklumkan kepada pengasuh bayi anda tentang waktu tidur dan corak pemakanan bayi anda. Rutin yang konsisten dapat membantu bayi anda menerima dengan lebih mudah.
CARA MENGURANGKAN KEBIMBANGAN
  • Bawa bersama alat permainan atau bantal kegemaran bayi anda untuk membuatkannya berasa lebih selamat.
  • Pastikan saat perpisahan anda dan bayi anda konsisten supaya dia dapat membiasakan dirinya yang anda hanya pergi untuk masa yang tertentu.
  • Pastikan masa yang telah hilang itu diganti dengan dakapan, pelukan dan ciuman yang banyak apabila anda bersatu semula dengan bayi anda.
HELO, ORANG ASING DI SANA

Adakah bayi anda menangis atau berpaut dengan anda apabila berjumpa dengan orang asing untuk pertama kali? Jangan letakkan bayi anda pada pangkuan orang yang tidak dikenalinya. Pendekatan yang perlahanlahan dan tidak langsung adalah yang terbaik: bercakap dengan orang itu ketika bayi anda ada bersama. Biarkan bayi anda menilai orang yang tidak dikenalinya ini. Mulakan perkenalan apabila bayi anda sudah biasa dengannya.

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)