nuffnang

5 Jan 2012

Menghindari Kereputan Gigi & Penyakit Gusi Dari Awal

Tabiat memberus gigi dengan baik, pemakanan yang
betul dan pemeriksaan secara kerap penting untuk
memastikan gigi dan gusi si manja anda kuat dan sihat.

Oleh Dr Siti Mazlipah, Pensyarah Kanan/
Pakar Klinikal (Jabatan Pembedahan Maksilofasial & Mulut)

Si manja anda yang mula belajar di kelas tadika sudah tentu mempunyai set gigi susu penuh, yang akan tahan sehingga usianya kira-kira 11 tahun di mana gigi susu terakhir akan tertanggal. Gigi susu ini akan tanggal secara berperingkat untuk memberi laluan kepada gigi kekal. Penjagaan gigi dengan baik pada usia ini penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi, serta memberi laluan untuk perkembangan gigi kekal yang sihat.

KAVITI YANG MENAKUTKAN
Bila si manja makan sesuatu, bakteria dan sisa makanan melekat pada giginya. Jika tidak diberus dengan betul untuk membersihkannya, plak akan terbentuk. Kuman di dalam plak menghadamkan sisa makana n dan mengeluarkan asid yang akan melarutkan mineral yang mengeraskan enamel gigi.


Lubang kecil mula muncul pada permukaan dan menjadi semakin besar dan besar hingga satu lubang besar terbentuk. Kerosakan gigi ini dinamakan kaviti (juga dikenali sebagai kereputan atau karies gigi). Kesakitan mula terasa apabila hakisan melepasi enamel dan menyerang lapisan dentin di bawah enamel. Kereputan gigi bukan sahaja menyakitkan, tetapi juga boleh mengakibatkan jangkitan dan menyebabkan si manja tidak boleh makan dan demam. Jika gigi yang reput dicabut, ia boleh menyebabkan gigi susu selebihnya “bergerak ke sebelah” dan mengurangkan ruang untuk gigi kekal tumbuh. Jangkitan gigi susu yang menyebabkan gusi sentiasa bengkak dan bernanah pula, boleh menganggu tumbesaran gigi kekal di bawahnya. Di samping itu, apabila si manja anda mempunyai satu atau beberapa kaviti, dia berdepan dengan risiko diserang lebih banyak kaviti.

SAKIT GUSI
Jika kaviti merosakkan gigi, jangkitan serius bakteria pula menyebabkan penyakit periodontal (penyakit gusi) yang merosakkan gusi dan tulang sekeliling akar gigi menyebabkan gigi menjadi longgar. Anda mungkin menyangka penyakit periodontal adalah masalah orang dewasa, tetapi ia boleh berlaku pada kanakkanak dalam bentuk gingivitis (peringkat pertama penyakit periodontal), yang menyebabkan tisu gusi bengkak, menjadi merah dan mudah berdarah. Jika tidak dirawat, masalah ini akan berlanjutan hingga menjadi bentuk penyakit periodontal yang lebih serius. Gingivitis selalunya berpunca daripada tabiat tidak menjaga kebersihan gigi. Punca lain termasuk kekurangan zat makanan, khususnya vitamin C dan sesetengah jenis ketidaknormalan darah.

3 Langkah Menjaga Kesihatan Gigi & Gusi

Berus gigi
Oleh kerana si manja masih terlalu muda, anda perlu menyelia dan memastikan dia memberus gigi dua kali sehari – sekali sebelum sarapan dan sekali lagi sebelum tidur. (Sesekali beruslah gigi anak anda untuk memastikan gigi mereka benar-benar bersih.)

Makan & minum dengan betul
Beri si manja pemakanan yang pelbagai dengan penekanan kepada makanan yang kaya dengan protein, vitamin, dan zat galian (terutama sekali kalsium dan fosforus). Kurangkan snek manis (terutama sekali jenis yang mudah melekat) dan hadkan jumlah jus yang si manja anda minum setiap hari.

Bawa si manja jumpa doktor gigi
Jadualkan pemeriksaan pergigian untuk si manja dua kali setahun walaupun gigi mereka mungkin kelihatan sihat. Jangan menakutkan anak dengan ceritacerita “gerun” berkenaan doktor gigi.

Berus Gigi & Ubat Gigi Untuk Si Manja

Belilah berus gigi yang direka khas untuk kanank-kanak. Disebabkan si manja masih kecil, gigi dan gusinya tidak kuat dan sensitif. Berus gigi kanak-kanak diperbuat khas daripada bulu yang lembut pada gigi dan gusi. Saiznya kecil, maka sesuai untuk si manja. Di samping itu, reka bentuknya juga lebih menarik dan selesa untuk si manja, menjadikan masa memberus gigi menyeronokkan! Apabila si manja gemar memberus gigi, ia pasti akan menjadi suatu tabiat yang akan kekal lama.

Menurut Persatuan Pergigian Amerika (American Dental Association), hasil penyelidikan menunjukkan bahawa tahap optimum fluorida bukan sahaja boleh mengurangkan kaviti, malah membaiki peringkat awal kereputan gigi sebelum menyebabkan kerosakan yang ketara. Ubat gigi dewasa mengandungi fluorida yang tinggi. Oleh itu, adalah lebih sesuai untuk membeli ubat gigi kanak-kanak untuk si manja kerana ia mengandungi tahap fluorida yang sesuai. Gunakan setitik ubat gigi berfluorida setiap kali si manja memberus gigi dan pastikan dia meludahkan ubat gigi selepas memberus giginya dan berkumur dengan betul.

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)