nuffnang

21 Dec 2011

Makan Betul! Rasa Sihat!

Kehamilan merupakan pengalaman yang mencabar namun itu
tidak bermakna anda tidak boleh berasa bangga dengan diri anda.

Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan

Untuk meningkatkan tenaga dan keyakinan, mulakan dengan makan secara betul sepanjang tempoh kehamilan. Berikut merupakan beberapa garis panduan mudah:

  1. Makan secukupnya untuk anda dan bayi anda. Tetapi ingat: anda tidak perlu menggandakan hidangan makanan anda.

  2. Ambil diet yang pelbagai dan seimbang.

  3. Pentingkan pelbagai makanan yang berkhasiat.

Di sini diberi beberapa contoh:

Vitamin/Mineral
Kenapa diperlukan?
Di mana boleh didapati
Vitamin A Membantu pertumbuhan sel baru dan mengekalkan kesihatan bayi. Hati, susu, telur, buah-buahan berwarna merah (betik, mangga), sayur-sayuran berwarna jingga (lobak, labu) dan sayur-sayuran berdaun hijau.
Vitamin B1, B2 & B3 Meningkatkan paras tenaga dan
membantu anda dan bayi mempunyai kulit yang sihat.
Kekacang, daging, ikan, telur, kacang dan produk yang diperkuat seperti roti, bijirin dan biskut, bijian penuh dan tepung gandum penuh.
Vitamin E Membantu tumbesaran dan
perkembangan bayi dengan sihat.
Minyak sayuran, biji-bijian, kacang dan bijirin.
Kalsium Membina tulang yang kuat untuk anda dan bayi. Susu dan hasil tenusu, sayur-sayuran seperti bayam, selada air dan brokoli, kacang dan produk kacang seperti tauhu dan tempeh.
Folat Penting untuk perkembangan sistem urat saraf bayi. Sayur berdaun hijau, kacang bendi, sparagus, lentil dan kekacang, produk diperkuat bijian dan hati
Zat besi Membantu penghasilan hemoglobin (sel darah) bayi. Hati, daging tanpa lemak, ayam, kerang, ikan bilis, telur, kacang kuda, tauhu goreng, pucuk paku, peria, bayam dan kangkung.
Bagaimana dengan makanan tambahan?
Cara terbaik untuk mendapat nutrien ialah dengan memakan diet yang pelbagai dan seimbang. Bagaimanapun, vitamin tambahan juga bermanfaat, terutamanya jika anda tidak dapat memenuhi keperluan untuk sesetengah nutrien seperti zat besi, menerusi diet yang biasa sahaja. Zat folat (atau asid folik) ialah makanan tambahan yang perlu dimulakan sebelum hamil hingga habis sembilan bulan kehamilan.

Anda sepatutnya mengambil makanan tambahan seperti yang disyorkan oleh doktor. Sentiasa ingat bahawa makanan tambahan tidak boleh menggantikan diet yang sihat, namun begitu ia berfungsi untuk memastikan anda menerima nutrien secukupnya. Malah, makanan tambahan bertindak paling baik apabila anda mengambilnya sebagai sebahagian daripada diet yang sihat.

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)