Makan sekeluarga memainkan peranan penting untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan tetapi kini jarang diamalkan. Ada beberapa sebab anda
harus meneruskan amalan ini bersama keluarga anda.
Oleh Prof Madya Dr Norimah A. Karim, Pakar Pemakanan
|
makan dan sebaliknya terlalu memberi tumpuan kepada makanan berkhasiat yang harus dimakan. Malah hanya sewaktu makan bersama barulah anda boleh mengajar anak anda tentang pemakanan sihat dan juga Mengajak Ahli Keluarga Makan Bersama • Jadi teladan yang baik - Perkara paling penting yang harus diingat ialah anak anda mencontohi tingkah laku anda. Jika anda makan cepat, terlalu memilih makanan atau tidak kisah apa yang berlaku di meja makan, anak anda akan mencontohi sikap anda terhadap makanan. • Menyampaikan mesej yang betul - Menunjukkan sikap yang baik terhadap makanan akan menanamkan amalan pemakanan yang baik di kalangan anak anda. Jangan asyik menyatakan bahawa anda sedang berdiet dan tidak mahu makan; anda tidak mahu anak anda menjadi seperti ini apabila dia meningkat dewasa. • Beri tunjuk ajar kepada anak anda - Makan dan juga hidangkan saiz sajian yang sederhana untuk memberi anak anda gambaran yang baik tentang cara pemakanan yang betul. Pastikan anda mengamalkan sikap positif terhadap makan dan makanan; dengan cara ini, anak anda akan mempelajari tentang amalan dan khasiat pemakanan yang betul dan akan menganggapnya sebagai sesuatu yang penting dan perlu dalam kehidupannya. • Ketepikan segala gangguan - Pastikan anda memanfaatkan sepenuhnya masa yang diluangkan bersama, yang seharusnya bersifat dinamik dan ceria. Padamkan televisyen dan telefon bimbit anda jika perlu. • Libatkan anak anda - Ajak anak anda membantu menyiapkan makanan, menyusun meja, menghidangkan makanan dan mengemas meja selepas makan. Dengan cara ini anak anda rasa bertanggungjawab, dan berbangga dengan bantuan yang diberikannya. |
| ||
|
No comments:
Post a Comment