nuffnang

26 Dec 2011

Flu Bukan Selesema Biasa

Influenza adalah jangkitan saluran pernafasan serius yang boleh membawa komplikasi dan membahayakan kesihatan.

Oleh Datuk Dr Zulkifli Ismail, Pakar Perunding Pediatrik & Kardiologi Pediatrik

Influenza, lebih dikenali sebagai flu, tidak boleh disamakan dengan selesema biasa. Flu adalah jangkitan saluran pernafasan yang serius, dan boleh membawa komplikasi teruk.

Flu sangat mudah berjangkit, dan wabak influenza berlaku setiap tahun. Jenis virus flu boleh bertukar dengan cepat dari tahun ke tahun. Itulah sebabnya imuniti terhadap virus tidak boleh tahan lama, dan orang ramai boleh mendapat flu berulang kali sepanjang hayat mereka.

Kanak-kanak lebih mudah mendapat flu berbanding dengan orang dewasa kerana sistem imun mereka pada umumnya lebih lemah.

Flu Bukan Selesema Biasa

Mendapat jangkitan

Influenza mudah berjangkit dari seorang ke seorang, lazimnya menerusi titisan apabila orang yang dijangkiti batuk, bersin atau pun bercakap. Virus influenza juga boleh tersebar apabila orang yang dijangkiti menyentuh permukaan atau objek, dan orang lain menyentuh objek dan seterusnya menyentuh mulutnya sendiri.

Gejala umum termasuk:

  • Demam mengejut;
  • Seram sejuk dan menggigil;
  • Sakit kepala;
  • Sengal-sengal otot;
  • Kelesuan ekstrim;
  • Batuk kering dan/atau sakit tekak;
  • Hilang selera makan.

Kanak-kanak kecil atau bayi baru lahir boleh mengalami gejala yang lain, termasuk:

  • Demam panas yang tidak dikenal pasti puncanya, tetapi tiada tanda lain penyakit;
  • Konvulsi/sawan deman;
  • Perut tidak sedap dan/atau sakit, muntah, cirit-birit;
  • Sakit telinga dan mata merah;
  • Sakit kaki atau belakang teruk disebabkan keradangan otot.

Tahukah anda bahawa influenza juga boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang lain?

Komplikasi daripada influenza

Risk for complications, hospitalisations and death due to influenza and influenza-related illnesses are higher in young children and elderly folks – those aged 65 years and above, as well any individual with medical conditions such as asthma or lung diseases. Complications that may arise from influenza include middle ear infections, neurological problems, heart inflammation as well as pulmonary diseases like bronchitis. In short, a weakened immune system leads to the onset of many diseases, which may be fatal or have devastating consequences.

Risiko komplikasi, kemasukan hospital dan kematian disebabkan influenza dan penyakit berkaitan influenza adalah lebih tinggi di kalangan kanak-kanak kecil dan warga emas – mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas, dan juga individu yang mengalami masalah perubatan seperti asma atau penyakit paru-paru. Komplikasi yang mungkin timbul daripada influenza termasuk jangkitan bahagian tengah telinga, masalah neurologi, keradangan jantung dan juga penyakit pulmonari seperti bronkitis. Pendek kata, sistem imun yang lemah memudahkan serangan banyak penyakit, yang boleh membawa maut atau mendatangkan kesan buruk.

Influenza biasanya bukan punca kematian. Sebaliknya, ia membawa kesan yang boleh menyebabkan keadaan perubatan serius seperti pneumonia atau jangkitan bakteria sekunder, yang boleh membawa maut.

Mengurangkan jangkitan influenza!

Virus influenza boleh menyebabkan wabak serius di rumah, di sekolah dan dalam masyarakat. Dengan itu, cara terbaik dan paling berkesan untuk menangani ancaman wabak influenza ialah dengan mencegahnya terlebih dahulu, menerusi vaksinasi. Oleh sebab virus influenza sentiasa berubah, vaksin menentang influenza sentiasa dikemas kini untuk memastikan ia mampu memberi perlindungan daripada jenis virus yang tersebar.

Inilah juga sebabnya kita perlu mendapatkan vaksin influenza setiap tahun. Vaksin influenza paling baru bagi 2010-2011 melindungi daripada tiga jenis virus paling biasa pada masa ini – influenza A (H3N2 dan H1N1) dan influenza B.

Setiap orang berusia 6 bulan dan ke atas disyorkan mengambil vaksin menentang influenza setiap tahun. Risiko bayi berusia bawah 6 bulan mendapat komplikasi serius daripada jangkitan influenza adalah lebih tinggi, tetapi disebabkan mereka terlalu muda untuk diberi vaksin influenza, orang yang menjaga mereka atau tinggal dengan mereka patut mengambil vaksin untuk melindungi bayi ini.

Jangan jadi mangsa komplikasi kesihatan yang boleh dicegah. Dapatkan vaksin influenza untuk anak-anak anda, dan seluruh keluarga anda, setiap tahun. Ini adalah cara paling selamat untuk memastikan keluarga anda dilindungi daripada influenza!

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)