Oleh Prof Madya Dr Norimah A Karim, Pakar Pemakanan
Pada masa kini, proses mula memberi makanan pejal kepada si bayi lebih dikenali sebagai ‘makanan pelengkap’, di sebalik ‘menceraikan’ bayi daripada susu, sebab ibu masih digalakkan untuk meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berumur 2 tahun selepas bayi diberi makan makanan pelengkap. Ini memudahkan bayi mengharungi masa peralihan dan mendapat kebaikan daripada susu ibu dengan lebih lama. |
Sesetengah bayi telah bersedia untuk menerima makanan pelengkap sebelum berusia empat bulan; dan ada juga yang perlu ditangguhkan dua bulan lagi iaitu ketika berusia enam bulan. Walau bagaimanapun, makanan pelengkap adalah baik jika mula diberi apabila bayi mencecah usia 6 bulan. Penangguhan hanya akan menyebabkan bayi sukar untuk menyesuaikan diri dengan makanan baru. Tambahan pula, sewaktu bayi membesar, keperluan pemakanannya akan meningkat dan susu ibu tidak mampu memenuhi keperluan ini. Jika bayi anda menangis selepas diberi susu beberapa kali, ini mungkin menunjukkan dia masih lapar. Antara tanda lain yang menunjukkan bayi sudah bersedia untuk diberi makanan pelengkap adalah: |
|
|
|
|
|
Makanan Pertama Bayi |
1. Potong buah-buahan atau sayur-sayuran dalam bentuk dadu. | 2. | |||
3. Gunakan pengisar makanan, pelecek atau parut untuk menghancurkan makanan. | 4. Tambahkan air atau susu ibu untuk mencairkannya. |
|
Perangkap Madu Menurut cerita orang tua, pemberian madu yang telah dicairkan boleh menjadikan bayi berperwatakan “manis”. Namun begitu ia juga akan mendedahkan bayi kepada risiko kesihatan. Pertama, dengan menambah manisan kepada makanan, bukan sahaja ia tidak sesuai, malah ia juga menggalakkan penyakit gusi dan gigi (sewaktu gigi mula tumbuh).Yang kedua, madu kadang kala mengandungi spora daripada kuman yang boleh menganggu saluran penghadaman. Yang ketiga, dengan menambahkan manisan pada makanan, ini akan menyebabkan bayi suka kepada makanan manis dan boleh mengakibatkan pemakanan yang kurang baik, kerosakan pada gusi dan gigi serta obesiti di masa hadapan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
TQ kongsi info yang sangat berguna ni. Minta izin untuk dikongsi bersama yer :)
ReplyDeleteJika sudi singgah lah ke blog saya
http://ummirdinacong.blogspot.com/