Ia adalah biasa bagi bayi menangis dari masa ke semasa.Tetapi jika bayi anda kerap menangis dengan kedua-dua belah kakinya tegang ke arah perut dan tangisannya lebih kepada menjerit,kembung perut mungkin penyebabnya.Kembung perut boleh memberikan tekanan yang sangat besar ke atas ibu bapa dan juga ahli keluarga yang lain..Wakti tidur ibu bapa mungkin akan terganggu jika bayi mereka menangis sepanjang malam...
Di sini anda boleh mencuba petua-petua ini untuk mengurangkan masalah kembung perut bayi anda :
~ Cuba menenagkan bayi anda dan elakkannya dari menangis terlalu lama.Menangis akan menyebabkan bayi anda tertelan lebih banyak udara di mana ia boleh memburukkan keadaan kembung perutnya...
~ Bersiap sedia untuk menyusukannya lebih awal.Siap sediakan susu bayi anda sebelum dia mula menangis...
~Pastikan lubang puting susu botol cukup besar.Jika anda memberi bayi anda susu botol,pastikan lubang puting botol cukup besar.Dengan itu ,bayi anda boleh mendapatkan pengaliran bendalir yang lancar dan megelakkan pengudaraan dari memasuki perut bayi anda.Walaubagaimanapun,pastikan lubng tidak terlalu besar bagi mengelakkan risiko tercekik...
~Jangan ganggu penyusuannya dimana dia mungkin tertelan lebih udara.Semasa menyusukan bayi anda,cuba berhenti bermain dengan bayi anda atau mengalih perhatian penyusuan bayi anda bagi mengelakkan bayi anda tertelan banyak udara....
~Sendawa.Cuba gosok belakang badan bayi anda ketika memegangnya secara bertentangan dengan bahu anda selepas anda selesai menyusukannya...
~Urut secara lembut perut bayi anda dengan tangan anda.Urutan lembut dengan sedikit minyak bayi ke atas perut bayi anda akan membantu menenangkan bayi anda yang mengalami kembung perut....
~Picit keluar sedikit susu sebelum anda mula menyusukannya.Jika susu badan anda kerap memancut keluar pada permulaan penyusuan di mana ia boleh menyebabkan bayi anda menjadi tidak tenang,pegang areola secara lembut di antara jari kedua dan ketiga untuk memudahkan pengaliran.Ini juga akan membolehkan bayi anda untuk menghisap puting dengan lebih mudah dan tidak tertelan udara ketika dia cuba meletakkan mulut pada puting tersebut...
~Beri bayi anda puting.Jika bayi anda menangis tetapi tidak mahu disusukan lagi,puting adalah jawapannya
No comments:
Post a Comment