nuffnang

9 Aug 2011

Apa cerita ye ari nieeee

Assalamualaikum....
Hari nie xnak citer pasal Kelab Jutawan la....kita kongsi citer lain la pulakkkk yea...
 Pasal apa ya?...hehehe...Kat sini mama eeja nak beri petua-petua untuk membentuk anak yang gembira dan sihat...kalau si manja sihat dan girang pasti mama-mama kat luar sana pun turut happy kan....



  Keupayaan kanak-kanak untuk bergembira merupakan satu anugerah yang tiada tolok bandingannya...Kegembiraan yang mereka lalui tidak timbul daripada pemberian buah tangan,barang mainan mahupun hadiah istimewa..Ini sesuatu yang lebih mendalam sifatnya..sesuatu yang memupuk jiwa raga si manja serta membina rasa yakin bahawa dunia sekelilingnya selamat dan sejahtera.Disini diberikan beberapa petua untuk membantu anda menempuh liku-liku cabaran keibubapaan...

 * Bebas bergembira : kanak-kanak yang berjaya bersifat gembira.Namun dalam usaha mempersiap si manja untuk mengharungi cabaran hidup , jangan sekali-kali terdorong untuk mengatur terlalu banyak aktiviti dalam jadual hariannya...Biarkan dia bermain bebas tanpa tergesa-gesa menggunakan daya imaginasi.Menangkap pepijat dan memerhatikan lelabah membuat sawang adalah cara untuk menyemarakkan rasa kagum dalam diri si manja dan mengizinkan dia meneroka alam sekeliling mengikut caranya....

* Biar aktif : Kegiatan fizikal membebaskan endorfin-yakni unsur kimia"pencetus ceria"semula jadi badan.Seorang anak yang aktif merasa sihat,bertenaga,kuat,positif dan gembira menempuh kehidupan.Kegiatan fizikal juga membentuk keyakinan si manja, manakala permainan berpasukan membina kemahiran pergaulan ,saling hormat-menghormati,kemahiran membuat keputusan dan menggalakkan semangat berpasukan

* Usah tekankan kesempurnaan : Kita mahu anak-anak kita berusaha sedaya upaya.Tetapi apabila kita masuk campur tangan untuk "membetulkan" atau "menyempurnakan" kerja yang cacat,kita sengaja menghakis keyakinannya.Jika kita mengesat semula meja makan atau megelap semula cermin tingkap,kita memberi gambaran bahawa kerja yang dibuatnya kurang bagus

* Gelak ketawa : Buat cerita kelakar , dendangkan lagu jenaka, dan gelakkan diri sendiri.Gelak tawa itu bagus untuk si manja dan anda sendiri.Satu sebabnya adalah semata-mata fizikal.Apabila ketawa, rasa tegang terbebas dan otak meresap lebih banyak oksigen

* Tanamkan rasa prihatin : Si manja perlu merasai bahawa dia seorang anggota berguna dalam sebuah komuniti yang lebih besar dan boleh menyentuh kehidupan insan lain dengan cara yang bermakna.Tanamkan perasaan ini dengan memberinya banyak kesempatan untuk menunjukkan rasa simpati.Kumpulkan barang mainan lama yang tidak lagi dikehendaki dan hantarkan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

* Bekalkan susu dan air,hadkan jus tiruan tidak asli : Kandungan jus sebahagian besarnya gula dan air.LEbih elok pilih buah-buahan segar.'kaki' minum jus mempunyai pola tumbesaran yang lembap,mudah mengalami cirit-birit dan ketidakseimbangan zat makanan serta kerosakan gigi akibat kandungan asid yang tinggi.

* Beri si manja makanan berzat pada setiap waktu makan,tetapi jangan paksa dia makan.Kanak-kanak yang dibenarkan memutuskan bila hendak berhenti makan,apabila besar nanti akan mempunyai tabiat makan yang jauh lebih sihat

* Duduk bersama semasa makan : Biar betapa sedikit pun dia makan,lambat-laun dia akan belajar makan sendiri apabila hidangan disajikan di atas meja.Si manja suka duduk makan di meja bersama-sama keluarga dan ini suatu kesempatan untuk belajar cara bergaul dan adab tertib masa makan

Apapun, usaha membentuk si manja yang gembira dan sihat menuntut banyak komitmen dan pengorbanan.Namun begitu,jika beberapa petua tadi dapat diikuti,nescaya liku-liku cabaran mudah diharungi dan berkesudahan dengan ganjaran dan kegembiraan untuk anda dan juga si manja...Apapun terpulang pada kita bagaimana untuk mencorak mereka untuk menajadi si manja yang girang,riang dan senang


No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)