nuffnang

8 Aug 2011

Kisah Sebenar-Sujairi Saidali (Wajib Baca)

Salam,

Di Sini Saya Paparkan Kisah Benar Admin kelab Jutawan Untuk Pengetahuan & bahan Rujukan Anda Sekalian,Sila Baca Sekalian....Kita Mulakan Kisahnya Sekarang...

Kata orang apabila kita melihat kejayaan seseorang itu kita takkan percaya bahawa beliau juga pernah mengalami detik2 hitam didalam hidupnya..

"Kejayaan takkan datang jika kita asyik merungut dan berhenti berusaha..."

***************************

"Selepas habis STPM ,2003 saya terus bekerja sebagai pump attendant disalah sebuah syarikat minyak petronas. Hampir 2 tahun berkeja disana dan sempat juga memegang jawatan pengurus syarikat selama 6 bulan sehingga syarikat itu tutup atas dasar2 politik :)..

Kemudian sy menyambung pelajaran BMGT di Unitar Kota Kinabalu, tetapi hanya sehingga 2 sems atas sebab kekurangan kewangan hendak meneruskannya.. tanpa melengahkan masa , saya terus mencari pekerjaan dan sering bertukar tempat kerja ( kedai pinjaman wang, jurujual waterfilter dari rumah ke rumah, penyambut tetamu restauran, dan guru ganti - sekitar 2006 - 2007)

" Akhir sekali saya kerja salesman broadband selama 3 tahun,
gaji tetap memang takde, semua harapkan komisen,
ada jualan adalah duit sakunya, kalau takde orang yang nak beli produk, bagaimana?


Memang susah, nak dapatkan satu sign up broadband pun
kena bercakap hampir lebih daripada 100 orang sehari,
kena jalan jauh, berdiri tengah panas semata-mata nak dapatkan jualan.

Cuti? bukan senang nak dapatkan cuti sebagai salesman ni,
ahad pun kena kerja gak, sebab ahad paling ramai orang kat Mall.

Pernah sekali tu saya terpaksa tidur kat Masjid, kenapa?
sebab saya larikan diri daripada tuan penyewa bilik,
dah 2 bulan tak bayar sewa bilik RM350 sebulan.
Akhirnya saya call mak saya dan pinjam duit untuk
bayar hutang bilik dan sedikit belanja makan minum saya,
Malu yang amat sangat masa tu.

Lama kelamaan saya putus asa, kenapa?
Sebab selama 3 tahun saya kehilangan masa bersama keluarga,
saya kehilangan masa bersama rakan-rakan,
dan saya pernah ditinggalkan tunang hanya kerana saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk menemaninya.
Satu penyesalan yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

SAYA TERBACA TENTANG IRFAN KHAIRI (2009)


Syukur Alhamdulilah, saya pun dah tak ingat bagaimana saya
terbaca sebuah buku berkenaan perniagaan internet hasil tulisan
daripada Jutawan internet pertama malaysia iaitu Irfan Khairi

Oktober 2009 - saya berhenti kerja sebagai salesman,
Bodoh ke saya berhenti? Mungkin ya, tetapi saya pasti ianya satu jalan
yang mungkin boleh mengubah hidup saya.

Tetapi,


Selama 6 bulan saya belajar tentang perniagaan internet
saya cuba itu ini, saya join pelbagai skim dan affiliate marketing
tetapi hasilnya saya cuma berjaya mendapatkan RM260 dalam
masa 6 bulan duduk dirumah. saya terasa memang saya bodoh berhenti kerja dulu.( makan minum semua mak yang tanggung)

Saya dah tahu membina website,
saya dah tahu marketing strategi, dan saya dah faham selok belok
perniagaan internet, tetapi saya tetap tidak dapat menjana at least RM100 sebulan. ILMU didada ni memang dah penuh, tetapi hasilnya tetap macam ni.. mana silapnya ni...!!!!!

Akhirnya baru saya sedari , saya TERLEBIH ILMU BACAAN sehingga saya blur (beli ebook macam2) dan tak lakukan perancangan masa, pengurusan kewangan dan pengurusan target bulanan.. (saya asyik NAK CEPAT, CEPAT DAN CEPAT..semua nak hasil yang cepat.. )


Alhamdulilah, saya pendekkan cerita,
Bermula March 2010 saya menjumpai (google) dan mula berhubung
dengan salah seorang usahawan internet di United State,
daripada beliaulah saya memahami konsep fast marketing
cara bagaimana saya boleh menjana RM100 dengan hanya sekali klik sahaja,
cara mudah nak dapatkan email list, dan yang paling penting
18.April.2010 adalah hari pertama saya menjana RM300 sehari.

saya nak cerita panjang sedikit tapi
saya tak nak anda bosan dengan kisah hidup saya yang memang membosankan,
kerja bermati-matian siang dan malam semata-mata
untuk mendapatkan jualan dan akhirnya habis juga digunakan untuk
membayar hutang. Saya dah tak nak hidup macam tu
dan saya juga tak nak ada lagi orang diluar sana yang merasakan
kepayahan hidup seperti saya.


kita tak tahu bagaimana masa depan kita,
Mungkin sekarang gaji kita 5000 sebulan tapi kita tak tahu
gaji kita 10 tahun akan datang, mungkin 5000 hanya cukup untuk
membayar hutang - taraf hidup semakin tinggi.

Saya buka peluang ni kepada semua orang yang mengetahui kelab jutawan agar dapat bersama2 saya mempelajari selok belok perniagaan internet , dan saya harap anda juga lakukan STEP BY STEP seperti yang di berikan...

Jangan mudah mengeluh, jangan mudah merungut.. Kejayaan pasti akan jadi milik anda sekiranya anda tidak putus-putus berusaha... Jika bukan hari ini rezeki anda mungkin esok, lusa atau mungkin minggu hadapan...

Jika anda tanya saya, semua kerja yang saya lakukan memang saya tak suka, tetapi saya suka hasilnya.. Kadang-kala kita suka lakukan sesuatu tetapi hasilnya tidak menjadi idaman.. Buka minda anda, jika kita lakukan sesuatu pekerjaan tetapi hasilnya tidak mencukupi, lakukanlah satu lagi pekerjaan yang anda TIDAK SUKA lakukan tetapi ANDA SUKA hasilnya..

Tuhan itu Maha Kaya, Dia pasti akan memberikan ganjaran kepada hamba-Nya yang senantiasa berusaha....

Semoga perkongsian kali ini memberikan makna buat

Demi kejayaan bersama,

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)