nuffnang

8 Aug 2011

Apa Pun Tak Boleh

Bro,saya ada terjumpa satu blog yang mengatakan KJ ni penipu besar.
Apa pendapat bro?


Salam.. pendapat saya mudah je.. saya abaikan blog sebegini jika saya ingn maju dalam perniagaan dan kehidupan. saya tidak akan terasa kecil hati ataupun memarahi mereka, itu hak mereka untuk bersuara.

"Saya menerima kritikan. Saya mendengar kritikan negatif dan saya juga mendegar kata-kata positif. Namun, apa sahaja kritikan negatif kepada diri, bisnes ataupun pekerjaan, saya tidak memperdulikannya"

Ini lumrah dalam bisnes dan kehidupan.. jika kita pandang kembali, tidak ada satu pun perniagaan dalam dunia ini disukai 100% oleh semua orang dan bukan semua orang disekeliling kita menyukai diri kita..

KFC - adakala ramai yg kata tipu, gambar nampak besar, tp bila order yang datang kecil semacam je (^_^)...tapi orang tetap berduyun-duyun masuk ke dalam restaurant.

Irfan Khairi - walaupun beliau adalah jutawan internet pertama diMalaysia, tetapi masih ada individu yang mempertikaikan pendapatan beliau sekarang adalah melalui ceramah perniagaan tetapi beliau tetap lebih berjaya daripada si pengkritik

Donald Trump - Penerima Anugerah Ahli perniagaan paling kompetitif didunia 2006 sehingga kini sentiasa dibenci oleh jutaan orang ramai tetapi beliau semakin maju dalam perniagan dan memiliki aset berjumlah 8 Billion Dolar hasil usaha beliau.


Apa yang penting, saya dan anda jujur dalam berniaga, kita bantu mereka diluar sana yang memang dahagakan bantuan kewangan, dan kita bimbing mereka dalam segi perkhidmatan perniagaan.. saya dan anda juga ada keluarga dan isteri.. takkan kita nak berikan mereka hasil wang haram..(fikir-fikirkan)

Jika saya jadi anda.. saya abaikan kata2 orang,tak perlu buang masa anda bertekak dan menegakkan keadilan dengan orang yang hatinya memang sudah kukuh untuk perasaan negatif, kita sudah mengetahui perancangan dan kekuatan sesuatu organisasi itu..jangan biarkan hanya segelintir kata2 negatif menyebabkan kita terkapai2 mencari rezeki... Lain orang lain rezeki, yang penting usah berhenti mencari...

Saya suka ayat ini "Lebih banyak kritikan negatif yang kamu terima, lebih maju kehidupan kami daripada masa ini"


Terima kasih.
sujairi saidali

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)