BOLEH KE SAYA BERDIET DENGAN ALSD2, YANG BERPENYAKIT GALLSTRONES 9 BATU KARANG DALAM HEMPEDU)
Kajian
saintifik sebenarnya menunjukkan masalah batu karang didalam hempedu
terjadi apabila kita mengambil terlalu rendah lemak (fat) didalam
pemakanan kita. (Berhati-hati jika uoll seorang pendiet low fat !)
Hempedu kita perlu sentiasa aktif untuk bekerja bagi menghuraikan lemak
didalam makanan. Memakan lemak akan menyebabkan hempedu kita sentiasa
bekerja, juga akan menyebabkan fungsi pengecutan (contraction) untuk
berfungsi dengan baik. Sebenarnya hempedu tidak ada fungsi pengecutan
ini jika kita tidak memakan apa-apa jenis lemak langsung. (Sudahkan uoll
faham salahsatu sebab kenapa uoll mengambil minyak zaitun ?) Sekiranya
hempedu tidak berfungsi untuk memproses lemak makanan, garam hempedu
akan mengeras menjadi batu karang. Namun begitu, orang yang memang sudah
berpenyakit batu karang didalam hempedu memang menghadapi masalah
sekiranya mengambil makanan yang berlemak. Bagi orang yang menghadapi
masalah ini boleh mencuba berdiet SD2 tetapi harus menjaga pemakanan
yang rendah lemak. Untuk ini, makanlah ikan, ayam, daging tanpa lemak,
cheese yang rendah lemak (secara sederhana) dan perlu mengambil banyak
sayur-sayuran. Anda harus menjauhi salad dressing yang berkrim, segala
jenis kekacang, segala jenis makanan bergoreng dan segala jenis makanan
yang diproses seperti sosej atau daging burger. Jagalah pemakanan
berdiet ini dengan betul dan uoll harus faham bahawa sebagai orang yang
berpenyakit, penurunan berat uoll memang lebih perlahan dari orang
lain. Ehsan :- En kamarul Nordin
No comments:
Post a Comment