Buat kekasih anda, andai dirinya
bukanlah insan yang baik…. agar dia mengerti, cinta bukan bermaksud
keluar berdua-duan, cinta bukan bermaksud serahkan segala jiwa dan raga,
cinta juga bukan bermaksud perlu bersama dalam keadaan maksiat dan
haram.. CINTA itu mulia, mengertilah akannya, lakukan dengan cara yang
betul, bila sampai masa dan jodohnya, kalian akan HALAL dalam cinta~~
Kekasihku sayang..!!!
Mungkin aku memang tidak romantis.
Mungkin aku memang tidak mampu membelikanmu bunga.
Atau mengajakmu jalan-jalan di pinggir pantai yang indah.
Atau mungkin tidak mampu memberikanmu puisi indah.
Maafkan, kamu benar, itu memang bukan gayaku.
Dan sesungguhnya aku tidak mampu melakukannya.
Aku mencintaimu dengan caraku sendiri.
Entahlah kalau kamu sedar ataupun tidak.
Aku mencintaimu dengan mendoakanmu di setiap sujudku.
Kerana aku tahu betul, kau jarang menghadap tuhanmu.
Aku mencintaimu dengan cara mengerti bahawa kau jarang benar solat.
Maka aku ajarkan dirimu bagai mana mencari bekal akhiratmu.
Aku tahu kamu tak pandai mengaji, walau kau seorang muslim.
Aku mencintaimu dengan cara sendiri.
Mengajakmu mengenal syurga yang abadi.
supaya kamu tau, kelak kita akan bersama di sana.
Aku mencintaimu dengan cara setia padamu.
Saat kau pergi jauh dariku aku masih menyimpan semua tentangmu.
Aku tahu, hal tersebut memang tidak ada romantis-romantisnya.
Untuk itu, aku minta maaf padamu.
Tapi, begitulah caraku mencintaimu.
Aku Berharap, kau mengerti.
Dan kau mampu Memahamiku
Dalam setiap langkahku…..
Kerana Aku Mencintaimu Kerana ALLAH…
Diam,itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak terbesit oleh nafsu.
Diam, itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap ketaqwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabb ku cemburu padaku.
Diam, adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap syafa’at agar selamat di dunia dan di akhirat-Nya.
Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keredhaan-Nya agar Allah tidak membenci perilaku kita.
Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keikhlasan agar Allah berikan balasan yg indah bagi para
pemelihara kesucian.Aku tidak marah, aku tidak cemburu kerana kau bukan
hakku, Kadang memang kelemahan sebagai manusia biasa aku, ada sedikit cinta di hatiku utkmu.Yang ingin agar kau tau. Tapi sekali lagi kau milik Allah bukan miliku.jadi biarkan cinta
ini ku pendam dalam hatiku. bila ada siraman Redhaanya kita kan bersama
dan bila tidak,aku yakin akan ada bibit yang lebih baik dari- Nya.. jadi walau aku cinta aku putuskan utk diam, biarkan Allah yang maha Kuasa mengatur-Nya.Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.
No comments:
Post a Comment