Penyakit kencing manis(diabetes) secara umum?
Penyakit kencing manis adalah salah satu penyakit kronik. Jumlah pesakit kencing manis berjumlah 1.2 juta orang sehingga kini dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun di Malaysia. Anda tidak sedar menghidapi penyakit kencing manis ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup. Anda mungkin telah menghidapi penyakit diabetes beberapa tahun sebelum ia dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama anda menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit tersebut.
Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau insulin kurang berkesan, ini menyebabkan insulin tidak membawa gula ke dalam saluran darah memasuki sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.
Jenis-jenis penyakit kencing manis
Terdapat dua jenis kencing manis(diabetes):
Jenis 1 - " Insulin Dependent Diabetes Mellitus"
Pesakit ini tidak dapat menghasilkan insulin dan bergantung pada Insulin.
Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja.
Jenis 2 - "Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus"
Lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
Pesakit kencing manis ini tidak bergantung pada insulin.
Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
Apakah tanda-tanda kencing manis?
Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala kencing manis.
Simptom kencing manis yang biasa dialami ialah:
- Haus yang berlebihan.
- Berat badan menurun.
- Letih.
- Penglihatan kabur.
- Gatal.
- Kudis atau bisul berlarutan jangkamasanya.
- Otot lemah
- Lain-lain gejala kencing manis termasuk:
- Penyakit kulit atau exzema yang berpanjangan.
- Luka yang lambat sembuh.
- Kencing kerap waktu malam.
- Gatal pada bahagian kemaluan
- Rasa kebas
Anda boleh juga tidak mempunyai apa-apa simptom kencing manis.
Jangan tunggu sehingga tanda kencing manis hadir, jalankan ujian di klinik berdekatan dengan kawasan anda.
Jika anda ingin membuat ujian paras glukosa atau gula dirumah gunakan glukometer Advance Micro-draw.
No comments:
Post a Comment