nuffnang

24 Apr 2012

Sperma FAQ


Jika satu sperma sahaja yang perlu untuk menghasilkan satu bayi, kenapa seorang lelaki memerlukan jutaan sperma untuk satu kehamilan ? Berapa lama ia hidup dan bagaimana untuk menghasilkan sperma yang sihat adalah diantara soalan yang kerap ditanya. Alamhamil akan cuba mengurai persoalan penting ini.

Berapa lama sperma boleh hidup?

Ia sebenarnya bergantung kepada beberapa fakta. Yang paling penting ialah dimana sperma tersebut berada. Sekiranya ia terlekat pada pakaian atau kain, sperma selalunya akan mati sebaik sahaja air mani menjadi kering. Sekiranya sperma berada didalam air atau tub mandian, ia mungkin akan hidup lebih lama terutama kalau air agak suam.
Walaubagaimanapuan untuk kehamilan disebabkan sperma masuk kedalam faraj wanita semasa berendam dalam tub yang mengandungi sperma hampir tidak mungkin berlaku..
Dalam badan wanita selepas ejakulasi didalam faraj, sperma boleh hidup sehingga 5 hari. Sekiranya  anda bersama beberapa hari sebelum ovulasi terjadi, kemungkinan anda untuk hamil adalah tinggi.

Berapa bilangan sperma yang diperlukan untuk terjadi kehamilan?

Walaupun kita memerlukan satu sperma sahaja untuk menghasilkan satu bayi,  perjalanan sperma dari faraj ke salur fallopian adalah sangat jauh dan berliku menyebabkan berjuta juta sperma mati sebelum sempat sampai kerahim. Dari beratus juta cuma ratusan sperma sahaja yang akhirnya sampai ke saluran fallopian dan cuma satu sperma yang paling sihat dan kuat sahaja yang boleh menembusi dinding telur yang tebal. Saintis percaya ini adalah sebahagian dari proses semulajadi untuk memastikan sperma yang terbaik dan berkualiti sahaja yang boleh bersenyawa bagi mempastikan kejadian janin yang sihat.

Adakah terdapat amalan atau ubat yang boleh menghasilkan sperma yang sihat?Memang ada. Ia termasuklah

  • Kurangkan merokok
  • Pastikan anda tidak terdedah kepada toksin persekitaran seperti pembunuh serangga dan sebagainya.
  • Kurangkan minuman alkohol.
  • Makan makanan yang sihat dan cuba kurangkan berat badan kalau lemak berlebihan.
  • Sekiranya ada penghidap kencing manis dan sebagainya, pastikan ia dalam keadaan terkawal.
  • Kurangkan pemakaian jeans atau seluar dalam ketat kerana haba yang tinggi pada skrotum menyebabkan pengeluaran sperma menjadi kurang.

Apa yang kita boleh ketahui melalui analisa air mani?

Analisa air mani adalah salah satu ujian kerap dibuat untuk menentukan punca kenapa pasangan gagal hamil. Kajian menunjukkan 40% dari sebab infertility berpunca dari air mani yang tidak normal. Selalunya air mani di kumpul didalam bekas plastik selepas mastubasi  dan pemeriksaan dibawah mikroskop akan dibuat ½ -1 jam kemudian.
  • Jumlah dan kepekatan air mani: Isipadu normal adalah diantara 2-6 mls atau lebih kurang 1 sudu kecil. Terlalu sedikit menunjukkan sperma yang tidak cukup dan terlalu banyak pula adalah tanda ia terlalu cair dan kepekatan sperma yang kurang. Air mani selalunya berketul sebaik sahaja dikeluarkan dan menjadi cair selepas 15 min. Air mani yang tidak menjadi cair dan masih berketul menyebabkan sperma sukar bergerak dan perjalanan sperma ke rahim sukar berlaku.
  • Kepekatan Sperma. Ia adalah bilangan sperma dalam setiap 1 mL air mani. 20 juta sperma atau lebih dalam satu mL adalah normal.
  • Pergerakkan Sperma. Ini adalah peratus sperma yang bergerak dan cara pergerakkannya. Selepas 1 jam, 50% daripada sperma sepatutnya sudah dapat bergerak dalam garisan lurus.
  • Bentuk Sperma. Analisa rupa, saiz, dan tentang kecacatan sperma. Sebagai contoh berkepala dua, putus ekor dan sebagainya.

Adalah lelaki akan berhenti mengeluarkan sperma selepas lanjut usia. ?

Berbeza dengan kaum wanita dimana kesuburan berhenti selepas menopos. Lelaki akan tetap menghasilkan sperma walaupun sudah lanjut usia walaupun mungkin produksi sperma menjadi lebih kurang dari usia muda.

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)