Bahan-Bahan
Beras
Daging
Udang kering ditumbuk halus
Udang hidup
Kacang tanah
Karot (dipotong dadu kecil)
Santan
Daun sop
Bawang goreng
Telur Rempah sup (serbuk)
Kiub ayam Knorr
Rempah - Jintan putih/manis/ketumbar (Digoreng tanpa minyak sehingga agak kekuning-kuningan dan ditumbuk halus)
Kerisek
Lada hijau/merah
Garam
Serbuk perasa
Cara Penyediaan
1. Rebus beras sehingga empuk bersama daging yang dipotong kecil bersama kacang tanah.
2. Setelah beras empuk, campurkan udang kering, udang hidup, santan, kiub ayam, rempah dan akhir masukkan kerisek dan karot atau mixed vegetables, garam, dan serbuk perasa.
3. Kacau tetapi jangan sampai berkerak.
4. Setelah bubur masak, tutup api. Goreng bawang untuk dibuat bawang goreng dengan minyak yang sedikit. Setelah agak kekuningan, curahkan bawang bersama minyak ke dalam periuk bubur dan tutup sebentar. Jangan lupa buka kembali tutup periuk cepat-cepat. Ini bertujuan untuk mewangikan lagi bubur dan ditabur daun sup.
Cadangan Hiasan
1. Telur dibuat dadar nipis. Jika suka, sebelum di dadar bahagikan telur kepada 2 bahagian iaitu dicampur warna merah dan hijau. Setelah itu telur berkenaan dipotong memanjang halus untuk ditabur atas bubur.
2. Lada hijau dan lada merah diracik halus untuk ditabur atas bubur dan juga bawang goreng.
No comments:
Post a Comment