Ustaz Azhar Idrus: Panduan Suami Baik
* Pasang
niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa
anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
*
Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda
adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan
adalah yang terbaik.
* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
* Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
* Setiap
hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum,
isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah
apabila sampai ke rumah.
* Pastikan
anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri
bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda
luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
* Telefon
isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang
ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia
apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
* Hiburkan
hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra.
Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami
isteri.
* Pastikan
anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam
perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir
masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
* Amalkan
makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa
makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan.
Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
* Ajak
isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama
adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
* Bantu
isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan
beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
* Amalkan
mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik
hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
* Pastikan
penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai
suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri
sendiri. Mana adil ?
* Didik
isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan
tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan
cakap tak serupa bikin.
* Berikan
nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami.
Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang
kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga
terancam.
* Jadikan
penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka
kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga
sejahtera
* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
* Suami
mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja
ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain.
Ini wajib dihentikan.
* Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.
Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
* Bentuk
sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.
Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya
ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
* Jadilah
suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah
isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri
mudah masuk syurga.
* Tegur
kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan
sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar,
isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
* Gunakan
Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga.
Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat
hikmah.
*
Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib
memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada
isterinya. Elakan kesilapan ini.
* Suruh
isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon
ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk
sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal
dunia.
* Cintai
isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh
kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman
dan takwa.
* Sentiasa
berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah
diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila
suami cemerlang, isteri akan gemilang.
* Pamer
keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah
dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut
berikan kepada keluarga.
* Pamer
kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,
bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
*
Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba
hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami
yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
* Bentuk
beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat
pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada
pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
* Mahir
dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli
keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian
dan memilih penyelesaian yang optimum.
* Membaiki
diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan
sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan
orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
* Jadi
contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap
perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah
sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
* Jadikan
diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri
galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir
positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
*
Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga
berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan
keluarga.
* Sentiasa
menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang
baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli
keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
*
Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru
ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas
sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
* Latih
diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi
tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat
dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
* Cari
peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,
lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh,
sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
* Fahami
yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan
isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel
untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
* Bentuk
kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat
kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat,
berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
* Nilai
diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri
benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri
bahagia, suami akan bertambah bahagia.
* Apabila
suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri
bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi
layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
* Suami
wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan
pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal
macho dengan saksama.
* Buat
undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti
senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan
daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
* Latih
gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan
gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri,
bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang
lintasan dalam hati.
* Pimpin
isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat
sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang,
waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
*
Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di
rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di
pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan
isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
* Urus
stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah,
berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan
bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan
semua orang.
No comments:
Post a Comment