nuffnang

24 Apr 2012

Pergerakan Bayi


Kehamilan memang tempoh yang mendebarkan lebih-lebih lagi jika ini adalah bayi pertama anda. Di antara saat-saat yang paling menarik semasa kehamilan anda ialah apabila anda pertama kali merasai bayi anda menendang. Pergerakan-pergerakan kecil meyakinkan anda bahawa bayi anda membesar dengan sihat dan menjalinkan hubungan lebih rapat dengan bayi anda.

Bilakah boleh merasai pergerakan bayi saya?

Untuk kehamilan kali pertama, pergerakan bayi selalui dirasai pada kandungan berusia antara 18-22 minggu tetapi kadang kadang ia mungkin mengambil masa lebih lama sehingga 25 minggu. Bagi kandungan kedua dan seterusnya, wanita mungkin boleh merasai pergerakkan seawal 14 minggu. Sekiranya anda berasa risau disebabkan masih gagal untuk merasai pergerakkan bayi anda, jumpa doktor untuk pemeriksaan ultra sound. Bayi selalunya dapat dilihat bergerak aktif walaupun ibu masih belum dapat merasai pergerakannya.

Pergerakan bayi akan lebih mudah terasa sekiranya anda dalam keadaan tenang samada duduk atau berbaring.

Bagaimana rasanya semasa bayi bergerak?

Ibu-ibu selalunya mengambarkan pergerakan awal bayi mereka seperti rama-rama atau pergerakan yang sangat lembut pada bahagian rahim mereka. Pada mulanya anda mungkin sukar untuk membezakan antara pergerakan usus atau angin tetapi apabila kehamilan anda sudah beralih kepada lewat trimester ke 2, pergerakan bayi anda menjadi lebih kuat dan kerap.
Kajian telah menunjukkan bahawa pada trimester ketiga, bayi akan bergerak kira-kira 30 kali setiap jam. Bayi-bayi cenderung untuk bergerak lebih kerap pada masa-masa tertentu. Mereka biasanya paling aktif pada jam 9 malam sehingga 2 pagi dan akan menyebabkan tidur anda mungkin terganggu. Aktiviti aktif bayi dikaitkan dengan tahap gula dalam darah ibu yang lebih rendah pada waktu ini.
Bayi juga boleh bertindak balas terhadap bunyi atau sentuhan dan suami anda mungkin boleh merasai tendangan bayi anda sekiranya dia menyentuh perut anda.

Sesetengah bayi secara semula jadinya bergerak kurang aktif daripada bayi yang lain disebabkan personaliti yang berbeza. Kekurangan pergerakan mungkin juga bermakna bahawa bayi anda sedang tidur dengan nyenyak.

Anda juga mungkin kurang merasa sepakan dan tendangan selepas minggu ke-32 kerana bayi anda telah bersaiz lebih besar dan tidak mempunyai cukup ruang untuk bergerak dengan aktif di dalam uterus.

Bagaimana memantau pergerakan bayi anda

Apabila kandungan anda sudah berusia melebihi 28 minggu, sesetengah doktor menyarankan kepada anda untuk mencatatkan pergerakan bayi bagi memastikan bayi anda berada dalam keadaan baik.

Ini adalah satu carta pergerakan bayi yang dicatat pada tempoh tertentu. Untuk memudahkan pengiraan, tentukan masa dimana bayi anda bergerak paling aktif (selalunya ia sejurus selepas anda makan). Dapatkan kedudukan yang selesa sama ada anda duduk di kerusi atau berbaring di atas katil. Catatkan masa semasa pergerakan pertama bayi dan apabila sudah cukup 10 kali pergerakan.

Anda harus berasa sekurang-kurangnya 10 kali pergerakan dalam tempoh dua jam.

Jika anda tidak merasakan bayi anda bergerak 10 kali menjelang akhir dua jam, cuba minum segelas air manis dan berbaring sebelah kiri. Sekiranya bayi anda masih kurang aktif, berjumpa doktor anda.

Doktor anda mungkin melakukan ujian CTG (Cardiotocography) untuk menyemak kadar dan corak degupan jantung dan juga pergerakan bayi anda. Graf yang aktif akan menunjukkan bayi berada dalam keadaan memuaskan.

Panduan kepada pergerakan bayi anda.

Minggu 12: Bayi anda sepatutnya mula bergerak dengan aktif, tetapi anda mungkin tidak akan dapat merasa apa-apa kerana saiz bayi hanya kira-kira 6 cm panjang.

Minggu 16: Sesetengah wanita hamil akan mula berasa seperti pergerakan rama-rama yang kecil di dalam rahim, tetapi ia tidak semestinya pergerakan bayi.

Minggu 20: Pada ketika anda sudah benar-benar mula merasa pergerakan pertama bayi anda, yang dipanggil "quickening."

Minggu 24: Bayi kini mempunyai berat kira-kira 500g dan pergerakan itu mula menjadi lebih kuat.

Minggu 28: Bayi anda sering bergerak sekarang dan berat kira-kira 1.2 kg. Beberapa sepakan dan tendangan boleh menyebabkan anda tidak merasa selesa.

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)