Mencegah kehamilan boleh dilakukan dengan pelbagai cara, alat, ubat-ubatan atau prosedur pembedahan. Pencegahan kehamilan membolehkan anda menikmati kehidupan seksual tanpa perlu bimbang tentang kehamilan. Hasil kajian dan penemuan perubatan kini terdapat pelbagai cara untuk mencegah kehamilan. Anda perlu mendapatkan nasihat pakar kerana kaedah yang dipilih adalah bergantung kepada keadaan kesihatan, kehidupan sosial dan jarak kandungan. Semua kaedah mencegah kehamilan adalah berkonsepkan untuk menghalang persenyawaan dan penempelan embrio.
Berikut merupakan antara senarai pencegahan kehamilan yang terdapat di pasaran;
-
Terdapat 3 jenis pil pencegah hamil:
(i) Pil pencegah hamil campuran
- Pil pencegah hamil ini mengandungi estrogen sintetik dan progestrogen (hormon yang berfungsi seperti progesteron). |
- Ia menghalang ovulasi dan menyebabkan dinding endometrium menjadi nipis supaya embrio tidak dapat menempel. Selain itu, mukus di serviks juga menebal menyukarkan sperma untuk berenang ke ruang dalam uterus. |
- Ianya mungkin menyebabkan haid yang pendek dan sedikit. |
- Ianya mungkin menyebabkan sakit kepala, rasa loya dan kenaikan berat badan pada awal penggunaannya. |
- Ianya mesti diambil pada masa yang sama setiap hari berterusan sehingga 21 hari diikuti 7 hari rehat (haid akan keluar semasa tempoh rehat). Selepas 7 hari rehat, kitaran baru pil dimulakan. |
- Pil pencegah hamil ini boleh dibeli di mana-mana farmasi atau klinik |
- Contoh-contoh: Nordette, Microgynon, Marvelon, Mercilon and Gynera. |
- Peratus kegagalan: 0.1% |
(ii) Pil progesteron sahaja (pil mini)
- Pil mini hanya mengandungi hormon progesteron |
- Ia menjadikan dinding endometrium menipis dan mukus di kawasan serviks menebal. Kadangkala ia juga berfungsi mengawal ovulasi. |
- Aliran haid akan menjadi sedikit dan pendek. Kitaran haid juga menjadi tidak tetap. Ini menjadikan pil mini kurang popular dikalangan pengguna pil pencegah hamil. |
- Ia dianggap pil yang paling lemah dan kurang kesan sampingan tetapi kurang berkesan jika dibandingkan dengan pil campuran. |
- Ia diambil sepanjang tahun berterusan tanpa henti. |
- Peratus kegagalan: 2% |
(iii) Pil pencegah hamil kecemasan
- Pil pencegah hamil kecemasan digunakan untuk menghalang kehamilan sekiranya melakukan hubungan kelamin tanpa sebarang perlindungan, dirogol atau mengesyaki kegagalan kaedah pencegah hamil contohnya kebocoran kondom. |
- Ianya diambil 72 jam (3 hari) selepas melakukan seks. |
- Ianya tidak setanding pil pencegah kehamilan lain. |
- Tidak sepatutnya digunakan berterusan kerana peratus kegagalan yang tinggi. |
- Contoh: Postinor |
- Peratus kegagalan: 5% |
- Cara alternatif bagi pencegahan kehamilan kecemasan adalah dengan memasukkan IUCD dalam masa 4 hari selepas menjalankan hubungan. |
2. Alat pencegah kehamilan di dalam rahim (IUCD)
|
(i) IUCD Kuprum
- Ia mengandungi kuprum yang berfungsi menghalang sperma dari memasuki tiub fallopio. |
- Ianya berkesan selama 3 tahun selepas dimasukkan. |
- Aliran haid akan menjadi banyak dan panjang selepas dimasukkan. |
- Peratus kegagalan:< 1% |
(ii) Progestogen IUCD (Intrauterine Contraceptive System)
- Ia mengandungi Levonorgestel (hormon seperti progesteron) yang menjadikan mukus di serviks menebal untuk menghalang sperma dari memasuki rahim. |
- Ianya boleh bertahan selama 5 tahun selepas dimasukkan. |
- Kelebihan IUCD kuprum ialah, aliran haid tidak begitu banyak dan tidak menyakitkan. |
- Peratus kegagalan: 0.1% |
3. Implan pencegah kehamilan (Implanon)
|
4. Suntikan pencegah kehamilan
|
|
|
|
|
|
|
11. Kaedah berkala (Perancangan keluarga semulajadi)
- Kaedah ini adalah berdasarkan teori bahawa telur boleh disenyawakan dalam masa 24 jam selepas ovulasi dan sperma boleh mensenyawakan telur dalam masa 3 hari selepas memasuki vagina.
- Kaedah ini sesuai diaplikasikan oleh wanita berusia 28 hingga 30 tahun yang mempunyai kitaran haid yang tetap 28 hingga 30 hari.
- Ovulasi (pembebasan telur yang matang) berlaku antara hari ke 12 dan 16 bagi wanita yang mempunyai kitaran 28 hari. Maka, kemungkinan waktu subur adalah hari ke-9 (12-3) dan hari ke-17 (16+1) kitaran. Dalam erti kata lain, anda perlu menghindari persetubuhan dari hari ke-9 hingga hari ke-17 untuk mengelakkan mengandung. (Hari pertama adalah hari pertama datang haid).
- Semasa tempoh subur (hari ke 9 hingga 17) kondom boleh digunakan semasa persetubuhan.
No comments:
Post a Comment