nuffnang

19 Apr 2012

Pemasaran Email

Disini kita berkongsi sedikit sebanyak mengenai pemasaran emel serta istilah2 biasa yg digunakan dalam pemasaran email.Seperti yg kita ketahui kaedah pemasaran emel telah dgunakan sejak dahulu lagi sebelum wujudnya halaman sosial spt facebook,twitter,myspace dan sebagainya.Ianya adalah cara yg paling efektif dimana wujudnya komunikasi yg lebih baik diantara pelanggan dan penjual.
Perubahan demi perubahan dilakukan utk pemasaran emel yg bertujuan uk memudahkan lagi cara penggunaan email dan beberapa ciri telah ditambah utk tujuan pemasaran.Tidak hairanlah jika dahulunya teknik pemasaran email ini menjadi satu rahsia besar dalam membina networking sesuatu syarikat atau kerjaya pemasaran.


Antara kelebihan Pemasaran Email.
-Percuma.
-Dapat pelanggan yg setia.
-Perhubungan yg lebih baik dgn pelanggan.
-Pendapatan yg lebih stabil dan berterusan.
-Membina pengikut yg ramai.

Ada 2 kategori pemasaran email..

1.Pemasaran email percuma..
-kaedah ini biasa digunakan dan yg lebih menariknya ia adalah secara percuma tanpa perlu menggunakan apa2 kos,ianya boleh dihantar kepada kawan,saudara mara dan pelanggan yg dah sedia ada,cntoh email percuma adalah seperti berikut,..
a)hotmail.com
b)yahoo.com
c)gmail.com
d)dan sebagainya..

2.Pemasaran email berbayar..
-kaedah pemasaran email berbayar adalah perisian email yg dihos oleh pihak ketiga dimana kita perlu menggunakan sofware atau perisian tertentu bagi mengendalikan kempen pemasaran kita dengan lebih mudah,cepat dan berkesan,salah satu kebaikannya ialah ia memiliki ciri2 dan fungsi tertentu yg lebih baik dalam menyebarkan pemasaran anda kepada mereka diluar sana,ctoh beberapa pemasaran email berbayar yg dihos ialah seperti;
a)Awebber.com

b)Getresponse.com
C)iContact.com
d)dan bermacam2 lagi..

Cuma diatas adalah antara yg terbaik dari segi perkhidmatan serta diperakui dan mendapat kepercayaan dari seluruh dunia dari segi penggunaannya.Antara beberapa istilah yg perlu kita ketahui melalui pemasaran email yg dihos ini adalah spt berikut;

-0pt-in,Doble 0pt-in dan 0pt 0ut..

0pt-in
*ianya adalalah satu borang yg tersedia pada sesuatu laman web tertentu dimana prospek @ pelanggan akan mengklik pada pautan borang pengesahan dan borang opt-in ini bertujuan menangkap maklumat email prospek @ pelanggan,kemudian segala maklumat tersebut akan dimasukkan kedalam pangkalan data Anda secara automatik tanpa perlu berbuat apa2 lagi.

Double 0pt in
*ianya adalah sama seperti diatas cuma bezanya setelah prospek mengisi borang opt-in tadi,satu lagi email susulan disertakan dgn pautan @ links pengesahan dihantar kepada prospek.Ini bertujuan meminta pengesahan ttg maklumat yg tlah dmasukkan oleh prospek tadi adalah maklumat email yg sah,dan selagi prospek tidak mengklik pada pautan pengesahan melalui email yg dihantar,maka selagi itulah maklumat prospek tersebut tidak akan dimasukkan kedalam pangkalan data Anda.

0pt 0ut
*ini adalah satu pautan utk unsubscribe atau x nak melanggan lagi email dari Anda dgn mengklik pada pautan unsuscribe melalui email yg dikirim menggunakan sistem email yg dihos.Setelah itu mereka akan dibawa lagi ke satu halaman dimana mereka perlu utk membuat pengesahan sekali lagi bahwa mereka telah berhenti melanggan email Anda.
Seterusnya segala data @ maklumat prospek tadi secara Automatik akan terpadam daripada database Anda.

-Autoresponder dan Broadcast.

Autoresponder
*Sistem emel yg dihantar secara automatik kpada prospek yg melanggan email anda setelah mengisi opt-in form dan mengklik borang pengesahan,seterusnya emel susulan @ follow-up email akan dihantar secara berperingkat-peringkat dan ia bersifat personal mengikut emel kempen yg anda buat.kerja anda lebih mudah tanpa perlu menghantar emel balasan secara manual dan ia boleh disetkan melalui sistem email yg dihos mengikut selang masa yg anda inginkan,disamping itu anda boleh melakukan kerja2 lain atau malakukan aktiviti luar spt membeli belah,bercuti dan sebagainya..

Broadcast email(email siaran)
*Broadcat email @ email siaran adalah email yg dihantar secara manual oleh anda sendiri dgn menghantar kepada semua prospek dengan sekali klik dalam semua senarai list emel anda sekaligus tanpa mengira bila dan masa pelanggan anda pnh melanggan emel anda,ia bertujuan memberitahu atau memaklumkan akan produk2 terbaru yg anda ingin lancarkan.

Diatas adalah beberapa contoh istilah dan kategori dalam pemasaran emel walaupun masih ada lagi istilah2 lain,Cuma ini saja yg akan dikongsikan pada kali ini,apa pun bahagian ini akan diupdate dari masa ke semasa dan nantikan seterusnya,Pemasaran Email ke II...salam sejahtera dan "Majulah Sukan Untuk Negara",..Peace!!...



P/S;Disini saya ingin tekankan bahawa kepentingan senarai email itu tidak bergantung kepada kuantiti sikit atau byknya list email anda,tetapi ia bergantung akan kualiti senarai email yg anda miliki...








No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)